TopMenu

Monday, January 13, 2014

Maulidur Rasul Tahun 1435H / 2014


Saban tahun kita akan bercuti am pada hari Maulidur Rasul. Pernah konfius tak dengan Nuzul Quran & Awal Muharram? Mentang-mentang kita Islam sejak lahir, time sekolah dulu tau-tau cuti am. bila dah kerja pun sama, tau-tau je ada cuti. Seronok bila cuti am tambahan hari Isnin atau Jumaat. Lagi panjang hujung minggu kita.

Tapi pernah fikir tak bagaimana kita manfaat kan hari sempena Maulidur Rasul? Maka berbalik lah kepada, apa tu Maulidur Rasul? Jom refresh kalau agak tak ingat. Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Hari keputeraan Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun, menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Pada tahun ini, Maulidur Rasul jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Majlis Sambutan di Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 14 Januari 2014 (Selasa) bertempat di Masjid Putra, Putrajaya - sumber daripada JAKIM. Booklet Maulidur Rasul dari Majlis Ugama Islam Singapura nampak menarik. Boleh download di sini.

Tadi di Facebook, ada nampak orang share kan benda ni "10 Tips for Children to Commemorate Prophet’s Life". Masya Allah, rasa relevant sangat untuk jadikan panduan. Memang I've been looking for this. Maka, apa yang saya nak buat?
i. Bedtime sirah stories for the kids - selalu baca cerita teladan biasa, tapi mulai sekarang cuba nak baca sirah para nabi pula
ii. Encourage them make du'a all the times
iii.Enjoy some dates! - baru baca dalam artikel yang sama mengenai 'Children who eat dates are also reportedly more calm and at peace'. Hah, hope it works for the boys.
iv. Get in touch with an orphanage - yang ni memang sangat lama dah nak buat..ya Allah masih bertangguh. Moga di kurniakan kelapangan untuk segerakan aktiviti ni Insya Allah.
v. Follow etiquette of the prophet - cara tidur, cara makan & minum, buang air and etc.

List panjang2 pun tak guna. Let's try these first. Moga istiqamah! Salam Maulidur Rasul semua. Banyakkan berselawat.


No comments:

Post a Comment

Tell me what you think