TopMenu
▼
Wednesday, April 23, 2014
Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Bila Berlaku Kemalangan
Assalamualaikum..
I'm a part time driver (boleh baca siri pertama pasal jadi driver di sini). :-) Antara skop kerja ialah menghantar anak ke sekolah pagi-pagi. Ambil anak pulang sekolah di waktu petang.
Hari 'bertuah' hari ni. Cuaca baik. Not so rushing masa hantar Adam. Dalam pukul 8.10-8.30 pagi. Okay, I terlupa recite doa naik kenderaan. Sampai dekat belok kiri tepi sekolah tu, kereta depan brek pulak. Lapse lah 1-2 saat kot sebelum dentum kedengaran dari belakang. What was that!!? Adam nampak hampir terhantuk ke depan. God! Kereta kena langgar dari belakang. Tengah berhenti lampu merah ni. Bila lampu kembali hijau, kereta dihadapan dah jalan....I pun tekan bunyi hon dan signal park tepi jalan. OK panik, panik.
Keluar kereta, baca bismillah dulu..Dalam kepala dah terbayang macam-macam rupa orang yang langgar kereta aku ni. Mintak-mintak lah bukan 'monster'. Amin! Nampak kereta kancil hijau berplet Wilayah di belakang. Sejurus kemudian keluar seorang lelaki berkaca mata. Rendah. Budak lagi ni nampak muda je. Sama ada I was freaking takut atau dia pun sama takut. Hahahha.. Assessing our car. Kereta dia ada kemek. Lekuk besar jugak at least dua lekuk. Tengok kereta sendiri, eh tak ada kemek. Betul ke ni? Apa nak buat ni? Nak cakap apa?
Calm down! Ambil nafas. What I did tadi, I said you dah langgar belakang kereta saya. Looks like no dent just some scratches. This is not my car, therefore I told him will be calling him if needed. Boleh minta nama dan no. telefon? I did one clever thing tadi (which selalu I wasn't that detail), I dialed his number immediately to leave my phone number. At least by doing so I know his number is genuine. Took his car registration number. Jotted down brand, model and color of the car. Then dismissed!
I forgot one thing, to snap photo of his car yang kemek tu. But luckily it was him yang langgar. So not so critical lah. Reason why we need evidence kalau kita yang langgar dia, sebab takut dia claim lebih dari sepatutnya. Speaking about that, lewat petang tadi dia sent message via Whatsapp minta snap gambar kereta my car yang kena langgar. He said he forgotten to take photo masa accident tadi. Seeee....that is important.
In my case just now, it was a very minor accident. So we resolved it there. I did not ask from the young man a single cent (yet - tunggu my assessor balik then see how).
Lepas peristiwa tadi, I learned few things. Balik terus google and found this that could be useful next time.
By iMoney Research Team
Berikut adalah 7 perkara yang anda perlu lakukan sekiranya anda dapati diri dalam kemalangan.
1. Mendapatkan maklumat asas mengenai pihak terlibat adalah penting. Dapatkan name orang yang terlibat, alamat mereka dan nombor untuk dihubungi adalah langkah pertama.
2. Selepas itu, catat nombor pendaftaran kenderaan mereka, serta dengan jenis dan jenama kenderaan dan maklumat-maklumat lain yang berkenaan.
3. Minta maklumat syarikat insurans orang yang terlibat, termasuk nombor polisi atau sijil. Jika mereka tidak dapat memberitahunya di waktu itu, pastikan anda mendapatkannya kemudian.
4. Buat catatan tentang saksi berkecuali (jika ada) dengan mengambil nama, alamat dan maklumat untuk menghubungi mereka. Mereka dapat membantu menyelesaikan sebarang bakal sengketa.
5. Buat laporan polis. Di Malaysia anda perlu beritahu pihak polis dalam masa 24 jam berlakunya kemalangan jalan raya.
6. Beritahu syarikat insurans anda dalam bentuk bertulis secepat mungkin. Kegagalan membuatnya mungkin menyebabkan anda akan menanggung sebarang kerugian, termasuk tuntutan pihak ketiga terhadap anda. Walaupun anda dan pihak terlibat tak mahu buat tuntutan atas kemalangan tersebut, anda patut beritahu penginsurans secepat mungkin, kerana ini adalah satu dari syarat dalam polisi anda.
7. Bergantung kepada keparahan kemalangan, anda mungkin perlu hantar kereta ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Kebanyakan syarikat insurans mempunyai senarai lengkap bengkel panel di laman sesawang mereka. Jika anda tak hantar kereta ke bengkel yang diiktiraf, anda mungkin tak dapat tuntut kerugian kemalangan dari penginsurans anda.
No comments:
Post a Comment
Tell me what you think