TopMenu
▼
Wednesday, September 18, 2013
Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 - penutup pada 2 Oktober!
Foto terbaik yang dapat saya rakam menggunakan Samsung S3. Masa ni belum beli Olympus E-PL3. Pada hari Khamis 13hb yang lepas, kebetulan King Nan balik kerja awal jadi kitorang pun berjalan ambil angin ke Putrajaya. Pelan asal nak pegi Marina Putrajaya tengok Backyard Monsters and Dinosaurs Exhibition. Tapi sedih, bila dah sampai siap parking semua, sekali ada event, press, pak menteri kot sebab ramai polis jugak. Adik yang jaga entrance tu kata "maaf kak dan abang ada perasmian jadi kita tutup malam ni". Adam dengan Idrees bukan boleh terima. Stress mami time tuh.
Since first time King Nan and kids sampai sana (I dah biasa sebab used to have meeting with customers before), kitorang pegi jalan sekililing. Ada amoi sexy bagi flyers dan bagi tau nanti pukul 10 ada fireworks! Aha, baru la teringat pasal pertandingan bunga api ni... Alhamdulillah, rasa macam Detektif Conan berjaya selesaikan misteri penyiasatan! Ahahhaha.. Kids so happy.
Tapi kitaorg tak tunggu dekat Marina tu sebab belum makan. Cafe kat situ dah fullhouse. Sempat pergi dinner dulu, ngam ngam dekat pukul 10 we all drove over nak pegi Presint 5. Half way about 10.05pm nampak bunga api kebabom dah...so kita stop la dekat padang nearby. Bunga api tanpa henti selama 25 minit. Ramai orang berenti kat situ jugak. Kalau berada lebih dekat, mesti lebih cantik nampak bunga api yang di bawah. Rasa nak pergi lagi untuk penutup nanti pada 2hb Oktober. Jom!
Jom! I baru balik training on 2 oct tp nak gak pegi menyelit esp time nak balik. Hehehe... inilah fat burner i. Heheheh
ReplyDeleteShiema Abdullah
Cikgu..I berangan je nak pegi, tapi subject to boss approval. huhuhu..kalau pegi nanti amik gambar byk2 ok!
Delete