TopMenu

Wednesday, July 9, 2014

Beli apa kat Pasar Ramadhan/ Param/ Bazar Ramadhan

Assalamualaikum...

Bulan puasa ni, korang pergi tak pasar ramadhan beli juadah berbuka? I bet ada yang gigih masak dan sediakan sendiri makanan sampai sekali pun tak pernah pergi pasar ramadhan kan?

Setengah orang tak nak membazir. Kalau melilau kat Pasar Ramadhan tu mesti beli berlebihan lepas tu tak habis makan. Sayanggggg je.

Setengah orang concious bab kebersihan dalam penyediaan makanan. Maka lebih selamat masak sendiri. Risau nanti keracunan makanan pulak.

Setengah orang save duit. Lain sikit dari tak nak membazir. Save duit ni kira tak nak keluar seposen pun terlebih dari budget. Nanti budget lari pulak. Maka lebih senang masak je kat rumah. Atau beli dekat kedai tapi satu jenis makanan je. Especially untuk orang bujang.

Setengah orang memang suka memasak. Orang lain masak tak up to the standard. Baik masak sendiri.

Haaa macam-macam kan?

Korang kategori yang mana? I kategori lain! MEMANG KENA pergi pasar ramadhan. Kalau alasan yang nak sedap hati, "sambil nak tolong peniaga kecil". Faham kan... hehehhe..

Kalau alasan yang lebih jujur sikit. I couldn't afford to cook berjenis kuih muih dan lauk pauk! Dengan pulak nak sediakan bermacam jenis air.

Haaaa..tu lah..ada satu hari tu je tak pergi Pasar Ramadhan. Tu pun sebab MrKingOfMyHeart pulang kerja lewat. Sekarang tukar strategi, pergi pasar ramadhan pukul 4.30 selepas ambil dua beradik tu dari sekolah. Orang pun tak ramai lagi time tu, parking pun senang. Boleh lah membeli dengan tenang. Cuma sekarang ni cuaca agak panas. Jadi, berpinau jugak mata nak pusing 2-3 row kat pasar ramadhan tu.

I tak membazir tau! Beli sekadar yang patut je. Sebab kat rumah ada jugak masak. Satu dua jenis je lah. Skill terhad. Macam tu lah gayanya. Nasib baik, 4 of us sepesen... buka puasa kena makan kuih muih dulu...later baru makan nasi. I langsung makan nasi sekali je time sahur. (Tapi tak jugak turun berat badan)

Beli apa kat pasar ramadhan?

1. Kuih tepung Pelita. Jenama INN. 5 biji RM2. Selalu beli RM4. Ini kuih wajib.
Kalau tak kuih ni, pilihan lain macam buah melaka, serimuka, samosa, karipap dan cucur jawa (my personal favourite).


2. Fried Chicken. Selalu jugak kids request ni. RM6.50 satu paket.

3. Air. RM2 sebungkus. Abang dengan kakak jual air ni suami isteri yang dulunya transporter si Adam.

4. Lauk pauk. Angah ni memang gerai regular sebelum puasa pun beli dengan dia. Selalu beli lauk yang masak lemak ke...sambal udang petai ke.. Lagi satu menu yang hampir wajib..sambal ikan keli. Favourite si Idrees.


Ha..ok kan..tak membazir kan? Hehehehhe...Korang beli apa???

10 comments:

  1. selalunya lah, tapi baru sekali jer pergi bulan Ramadhan ni... beli kuih Tepung Pelita, Murtabak dan Laksa... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru sekali je? Selalu masak ek..ohh murtabak pun I suka jugak...hehehhe

      Delete
  2. Akak selalu beli kuih jer Ros.. lauk tu tengoklah.. kekadang takut membazirkan.. sebab kat umah pun akak masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tu siap masak ketam lah apa...konfem tak payah beli kat pasar ramadhan dah...makan kat rumah lagi sedap! :-)

      Delete
  3. belum menyinggah lagi di mana2 bazar ramadhan. wife masak di umah. menu kami pun 1 menu per day. kadang2 carried forward lebihan lauk ke hari berikutnya, so wife takyah masak dah hanya panaskan lauk dan nasi sedia ada. sekurang2nya tak berlaku pembaziran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Nor..Mat Nor..tabik saya dekat wife awak yang rajin memasak. Banyak-banyak pahala untuk dia menyediakan makanan untuk keluarga! Syabas

      Delete
  4. kalau fifi la p bazar ramadhan beli murtabak ngan kuih jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun suka murtabak..lupa nak masuk dalam list. Fifi pun rajin masak ya?

      Delete
  5. Bunda kadang2 beli juga juadah kat Param... tengoklah time makan 2 mulut jer...malas nak masak...

    Biasanya bunda kirim kat anak2 jer belikan...beli pun kuih muih atau ikan atau ayam panggang jer...yg tak mampu nak buat sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'yang tak mampu nak buat sendiri' saya setuju statement tu Bunda

      Delete

Tell me what you think