TopMenu

Wednesday, July 2, 2014

Resepi Cucur Udang rangup

Assalamualaikum...

Korang kalau buka puasa makan nasi terus ke? My husband and I tak boleh makan nasi terus. Memang tak ada selera dengan nasi. So bila buka puasa, selepas buah kurma dan air...kena ada kuih-muih dan/atau makanan goreng-goreng atau berkuah macam kuetiau goreng ke, laksa ke, bihun goreng singapore and etc.

Dengan cabaran "30 hari memasak sempena Ramadhan" as I mentioned earlier tu, it is only apply pada masakan lauk pauk. Tidak termasuk kuih muih dan sebagainya. Tak terdaya lah I nak usahakan kepelbagaian bio menu nih!

Teringin nak makan cucur udang. Kalau beli, kadang-kadang tak sedap...tak rangup..cucur udang tapi tak ada udang...terlebih tepung penaik/yis and etc. Apa kata cuba buat sendiri...harap-harap menjadi lah...

Tengok resepi dekat blog Delima Zamrud, ...Al-kisahnya daripada banyak2 search result tu, I pilih this one sebab ada keyword 'rangup'. Pastu tengok gambar dia...oih....gambar dia saja dah mengancam.

Ok, here is the resepi yang dicedok dari blog tadi.

Bahan-Bahan:
*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu (bersihkan buang kepala n janggut nyer)
*2 biji bawang besar (mayang)
*1 genggam taugeh (kalau nk letak byk pun boleh)
*1 cekak daun kucai (di potong panjang2)
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3-4 senduk tepung gandum (mengikut keperluan)
*Secubit serbuk kunyit (untuk warna)
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:
1.Masukkan semua bahan yg bertanda * dalam bekas dan gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan2.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat, Jangan terlalu cair kalau cair tambah lagi tepung.
3.Perasakan dengan sedikit garam.
4. Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya menjadi nipis.
5. Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali. Terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing, angkat dan toskan siap untuk dihidang.

Cucur udang I tak berapa nak leper sebab tak tekan-tekan. But still rangup juga tepi-tepi tu. Not bad lah..sila lah cuba!

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think