TopMenu

Tuesday, March 4, 2014

Student Parent Activity (SPA) day di Genius Aulad

Assalamualaikum.

Ini cerita minggu lepas. Memang tidak dijangka untuk dipanggil ke hadapan mewakili ibubapa yang hadir untuk membuat perkongsian mengenai "how to be pretty and handsome". Tidak ramai ibubapa yang hadir, tidak ada yang mahu menawarkan diri tampil kehadapan. Saya ok sahaja untuk mencuba! At 35, I still appreciate challenges. :-)

Di hadapan anak-anak, cikgu dan ibu bapa mungkin 40-50 orang, saya diminta untuk bercakap sedikit dengan mengambil kira topik, alatan yang disediakan dan slides! Wow, memang satu pengalaman menarik untuk bercakap dengan anak-anak. Saya bukan guru, saya juga bukan pandai sangat mengenai 'kids handling'. Anak sendiri tidak sama - pandai atau tidak memang sudah tanggungjawab kita.

It turned all right I guess. Alhamdulillah. Ada lah benda yang terlupa here and there. tetapi secara keseluruhan nya saya teruja. Teringat kembali saat itu sudah cukup untuk membuat saya tersenyum. Ingat ibu bapa sekalian, jangan pandang remeh pada cikgu tadika. Bukan mudah mengendalikan anak-anak. Perlukan kesabaran yang tinggi dan kreatif!

Bila bercakap dengan anak-anak, kita perlu bertanya sebab mereka suka menjawab soalan. Jangan terus sahaja bercerita. Misalnya, saya sedang memberitahu tentang perlu menggosok gigi dengan berus gigi. Boleh cuba bertanyakan pada mereka apakah warna berus gigi itu. Apakah warna berus gigi mereka di rumah? Mereka juga suka bertanya kembali! Maka, bersedia lah..

Dan juga, terapkan nilai-nilai murni apabila memberi misalan. Contohnya, sebelum gosok gigi boleh mulakan dengan bismillah. Selepas makan boleh tolong bawa pinggan kotor ke dapur dan sebagainya.

Tidak lupa juga, apabila mereka menjawab dengan betul akan persoalan kita..jangan lupa memberi pujian. Ini akan mendorong mereka untuk aktif dalam sesi tersebut dan membina keyakinan diri mereka. Biasanya kita akan sambut dengan kata-kata seperti "pandai adik gosok gigi!", "wahh, kacak betul bila rambut disikat kemas!"..kata-kata positif yang bersifat mendorong mereka melakukan perkara-perkara baik.

Idrees smiled all the way through out the session. Barangkali he's proud with me in front of the rest. :-)

2 comments:

  1. Kak i love to read your blog! Just wanna sharing with you that here ( in US) guru tadika must have at at least master in education. Masa saya jadi sukarela untuk beberapa sekolah di sini...guru dia mcm prof dekat universiti kita. Alasannya masa tadika lah penting sekali untuk pembentukan anak2...so, yg mengajar tadika memang mesti ahli dalam pendidikan anak2. So, you did the right job kak...i know you since sekolah lagi...sangat pandai, displin and rajin. Kalau di beri peluang saya memang nak buat kerja2 cam gini. Seronok sangat! Tapi yg penting melatih kesabaran sangat...keep writing kak. Salam shimawibowo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Shima! Thanks sebab sudi baca. akak syok2 saja tulis. good info from you. How different early education di sini compared to US kan. You are right sangat melatih kesabaran to handle kids. Insya Allah I will try to write more. Take care shimaaaaa..

      Delete

Tell me what you think