TopMenu

Tuesday, January 7, 2014

Pengalaman naik feri ke Penang

Macam lah first time naik feri! Dah banyak kali sangat sebenarnya, tapi tak pernah terfikir nak dokumen kan saat ni. Post ni bersangkutan dengan cerita percutian 4 hari 3 malam ke Penang pada akhir tahun lalu sempena cuti sekolah, birthday adam dan birthday mami sekali! Boleh baca sini post sebelum nya.

Tambang naik feri kalau kelas kereta RM7.70. Untuk makluman, kalau musim cuti sekolah ke atau hari minggu ...sudah pasti Q agak panjang. Jadi, bawak2 lah bersabar. Kalau rasa kurang sabar dinasihatkan lalu je Penang bridge. Hilang nak seronok2 relax naik feri dah mengamuk sana sini.. malu kat orang sikit.

Masa beratur nak naik feri tu ada kedai runcit kecil, boleh la nak beli gula2 atau ais krim... Ada toilet dekat deck atas feri in case ada urgency ke toilet. ehehehe..

Bulan Disember kan musim tengkujuh, tak tau la relevan ke tidak tapi angin pada lebih kurang pukul 4 petang khamis 26hb tu agak kencang! Teringat tsunami tahun 2004 dulu. Ish nasib baik tak apa2!
Some photos taken masa atas feri. Fefeling macam tourist. ;-)

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think