TopMenu

Tuesday, September 30, 2014

Resepi Rendang Ayam Sedap

Assalamualaikum,

Berapa hari dah tergendala nak update...cerita pergi Hong Kong hari tu pun tak sambung lagi. Maaf ya. Sibuk. Hari Jumaat-Ahad hari tu pergi Seminar Research Skill. Lama dah tak sit in a seminar, balik-balik tu rasa kepala ni berat je!

Kalau biar kosong tak berupdate, hits makin decrease. Oleh sebab itu, I decided to do a quick update pasal resepi. Supermakwannabe as a chef in the house :-)

Jom tengok resepi ni yang di ambil dari blogger Azie Kitchen. Boleh rujuk entri resepi asal di sini.


Bahan bahan:
2 ekor ayam \\less than 1/2 ekor je hari tu. Dipotong kecil.
1 kg bawang merah - hiris \\2 biji bawang besar size sederhana (bawang merah habis pulak)
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris \\1 inci
4 inci lengkuas - tumbuk \\1 inci
2 inci kunyit hidup - tumbuk \\tak letak
4 batang serai - titik \\sebatang
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas \\2 sudu besar
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan \\1 paket kecil
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.
3. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.
4. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

p/s: MrBawsMan kata sedap macam kedai. Fuh legaaaa! this was the first time masak rendang secara solo.

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think