TopMenu

Wednesday, September 18, 2013

3 langkah mudah membersih microwave tanpa sabun



I selalu pakai microwave untuk tujuan memanaskan atau reheat. Macam-macam la reheat dalam tu daripada lauk pauk, roti, kuah durian, ikan pekasam dan sebagainya. Ada makanan mengeluarkan minyak dan bau menyebabkan microwave perlu dicuci sekali sekala. Dulu bila cuci, rasa kena guna sabun baru bersih segala kotoran degil.

Semenjak jadi surirumah, ada masa nak mengkaji bagaimana cara lain yang lebih efektif dan mesra alam untuk capai objektif microwave bersih berkilau! cewah...Rupa-rupanya banyak entri di luar sana mengenai cara mudah membersih microwave tanpa sabun ni. Ada yang mencadangkan penggunaan cuka dan ada menggunakan lemon. Kelebihan menggunakan cuka atau lemon adalah kerana ianya tidak menggunakan bahan kimia, murah dan mesra alam. Lagipun, kedua-duanya sama efektif menanggalkan kotoran degil serta bahan seperti lemon meninggalkan bau yang wangi.

3 langkah mudah membersih microwave tanpa sabun:
- Potong lemon, perah jus nya dan masukkan dalam mangkuk yang 'microwave safe' berisi air (tapi I pakai limau kasturi je, pun boleh)
- Masukkan mangkuk berisi lemon dan air tadi ke dalam microwave. Jika bekas kecil seperti dalam gambar (mangkuk Ikea), dalam 2-5 minit sudah cukup untuk mengewap kan air lemon tadi.
- Lap, lap dan lap sehingga bersih wap air tadi. Siap!

Selamat Mencuba ya!

5 comments:

  1. aku dah try...best! best! Masya Allah cousin....ilmu ko share orang amal dapat pahala.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..heheh..mcm passive income, ni passive pahala kot.

      Delete
    2. passive pahala? i shud change my writing method then

      Delete
    3. eh..kenapa pulak couzie? menulis di manakah? hehehhe

      Delete

Tell me what you think