TopMenu

Saturday, February 22, 2014

Mengajar Si Kecil berhemah ketika berbelanja

Waah...bunyinya seperti perkara berat kerana ibu atau bapa sendiri belum tentu boleh berhemah ketika berbelanja. Walaubagaimana pun, pada saya yang penting ada usaha. Jika tunggu sehingga ibu atau bapa itu sendiri sempurna tiada cela sentiasa berhemah ketika berbelanja, mungkin sahaja sampai bila pun tidak akan berlaku perihal untuk mengajar si kecil! What I'm saying, nobody is perfect. So that doesn't mean we can't remind each other to be good and do good. Setuju atau tidak?

Berbalik kepada tajuk. Perkara nampak kecil dan remeh (pada setengah orang) tetapi pada saya impak nya besar. Dulu, saya tiada masa untuk memberi tumpuan pada perkara sebegini. Jika anak merengek mahu ke kedai membeli ais krim atau gula-gula, bergantung pada mood waktu itu. Jika mood saya baik, lantas sahaja menghidupkan enjin kereta ke kedai bersama anak dan biarkan sahaja apa yang mereka mahukan. Janji, balik ke rumah nanti mereka diam dan tidak mengganggu saya lagi. Ya, saya kira itu sebagai 'gangguan'.

Sekarang, saya punya masa kerana sudah menjadi surirumah. Perkara seperti ini, saya pandang serius dan perlu pada approach yang lebih berbentuk pengisian.

Jika Si Kecil mahu ke kedai membeli aiskrim atau gula-gula, saya bersama mereka berjalan kaki ke kedai yang paling hampir dengan rumah. Cuma bawa wang yang mencukupi dan telah dipersetujui akan barang apa yang mahu dibeli. Sepanjang perjalanan barang 5-10 minit, kami akan berbual tentang apa sahaja!

Sampai di kedai jika mereka ubah fikiran untuk membeli barang lain, maka saya minta mereka berbincang sesama sendiri (anak saya 2 orang) untuk memastikan jumlah barang cukup dengan duit yang dibawa. Akan ada masa kita boleh lihat anak-anak bertolak ansur sesama sendiri dan membuat cadangan yang kreatif. Contoh nya apabila setiap seorang diberi RM5. Pada asalnya hanya mahu membeli ais krim dan gula-gula. Tiba-tiba si Abang tukar fikiran mahu membeli keropok kentang yang agak mahal. Si Adik mencadangkan kurangkan bilangan aiskrim, tidak perlu beli gula-gula dan jika perlu kita kongsi duit baki beli keropok kentang yang mahal! Indah betul menyaksikan perbincangan mereka berdua. Saya rasa mereka mempunyai potensi yang lebih dari itu jika dididik dengan betul.

Semoga Allah memberi saya kekuatan dan semangat untuk mendidik anak-anak ini menjadi khalifah suatu hari nanti! Insya Allah.

Note: susahnya nak tulis dalam bahasa malaysia standard.

2 comments:

  1. Entri yang menarik. Saya suka membaca tip-tip keibubapaan sebegini. Teruskan berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! Insya allah akan cuba tulis lagi untuk perkongsian bersama.

      Delete

Tell me what you think