TopMenu

Friday, September 25, 2015

Rendang ayam sempena Aidiladha


Assalamualaikum & Hi,

Lepas subuh semalam baru datang mood nak masak rendang. Ayam memang dah ready defrost. Serai dengan daun limau purut ambil dekat dalam pasu depan rumah je. Cuma daun kunyit tak ada! Pokok yang dalam pastu tu mati, tak buat semaian baru. Redha je lah rendang tak ada daun kunyit walaupun rasa tak lengkap.

Mujur dapat bantuan encik husband. Dia pakar jugak masak-memasak ni. Kalau harap kan I sorang, belum tentu dapat makan rendang kami sekeluarga. Walaupun husband tak payah nak rujuk-rujuk resepi sebab semua dalam kotak kepala dia je, I still need to refer to one. Kali ni, I rujuk resepi dari Sajian Dapur Bonda. Sebetulnya I nak buat rendang yang warnanya hijau pakai cili padi. Tapi hasilnya tak sama lah. But anyhow sedap jugak hasil air tangan I (credit to encik husband juga).

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
1 paket (320ml) santan sawit KHALIS //i pakai santan kelapa, agak-agak dalam 2 cawan kot
4 cawan air //agak-agak jugak
4 helai daun kunyit – dihiris kasar //tak letak
3 – 4 helai daun limau purut - disiat
2 – 3 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 senduk nasi kerisik
2 sudu besar gula perang // gula biasa
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
15 biji cili padi hijau //7-8 biji je takut pedas sangat
15 biji cili padi merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas //lengkuas tak ada
2 inci kunyit hidup
6 batang serai – dihiris
5 biji buah keras
Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.

Cara-cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.

2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut

3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.

4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).

5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik (opysen). Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think