TopMenu

Wednesday, August 28, 2013

Jom buat IC baru

posing mom
Gambar ni hiasan semata-mata. tidak ada kena mengena dengan tajuk. Gambar ni nak tunjuk tudung hadiah dari seorang kawan yang sama-sama belajar di UiTM. Lepas beli di SugarScarf dia kata tak sesuai pulak nak pakai shawl. Agaknya dah memang nak jadi rezeki i, Uols.

Berbalik kepada cerita buat IC di JPN Putrajaya siang tadi. Sangat la efisien sekarang ni. Naik saja ke aras 2 dan terus ambil nombor giliran. Selang beberapa minit telah dipanggil ke kaunter (mungkin timing bagus - working hours around 11am). Ditanya samada mahu tukar alamat sekali dan diminta isi borang. Selesai isi borang, bayar RM10 untuk yuran gantian dan diminta membuat imbasan cap jari di mesin pengimbas. Oh ya, kena submit old IC untuk pegawai tu periksa. Semuanya berlaku dalam masa 10-15 minit. Kemudian tunggu sebentar sebelum dipanggil semula (menggunakan nombor giliran yang sama) untuk di ambil gambar. Percuma! Insya allah, esok sudah dapat IC baru. Yay!

p/s: aktiviti kill time yang sangat bermanfaat. Next trip nak ke EPF pula buat kemaskini apa yang patut.

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think