TopMenu
▼
Saturday, May 24, 2014
Resepi Macaroni and Cheese
Assalamualaikum..
Minggu ni tekak rasa nak makan Italian food semenjak dah masak spaghetti bolognese kelmarin. Lagipun sayang kalau tak guna habis button mushroom dan parmesan cheese yang masih berbaki. Lepas tu ada banyak lagi chicken fillet dalam fridge sebab dah agak lama tak masak memasak lauk pauk ni. So..kita cuba macaroni and cheese pula!
Browse resepi..rujuk sana...ceduk sini...jadi lah satu resepi yang eh boleh tahan la..macam kedai! Hahahhaha..masuk bakul angkat sendiri lah sekali sekala. Meniup semangat memasak untuk diri sendiri. Usaha itu tangga kejayaan Insya Allah. :-)
Resepi rujuk dari Hairul.Com dan juga Afiqah Azmee. Ada juga yang disable right click ya tak kasi kita copy paste resepi dia. Ehehehhe..I don't mind people copy paste mine. Letak some reference or credit. Ok pe. Dapat pahala kot. Lain orang lain ragam ye tak?
Bahan-bahan
1/2 paket macaroni (i used Kimball brand tak ingat berapa gm)
Cheddar Cheese (2 slices)
1 cawan susu segar (agak-agak if rasa nak banyak gravy add some more)
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
4 biji cendawan butang dihiris nipis
Sedikit chicken fillet (ikut suka nak banyak mana, hiris kecil dan nipis)
Black pepper di tumbuk (tak halus sangat pun ok)
Sedikit garam
Sedikit bawang besar kuning (optional)
Cara-cara membuat macaroni
1. Masak air dan garam sampai menggelegak for about 12 minutes or so.
2. Bila lembut, angkat dan tos
3. Ketika masih panas, letak sesudu butter dan gaul kemudian ketepikan
Cara buat Sos Putih aka Bechamel
1. Olive oil sedikit dan butter masukkan dalam kuali
2. Goreng bawang tadi sehingga layu sedikit
3. Masukkan chicken fillet
4. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati
5. Masukkan susu
6. Masukkan pula keju dan kacau lagi sehingga pekat
7. Masukkan black pepper dan garam
8. Masukkan cendawan
9. Masukkan macaroni dan gaul
10. Boleh tutup api dan hidang.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
Tell me what you think