TopMenu
▼
Tuesday, April 8, 2014
Resepi Puding Karamel (Cream Caramel)
Pertama kali saya cuba buat ini tempohari. Niat dihati nak jamu adik ipar yang buat request :p I bet she was surprised I made cream caramel. Sebab dia kata nak puding pelangi or anything from #laporanmasakan
Senang rupanya. Saya suka resepi ni sebab tak guna banyak telur. Rasa macam nak buat lagi petang ni. Kali ni boleh makan SEMUA sekali at my own time. Hehehe.
Resepi saya dapat dari blog Cahaya Cinta Ku. Boleh rujuk di sini.
Bahan2 :
~ 400 ml susu segar/susu cair //pakai susu segar low fat milk
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telur
~ 2 biji kuning telur
~ 1 sudu teh esen vanila
Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air
Cara2 membuat karamel
Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang..
masak atas api yg kecil..
kacau2 guna sudu bg rata..
Bila dah bertukar keperangan sedikit baru masukkan satu sudu air lagi..
pastikan gula dah cair dan bertukar keperangan sepenuhnya..
Dalam bekas lain, masukkan kesemua telur bersama dgn gula halus..
kacau menggunakan whisker..
Kacau perlahan je tau agak2 kasi gula tu sebati atau pun larut..
Masukkan susu dlm periuk..
campurkan esen vanila..
masak atas api sederhana..
tak perlu masak lama-lama, just kasi susu tu suam2 kuku aje..
Kemudian tuang susu tadi ke dalam adunan telur..
tuang sikit demi sikit sambil tgn kanan kacau adunan tersebut..
Lastly.. tapis dan tuang adunan tersebut ke dalam loyang yg berisi karamel..
Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu..
Tutup loyang guna aluminium foil semasa proses pengukusan..
Kukus selama 30 minit dgn api sederhana..
Sekiranya selepas 30 minit tapi puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan..
kukus lagi sampai puding betul2 masak..
No comments:
Post a Comment
Tell me what you think