TopMenu
▼
Friday, November 8, 2013
Resepi Daging Masak Hitam
Dah lama tak pakai topi Chef (ok jangan gelak!). Hari ni I masak Daging Masak Hitam. Rempah tu mak bagi masa balik raya Puasa lagi rasanya. Masya Allah punya la peram tak buat apa2. Sempat masak satu lauk je, gas abissssss (Uish drama la sangat!) Betul, tak tipu.. :-)
So happen kids tak pegi school today, Adam not feeling well. Kalau sorang tak pergi, memang lagi sorang tu pun unlikely lah akan pergi. So today got to babysit the two fellas. Kelam kabut lah.... dengan hari laundry, hari sapu sedunia, lipat kain segunung, kemas kain selemari...semua2 lah....
Menambahkan lagi super duper busy tahap mak yang sambung belajar, hari ni memang plan nak buat lots of reading; Mixed method research, Interview design/protocol, Interview transcript, qualitative data analysis..... and the list goes on. Bila dah kena babysit, target tu kena lower down a bit. Kalau nak maintain target jawab nye S.T.R.E.S.S
Eh, mana pergi Daging Masak Hitam? hahahahah..nampak, melalut. Too much reading can cause you drowsiness. Ok jom tengok resepi jap kot ada yang nak cuba. Tapi rasanya without the rempah tak boleh buat masakan nih. Anyone nak the rempah? I have one more packet with me. Boleh la nak buat giveaway... Rempah pun boleh buat giveaway ke? Kih kih..
Resepi ni untuk sekilo daging. Kena pandai adjust kalau nak buat half kilo jek. Macam biasa, kalau nama Chef takat nak adjust ni should be no problem.
Bahan A
1 bungkus rempah masak hitam (ni jenama Ah Serab - boleh beli dekat Lenggong je rasanya. Sorry!)
8 sudu besar kicap pekat // I buat 1/2 kilo daging so letak 4 sudu besar kicap lemak manis je
12 sudu besar minyak masak // 6 sudu je
14 ulas bawang kecil * // 5 ulas
10 ulas bawang putih * //4 ulas
2 inci halia * // 1 inci
4 sudu besar kerisik //2 sudu besar
2 sudu besar air asam jawa // 1 sudu besar
sedikit kunyit // 1 sudu kecil serbuk kunyit
Barang bertanda * dikisar
Bahan B
10 ulas bawang besar //3 biji bawang besar bersize besar
5 ulas bawang putih // 2 ulas
2 inci halia //1 inci
Kesemua Bahan B dimayang halus
Cara Memasak
Perapkan daging bersama Bahan A. Masukkan sedikit garam dan gula. Biarkan 20 minit. Panaskan minyak masukkan Bahan B yang telah dimayang sehingga kuning. Masukkan Bahan A, jika daging keras masukkan air sehingga hapus daging di dalam kuali. Sederhana api masak hingga berkuah sedikit.
Apabila cukup rasa bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selamat Mencuba!
selalu guna Mak Ngah Ha punya. Yang ni nampak sedap
ReplyDeleteSedap jugak win..seyes!
Deletegiveaway kat akulah! hehe
DeleteHaaaa..boleh! Insya allah nanti kalau lalu sana aku singgah letak dalam post box ok..or kau ada nak lalu sini..meh la singgah amik..sebungkus je pun..
Delete