Tuesday, December 2, 2014

Percaya pada reward system tak?


Assalamualaikum & Hi,

Selingan
Cuba nak sahut cabaran kemaskini blog setiap hari. Sendiri cabar, sendiri sahut! Aci tak?

Pengenalan
Hari ni belek-belek gambar dekat Instagram (bukan hari ni je...sehari berapa kali kot)...best jugak kalau share pasal citer Cornetto Ice Cream dan tudung purple Linas Fashion ni.

Cerita Utama
Sebelum tu nak jawab soalan dulu. Saya percaya pada reward system. Untuk motivation booster, feel good moment dan bunga-bunga cinta lah kalau dapat ganjaran selepas berjaya dalam sesuatu hal.

Dah beberapa minggu yang lepas, jumpa supervisor dia bagi positive feedback for my work. Allah, happy nya! Rasa macam terpancar sinar harapan baru. Yes I can do this. PhD on time (POT), Graduate on time (GOT)... Insya Allah boleh capai kalau macam ni punya pace... :p

Memang semangat membara sungguh.

Balik tu, sebelum sampai rumah...melencong pergi beli tudung purple harga RM20.90 dengan Cornetto RM3. Jumlah (kerosakan) RM23.90. Lol. Lupa kejap seksa seminggu lepas pulun membaca sampai tidur lambat, mata panda, penat tak usah dikira lah...

TAPI...perlu diingat. Ada negative side of this reward system kalau tak pandai manage...betul. Jangan leka sangat reward diri sendiri. Rasa, arrrghhh okay la boleh lepak dulu kejap..nanti2 lah sambung reading and etc. Sedar tak sedar... tak banyak progress. Worst langsung tak ada progress.

Kesimpulan
Jangan syok sangat kejayaan hari ni. Esok lusa belum tahu lagi. PhD is a journey not destination. Hehehhehe..

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think