TopMenu
▼
Sunday, October 20, 2013
Tonton KL Gangster 2 pada hari ke -16 selepas tayangan pertama
Kami tonton ni malam semalam. King Nan pertama kali memilih untuk tonton cerita melayu. Tak sangka! I ni menurut perintah saja. We booked for love/couple seat dekat GSC IOI Mall. Sampai 10 minutes late sebab jenuh nak beri alasan keluar malam dengan si Adam dan Idrees. Wayang start pukul 10.10pm.
I would recommend kalau tujuan nak pegi menonton wayang saja, beli lah tiket awal-awal. Boleh beli secara online, proses pun sangat mudah. Tiket boleh self-print atau bagi booking number dekat kaunter.
Masa tengah nonton, ada 2 missed calls. Nasib baik perasan sebab I pun dah dapat agak mereka sure call punya. Bila return call saja, kena lah soal siasat "mami ada bawak kunci rumah? lama lagi ke nak balik? jangan balik lewat sangat. Bla bla bla". I senyum je melayan bual telefon di luar pintu panggung wayang. :-) Anak oh Anak...
Pasal cerita KL Gangster 2 ni, masa mula-mula masuk tu terkejut jugak sebab banyak empty seats. Ingatkan sambutan bagus cerita ni. Ramai kata action pack la itu ini. Tapi mungkin juga sebab dah lebih 2 minggu tayangan jadi kurang penonton. Terkejut yang ke-2 bila tak berapa faham cerita sebab ianya sebuah prequel. Maka cerita ni adalah sebuah back story kepada KL Gangster yang original. Siapa yang tengok cerita asal lebih faham watak-watak dan jalan cerita ni.
Terkejut yang paling besar adalah bahasa yang digunakan dalam cerita ni. Hmmm..geleng kepala I. Maaf, bukan jenis movie that I will appreciate lah. Not because of the languange alone, tapi jalan cerita dan violent fighting scene yang berlebihan. Letupan, tembak, potong kepala, rogol, gaduh-gaduh... not bad lah the shot. Tapi one thing about Malaysian punya filem atau drama... darah dia tak real macam kat Hollywood. Mesti susah nak realize kan benda tu kot, dah makan puluh tahun kita belum berjaya. Maybe someday.. :-)
Bila last you tengok wayang? Cerita apa?
No comments:
Post a Comment
Tell me what you think