TopMenu

Monday, September 8, 2014

Resepi Sandwic Telur

Assalamualaikum...

Menu beberapa pagi yang lepas. :D Walaupun hanya sandwich telur, I actually buat rujukan di Internet. Jangan ketawa dulu. Kadang kala bukan kerana rujukan untuk resepi tapi ingin melihat bagaimana orang lain membuatnya. Sekurang-kurang nya dapat menjadi penanda aras I punya kualiti sama atau lebih bagus..dalam erti kata lain "jadi ke tidak". Korang macam tu tak?

Jom kita lihat resepinya....

Menu: Sandwic telur
Cadangan untuk 4 orang makan.
Masa penyediaan kurang 35 minit.

Bahan-Bahan:
Telur rebus (4 biji)
Mayonis
Garam
Lada Sulah
Salad
Tomato
Roti (8-10 keping)
Marjerin

Cara-Cara:
1. Telur rebus yang telah dikupas kulat, dilenyek sehingga hancur di dalam bekas.
2. Campurkan Mayonis ke dalam bekas berisi telur rebus yang telah hancur tadi.
3. Gaul sebati.
4. Taburkan lada sulah secukup rasa.
5. Kemudian, garam secukup rasa.
6. Ambil roti dan sapu kan dengan marjerin.
7. Letakkan campuran telur hancur ke atas roti.
8. Tambahkan dengan hirisan salad dan tomato.
9. Jika tidak suka, boleh dipotong kulit tepi roti.

Gandingkan sandwich telur dengan jus oren atau teh O suam pun ok juga. Ahhhhh, pasti bertenaga permulaan hari anda! Adam dan Idrees suka makan sandwich telur ni. Dedi sememangnya sedang berdiet kalori rendah maka menu ini sangat sesuai.


2 comments:

  1. Tak pernah lagi buat sandwich telur... tgk gambar kat atas ni, terus rasa nak cuba... thanks for sharing this simple recipe :)

    ReplyDelete

Tell me what you think