TopMenu

Tuesday, April 1, 2014

Hari pertama di Bali

Assalamualaikum.

Entri ni sambungan kepada entri lepas. Boleh baca di sini.

Jadual Perjalanan Hari Pertama
26/2 Pickup at the Airport & Check in Hotel
- Factory outlet for beach wear shopping
- Jimbaran Beach (sunset)
- Dinner Ayam Penyet & Pecel Lele

Kami lewat tiba beberapa jam, tersasar dari perancangan awal. Yang penting selamat tiba. :-)
Semua teruja menjejakkan kaki di Bali, walaupun badan sudah terasa penat dek kerana masa menunggu yang terlalu lama.


Oh ya, jika menaiki penerbangan Malindo Air sila bawa earphone sendiri ya. Jika tidak, ianya harus disewa kalau tak salah.


Jangan terkejut di luar terminal ada Bangi Kopitiam yang besar! Kelihatan seperti di Malaysia.


Makan tengahari di Restoran Nasi Padang dalam perjalanan ke hotel di Seminyak. Agak lewat makan tengahari lebih kurang pukul 2.30 petang. Semua nampak sedap.

Selepas kekenyangan, kami menuju ke hotel untuk check-in dan freshen up. Sejam kemudian keluar menuju ke Factory Outlet berdekatan mencari selipar untuk ke pantai.

Jimbaran Beach

Seterusnya ke Jimbaran Beach. Subhanallah! Cantik betul. Seluas pemandangan. Puas duduk di situ sambil menunggu matahari terbenam. Di sini terkenal dengan makanan laut yang harga nya sangat mahal. Hati-hati jangan sampai kena cekik darah. Kami berjaya mengelak dari terjerat!


Makan Malam

Suami saya yang bijak pandai, telah meminta Pak Supir bawa kami makan malam ditempat yang halal, berpatutan dan sedap. Nah, dibawanya kami ke restoran kenalan baik nya. Restoran di tepi jalan, agak kecil tapi bersih. Kami singgah makan Nasi Ayam Penyet, nasi Pece Lele permintaan si Idrees dan minimum signature Indonesia "Teh Botol".


Selesai makan malam, kami balik ke hotel. Cukup lah buat hari pertama, kami perlu 'recharge' untuk permulaan yang lebih menarik untuk hari kedua dan seterusnya.

4 comments:

  1. wow.. bestnya.. teringin jugak nak ke Bali.. cepat2 sambung ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi mama leen. terima kasih kerana menjenguk di sini dan komen! Memang best pergi Bali. Semoga nanti mama leen juga akan sampai ke sana. :-)

      Delete
  2. Salam kak .boleh saya tahu ke budget akak ke bali ni ?nak mintak pendapat akak ambil pakej dari travel agency or urus sendiri lebih worth it .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Hai adik, kenapa anonymous? Kalau letak email address ke boleh akak reply directly. Akak bawa anak kecil ( 6&8 yo), lebih mudah kalau semua telah diatur terdahulu oleh pak supir. Urus sendiri juga tidak mustahil sebenarnya kalau jenis adventurous dan suka ambil risiko. Kalau ikut akak dengan situasi kami sekeluarga, lebih worth it pakai agent. Sebab 4 orang boleh terus charter satu kereta. Nak berhenti makan ke solat pun senang cerita. Ikut time kita.

      Harap jawapan akak ni membantu ya.

      Delete

Tell me what you think