TopMenu

Thursday, May 22, 2014

Resepi Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum...

Sekolah Adam ada buat majlis sambutan Hari Guru hari ni. Kebiasaannya murid-murid mengikut tahun diminta sediakan makanan. Kalau tahun lepas masa Tahun 1 Tabah menu seperti nugget, fries, sausages and etc. Tapi tahun ni 2 Amanah kena sediakan makanan bergoreng atau pasta. Adam requested for Spaghetti.

Well Mami here terus google for recipe. Walaupun not the first time masak Spaghetti ni tapi wajib tengok resepi! Antara rujukan yang I honored is "Masam Manis Cook with Love" by kak Azlita. I have tried few of her recipes and so far memang tidak menghampakan.


Jom kita tengok resipinya dulu yang di copy paste from her blog.

Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gram spaghetti ~ sepeket
500 gram daging lembu cincang //400gm je sebab I pakai yang Ramly pack baru tu
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning ~ dicincang halus
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 tin sedang tomato puri //pakai sos prego yang besar 650gm
4-5 tomato segar ranum ~ didadu //sebiji tomato besar sahaja
1 batang carrot ~ didadu kecil
2 batang celery ~ didadu kecil //tak letak
1 tin cendawan butang ~ dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun ~ kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang


NOTA :
Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
Resipi asal juga ada masuk 200 ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam.
Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.
Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat.
Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

SOS BOLOGNESE
1.Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau.
2.Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3.Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4.Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5.Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu.
6.Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar.
7.Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah.
8.Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
9.Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think