TopMenu

Monday, February 3, 2014

Perkongsian tentang Seminar Mendorong anak berpandukan Sirah


Pada 25hb Januari yang lepas, for the first time of the year...in fact pertama kali sejak menjadi parents, kami pergi ke majlis ilmu dalam usaha nak menambah ilmu keibubapaan.

Ada seperkara I'd like to mention sebelum pergi lebih lanjut. If I were asked this question, "apakah ciri-ciri seminar keibubapaan yang anda cari dan sanggup untuk mendaftar?"
1- topik ; topic of interest yang kita boleh relate dan rasa sesuai
2- lokasi ; tak boleh jauh sangat dari tempat tinggal
3- bayaran ; percuma dan berbayar pun ok tapi has to be reasonable. Reasonable ni subjective bila kita consider location, duration dan topic tu worthwhile ke tidak.
4- speaker; prefer pada speaker yang lebih credible dan berpengalaman. Bagaimana untuk menjadi parenting coach walhal dia anak dara atau teruna. Ilmu teori tak sama dengan hands on atau personal experience. I even ask for speaker biodata, testimonials and search around about the speaker sebelum buat keputusan
5- Masa ; tarikh dan masa seminar berlangsung juga memainkan peranan. I can only go during weekend. If possible not too long the seminar, if classes understood memang take more time. Tapi seminar should be max 2-3 hours.

note: item di atas tidak menurut turutan.


Seminar ni anjuran ABS (Ainon Business School), pada hari Sabtu 25hb Januari. Pukul 10 pagi hingga 12 tengahari, bertempat di ITQAN Professional Training Centre Putra Heights. Bayaran masuk RM60 seorang, jika berdua RM100 sahaja.
Speaker Tuan Zusuff Kan.

Registration not so bad, quite responsive. Lagi bagus kalau ada reminder dalam bentuk SMS/call/email sehari sebelum hari seminar tu. Perlu diberi pujian sebab ada initiative untuk contact participant pada hari kejadian. Tak ramai sangat yang hadir. Kurang 10 orang. Tuan Zusuff conducted the seminar in such a way he would read a hadis, lepas tu kupaskan dalam konteks parenting dan bagi contoh.

Ok let me share some of the points deemed useful to me.

1. Tutup mata atas kesalahan si anak. Sebaliknya, puji kebaikan secara terbuka dan serta merta.
My own example: Jika anak tumpah kan nasi ketika mengangkat pinggan untuk di bawa ke dapur.

Instead of marah sebab nasi tumpah. Puji anak rajin menolong angkat pinggan ke dapur, jika boleh biar anak yang lain juga dengar akan pujian itu. Perlu ditekankan pujian ke atas perbuatan yang baik dan tidak umum kepada diri nya (dia handsome, dia bijak and etc). Pujian itu dengan harapan kali berikutnya dia akan perbaiki dari terjadi kesalahan.

Jangan buat post mortem. Tetapi buat pre-mortem. Maksud nya, when your kid does a mistake jangan sibuk tanya kenapa buat macam ni. kenapa jadi macam ni. kenapa tak fikir dulu this and that. Buat pre-mortem. Sebelum your kids commit the mistake, remind them, make them informed with possible risk. Kalau senario tadi tu, bila nampak anak nak angkat pinggan ke dapur mungkin kita boleh ingatkan dia angkat pinggan elok-elok nanti nasi tu boleh tertumpah. Bila tumpah tempat yang nampak boleh lap balik tapi kalau tak nampak nanti ada semut, lipas. Tentu adik pun tak suka macam tu kan. haaa, something like that. Jadi, dia lebih faham impact dari nasi tertumpah tu.


2.Apabila cuba menghalang, gunakan ayat "Jangan lah"
Dan apabila 2 orang anak bergaduh, menangkan both sides, highlight the quality of each.
My own example: Adam kata adik tumbuk dia dulu. Adik kata Adam sepak dia dulu.
Daripada cuba jadi pengadil cari kesalahan siapa dan menangkan salah seorang. Menangkan 2-2. Bagi tahu Adik, jangan tumbuk Adam. Nanti Adam sakit, siapa nak main, tengok Avatar, belikan nuggets untuk adik balik sekolah nanti. Bagi tahu Adam, jangan sepak adik. Nanti kalau adik cedera, Adam tidur sendirian dalam bilik, main bola seorang diri, tak ada orang nak layan tengok 'creation' Adam yang hebat tu!
Dengan cara tu, diharap dapat melahirkan rasa hormat menghormati sesama mereka sebab masing2 berkepentingan untuk sama lain.


3. Beri ganjaran sosial atau material.
Ganjaran sosial ni seperti pujian, gelaran. Kalau material seperti pemberian bentuk barangan yang tangible.

My own example: Panggilan pada adik bila nak dorong dia solat isya' sebelum tidur. "Come Adik sayang anak mami yang soleh dan rajin solat isya' 4 rakaat!" Kalau rajin buat homework ke, boleh bagi 5 bintang kalau betul semua. Bukan MaharajaLawak Mega je ada bintang bintang okeh!

Harap-harap boleh cuba prektik la kat rumah. Tak guna bayar duit, luang masa, catit nota dekat seminar, balik rumah siap update kat blog... tapi esok lusa sama je. tak ubah apa2 atau merubah apa2 pun. Kita ni kan, kalau buat sesuatu sekali je rasanya tak boleh nak bangga lagi. Ini bukan soal kita buat atau tidak. Tapi kita amal atau tidak. Bila amal maksud nya perbuatan tu berpanjangan bukan bersifat one-off. Ya Allah, moga aku dan suami dikurniakan kesabaran dalam hal mendidik anak-anak. Moga mereka dapat menjadi Khalifah yang berguna. Berbakti pada keluarga dan agama. Amin.


No comments:

Post a Comment

Tell me what you think