TopMenu

Thursday, March 20, 2014

Late post: Jumpa Ropi Comey Maharaja Lawak

Assalamualaikum..

This is a late post. Awal bulan lepas. Sudah beberapa kali encik husband bertanyakan bila nak update pasal jumpa Ropi dalam blog. Bukan penting mana perihal perjumpaan dengan artis Ropi ini. Cuma, jika tidak diabadikan dalam blog maka senang saja untuk lupa terus. Kalau dulu mungkin kita ambil gambar dan hantar untuk dicuci. Sekarang ni, semua main upload ke laman social media sahaja.

Si Adik merupakan peminat tegar Ropi semasa musim Maharaja Lawak Mega beberapa bulan lalu. Selalu buat aksi-aksi serupa Ropi dengan gaya lucu nya! Bait-bait lawak juga menjadi ikutan. Samada Adik atau Adam, dua-dua tidak dapat melakukan aksi sebutan 'lolipop' dengan sempurna.. selalu sahaja menjadi bahan ketawa di rumah.

Mujur ada Aunty Balkis tolong aturkan pertemuan pada petang itu. Dapatlah juga berjumpa dengan sepupu mereka Qalesya. Kami bawa donut Big Apples untuk Ropi. Hahahha. Ikhlas dari peminat cilik.

Pada pandangan saya, Ropi seorang artis yang menghargai peminat. Agak sudah berusia berbanding pelakon/pelawak yang lain, tetapi tidak kenal lelah mencari rezeki untuk menyara keluarga. Orangnya biasa sahaja tidak terlalu kelakar tidak serius, berbeza seperti di dalam lakonan lawak di hadapan kamera. Mudah didekati dan ramah. Dalam sekejap masa berborak itu, dapat dirumuskan artis juga punya politik sendiri. Tidak semua indah belaka dan semudah yang kita lihat di balik kaca TV. Apa jua pekerjaan kita, bekerjalah kerana Allah. Insya allah rezeki akan lebih berkat.



No comments:

Post a Comment

Tell me what you think