TopMenu

Sunday, September 1, 2013

Masak lemak kupang

masak lemak kupang

"Sedap gila you masak hari ni!" haaaa tu la Chubby cakap kat I today uols. Tersedak I tengah makan sebelah dia.. :p I tak cakap banyak, senyum je.. berbunga2 hati rasa..tapi risau gak laki aku ni makan banyak sangat, bila ke nak diet nye!?

Anyways, sesiapa nak tahu resepi or actually untuk rujukan I sendiri yang memang sah2 short term memory...so this is the recipe.... Kredit kepada Kak Noor dari Sajian Dapur Bonda, sebab I amik resepi dia dan disesuaikan dengan citarasa and bahan yang sedia ada..standard la kan uols..

Bahan-bahannya:
1/2 kilo Kupang
Santan kelapa (beli dekat Hero paket kecil)
2 batang serai dititik
2 keping asam keeping
1 sudu serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar lumat:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci halia
1 biji cili padi merah
3 biji cili padi hijau
1 biji cili merah
5 gm belacan
Air secukupnya

Cara-cara memasak:
1. Basuh kupang sehingga bersih.
2. Buka api sederhana dan masukkan santan dalam periuk.
3. Kacau sebentar dan masukkan bahan2 yang dikisar tadi. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air. Masukkan serbuk perisa ayam, asam keping, dan garam secukupnya.
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kupang dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih dan kupang masak.
5. Siap dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think