TopMenu

Monday, March 31, 2014

Percutian ke Bali selama 4 hari 3 malam

Assalamualaikum.

Update yang tertangguh lebih kurang sebulan lamanya. Biasalah, nak menulis kena ada mood dan idea. Kadangkala idea datang, mood tak sampai. Adakala mood menulis ada tapi idea tak kunjung tiba. Pernah tak berada dalam dilema macam ni? Hahahha..

Selepas percutian penutup tahun 2013 ke Penang tempohari (baca di sini, sini, sini, sini, sini dan sini), ini adalah percutian pembukaan tahun 2014. Syukur sangat yang dirancang dan diusahakan menjana hasil yang memuaskan hati. Tidak lah 100% tetapi saya gembira dengan outcome nya.


Supir
Saya berbesar hati nak rekomen Pak Supir Ade ini kalau ada yang nak pergi ke Bali lagi. FB page di sini.


Bayaran yang dikenakan berpatutan, kenderaan yang selesa, patuh pada masa, peramah dan reliable orang nya. Penting juga dia muslim dan senang untuk memberi cadangan tempat makanan halal dan hentian solat. Apabila langgan perkhidmatan Pak Supir bermakna jadual perjalanan telah disusun. Jadi kita tidak perlu pening ke mana hala nak tuju. Walau bagaimana pun saya nasihatkan untuk membuat sedikit background check tentang cadangan jadual perjalanan. Mungkin ada tempat lain yang tiada dalam cadangan Pak Supir, kita boleh runding mengikut kesesuaian. Jika benar-benar mahu memaksimakan masa mengikut jadual, kemungkinan perjalanan memakan masa 11-12jam sehari. Sangatlah memenatkan tambahan apabila melancong bersama anak yang sangat aktif - macam budak dua orang tu!

Penginapan
Kami buat tempahan hotel secara talian menggunakan hotels.com tapi sebelum itu telah membuat rujukan dengan membaca review di tripadvisor.com. Saya juga telah menulis satu review tentang tempat penginapan kami iaitu The Dipan Resort Petitenget. Boleh baca di sini.

Saya pilih hotel itu kerana lokasi tidak jauh dari lapangan terbang, di kawasan Seminyak. Bagaimana saya tahu? Saya 'get direction' dengan menggunakan google maps. Saya juga periksa kemudahan yang terdapat disekiling tempat penginapan, dengan harga dan penataan interior design di hotel yang menepati 'expectation' saya yang mahukan konsep Bali (kononnya)...ini lah hasil nya. Masya Allah, jejak saja kaki ke hotel itu sangatlah terpegun! Cantik, seperti gambar. Tak salah pilihan kami.


note: apabila membuat tempahan bilik online, tidak perlu telus akan bilangan kanak-kanak. Sila baca t&c. Ada hotel yang benarkan kanak-kanak dibawah 5 tahun tinggal percuma. Namun awas, jangan sampai salah guna sehingga langsung tidak daftarkan bilangan anak. Ada hotel yang tidak terima keadaan sedemikian. Untuk penginapan kami, didaftarkan 2 dewasa dan seorang kanak-kanak 8 tahun. Oleh itu, pihak hotel menyediakan katil/tilam untuk kemudahan si kecil anda! 


Jadual Perjalanan/ itinerary

26/2 Pickup at the Airport & Check in Hotel
- Factory outlet for beach wear shopping
- Jimbaran Beach (sunset)
- Dinner Ayam Penyet & Pecel Lele

27/2 Kintamani Tour (bermula 8.30pagi)
- Barong Dance
- Celuk (Gold & Silver)
- Painting
- Ubud
- Tegalalang (Padi Bukit)
- Volcano (Lunch time)
- Coffee Plantation
- Tampak Siring (Hollywater)


28/2 Nusa Dua & Tanah Lot (bermula 8.30pagi)
- Tanah Lot
- Tanjung Benda (WaterSport)
- Pendawa Beach
- GWK
- Padang-Padang Beach
- Uluwatu / Kecak Dance / Sunset

1/3 Last minute shopping & Airport Transfer


Akan bersambung lagi untuk perincian seterusnya. Selamat Malam!

Update:
Entri Hari Pertama di Bali baca di sini.
Entri Hari Kedua di Bali baca di sini.
Entri Hari Ketiga di Bali baca di sini.

13 comments:

  1. Untuk percutian ke seluruh negara boleh lah membuat tempahan dengan Khairiana Holidays Sdn Bhd, Kami bersedia berkhidmat untuk anda.

    Layari FB kami : www.facebook.com/khairianaholidays
    Website : www.khairianaholidays.com
    Sebaran enquiry boleh la email ke : sales@khairianaholidays.com

    Untuk pertanyaan lain : Whatsapp : 0123332433

    ReplyDelete
  2. dulu saya stay hotel, melihat pic dalam entry yang ni terus terbuka hati nak stay kat resort pula :) TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome! Insya Allah moga menjadi percutian hebat buat anda juga ya

      Delete
  3. Assalamualaikum…
    Kami menawarkan pelbagai pakej menarik ke mana2 destinasi di Indonesia untuk anda.Semua urusan kami lakukan.Dari urusan tiket,hotel,transport,makan dan pemandu pelancong semua kami sediakan untuk anda.Untuk group yang besar di alu alukan.hadiah menarik menanti anda.
    Tak perlu bersusah payah menguruskan group anda.Berikan senarai nama peserta dan tarikh perjalanan dan semua kami uruskan.Urusan di lakukan di Malaysia.Mudah dan selamat.Temujanji untuk urusan group yang besar juga boleh diatur.
    Hubungi saya di talian 0126665436 atau lihat di blog saya untuk maklumat lanjut.Banyak maklumat berguna untuk panduan anda.
    http://freelancetour.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam alaik , Menyediakan pakej ke Bali,Medan, Padang dan Bandung dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi-baloi, berpengalaman mengendalikan beratus-ratus trip, pakej Muslim , keseronokan anda kebahagiaan kami

    whatsapp : 0175367426 insyirah
    emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca blog ini
    kami syarikat mempunyai legalitas di indonesia, Nak tumpang promotion sikit
    bagi tuan puan yang nak melancong kat bukittinggi/ Padang,Medan dan bandung Kami 7LINES HOLIDAY tour & travel siap melayani anda kami sediakan : transport, hotel, and pakej tour
    contact person : firman
    Whats app : +62 82390 797959
    email : firman_7linesholiday@yahoo.com / 7lines.holiday@gmail.com
    blogger : 7linesholiday.blogspot.com
    insyaallah tuan & puan boleh puas dengan service kami

    ReplyDelete
  6. Assalam. Sy dn kluarga nk ke bali 8-11 bln jun nt. Tgh cr info ttg itenerary yg sesuai utk family with 3 kids. Trip 4d3n. Hotel x cr lg ni tp resort dlm posting ni nmpk menarik. Boleh share info ttg budget ground pakej dgn agen dan hotel/resort? Thanks. Mazli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Mazli. Maaf setelah setahun berlalu. Saya dah lupa details tentang harga. Tapi yang pasti ground pakej dengan Pak Ade berpatutan, kereta yang selesa dan dia sanggup ikut timing kita. Pasal harga hotel/resort tu harganya tak lebih RM400 semalam. Insya Allah you will have a fun holiday with your family too in Bali soon.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Wah banyak aktiviti menarik boleh buat kat bali ni.
    Sangat menarik dan membantu.
    Tq sharing.
    jemput ke blog sy ye


    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. You Are most welcome Marsha. Good to know the sharing membantu! Okay will go over blogwalking.. tungguuuuu

      Delete
  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Sewa Kereta Murah Kat Bali
    Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    450k Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.

    ReplyDelete

Tell me what you think