TopMenu

Tuesday, April 8, 2014

Hari ketiga di Bali: Nusa Dua & Tanah Lot

Assalamualaikum..

Malam ni dapat juga luangkan masa untuk update entri hari ketiga di Bali. Hari yang paling penat kerana banyak habiskan masa ditepi laut. Namun masa itu tidak lah sia-sia kerana pemandangan yang indah sekali dan pengalaman yang menarik untuk dilalui. Alhamdulillah diberikan peluang ni. Thank you Allah..thank you king of my heart too!

Untuk entri hari pertama di sini, dan hari kedua di sini.

Jadual Perjalanan Hari Kedua
28/2 Nusa Dua & Tanah Lot (bermula 8.30pagi)
- Tanah Lot
- Tanjung Benda (WaterSport)
- Pendawa Beach
- Uluwatu / Kecak Dance / Sunset

Tanah Lot
Tempat pertama yang dituju adalah Tanah Lot. Cuaca sangat baik. Namun, menghampiri pukul 10-11 sangat panas. Tambahan di tepi laut. sangat terasa bahangnya. Nak buka mata pun payah. Sangat disarankan untuk memakai sun block dan juga cermin mata hitam. Oh ya, sila juga bawa botol air dan tisu/towel untuk lap peluh yang mencurah-curah.

Kalau nak jalan-jalan sekitar Tanah Lot ni, pakai la pakaian dan kasut yang selesa. Saya sekadar memberi cadangan. Cuba elak warna yang gelap sebab nanti serap bahang tu makin panas lah kita rasa. Saya rasa pakai skirt ni okay juga sebab berangin. :-)

Ada perkhidmatan jurugambar di sana yang boleh ambil gambar dan terus siap. Mereka bukan lah jurugambar profesional pada hemat saya. Jadi jangan memberi harapan tinggi, gambar yang keluar tu cantik dan magis! Yang penting ada kenangan di sana. Kalau pergi pada waktu ramai orang agak sukar untuk mendapatkan

Untung Pak Ade adalah supir yang ringan tulang. Dia ikut serta maka secara tidak rasmi dialah jurugambar famili. Boleh lah untuk bergambar kenangan.

Oh ya, disepanjang jalan dari tempat parkir kereta ke tebing laut Tanah Lot tu ada banyak kedai yang menjual pelbagai barang. Selamat membeli belah dan berambang mata!


Tanjung Benda (Turtle Island)

Tempat kedua kami ke sini. Tidak kurang menarik. Rasa nak cuba semua. Tapi $$$$ mengehadkan pilihan. Kami berminat nak mencuba sea walker. Belum ada di Malaysia katanya. Tapi sayang, kanak-kanak berumur 9 tahun kebawah tidak dibenarkan. Adam dan Idrees tidak dapat ikut serta. Kami semua putuskan tiada siapa yang boleh mencuba. Senang dan adil untuk semua orang.

Setelah berbincang dan sepakat, kami memilih untuk menaiki bot laju ke Turtle Island. Jangan lupa ya, harga sentiasa boleh dirunding. Saya tidak perlu risau tentang itu, kerana ada negotiator yang hebat dikalangan kami! :-)

Berat tau penyu ni! Sayalah orang pertama yang disuruh mengangkat penyu itu. Dengan berani nya angkat lah...hati-hati ya, bukan sahaja berat tetapi dia akan mengipas kaki dan tangan! Anak-anak memang tak berani langsung nak angkat. Elok la tu, kalau dah angkat dan terlepas tak ke naya?

Ada juga beberapa binatang yang lain di sini seperti kelawar dan beberapa jenis burung. Ya, anda boleh masuk ke sangkar/kandang dan memegang binatang tersebut.


Pendawa Beach
Pak Ade beritahu bahawa pantai ini baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu. Masih sangat terpelihara kebersihan dan keindahan semulajadi tanpa binaan bangunan besar berhampiran kawasan. Agak terpencil di balik bukit batu besar yang setiap sudut nya ada patung yang sangat besar!

Payung besar perlu disewa. Harga 50k IDR kalau tak salah.


Uluwatu / Kecak Dance / Sunset
Untuk melihat tarian Kecak, perlu tiba sebelum pukul 6 petang. Persembahan terakhir setiap hari. Kami sempat tepati masa. Mulanya agak keberatan untuk turut serta melihat persembahan memandangkan bayaran agak mahal walaupun untuk kanak-kanak. Akhirnya kami akur untuk turut serta menonton.



Sekian update untuk hari ketiga.

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think