TopMenu
▼
Sunday, October 20, 2013
Mee Rebus Johor Power
Untuk bulan Oktober ni, dah dua kali buat Mee Rebus Johor. Adam dan Idrees memang suka! Mereka yang request I masak ni tapi sengaja tunggu hari cuti baru nak buat. Maka I pun tunaikan janji semalam.
Resepi ni I dapat dari blogger sis Azlita. Tapi rasanya dia pun review resepi Chef Riz untuk rancangan masakan Sajian Kontemporari. Boleh rujuk di sini. Kalau tengok gambar-gambar dekat blog sis Azlita ni masya Allah memang berseni lah! Gambar cantik, masakan pun nampak sedap betul! Bila lah nak sampai tahap cam gitu. Hehehhe..
Bahan-Bahan
300 gm daging kisar atau udang segar //I guna daging biasa je potong nipis
1/2 cawan udang kering ~ disangai dan kisar halus
5 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah jika suka pedas
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar // tak letak pun
1 kiub pati daging
250 gm keledek oren // direbus dan di blend
1/2 air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula Melaka
air secukupnya
minyak untuk menumis
2 batang serai ~ dititik
8 kuntum bunga lawang //letak sikit je dalam 3 kuntum sebab King Nan tak suka
Bahan Kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc halia
3/4 inc lengkuas
1 biji buah keras //tak letak pun
Sedikit air
Penyediannya
Mula-mula kita rebus keledek hingga empuk. Kemudian keledek itu dilenyek ~ ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk
Masukkan bunga lawang dan serai yang dititik.
Apabila naik harum masukkan bahan kisar dan tumis
Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga garing dan berbau harum
Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar halus dan tumis semula hingga sebati.
Masukkan daging, kacau sebentar hingga daging hampir empuk ~ tambah air jika kuah terlalu kering.
Selepas itu masukkan rempah kari dan serbuk ketumbar kacau rata.
Masukkan air secukupnya ~ kuantiti air bergantung kepada kepekatan kuah
Bila kuah dah mendidih masukkan kiub daging dan biarkan mendidih semula.
Akhir sekali masukkan keledek yang telah dilenyek, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Didihkan semula kuah seningga kuah sedikit pekat
Setelah serasi rasanya boleh lah dihidangkan.
Mee rebus kebiasannya di makan bersama
Mee kuning ~ yang dicelur
Taugeh ~ juga dicelur
Tauhu digoreng dan dipotong dadu
Telur rebus
Limau kasturi
Daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
Cili merah dan cili hijau yang dihiris halus
Bawang goreng
Dan tepung goreng rangup
Selamat Mencuba!
Fuuhhh..meleleh air liur...aku tingin wat mee udang...2 org plak alergic tk leh mkn..huhu
ReplyDeletesedap jugak mee udang! tapi tu la kalau dah ada yg allergic tak aci la nak masak makan..sian takkan depa tengok ja... :-)
Deleteaku rasa aku pernah makan ko masak mee macam ni...
ReplyDeleteha ah..ye kot..time tu bukan resepi ni..resepi yang ni paling feveret budak2 tuh.. :-)
Delete