TopMenu

Tuesday, July 15, 2014

Lagi sebulan nak sambut first blogiversary. Apa kemajuan blog ni?

Assalamualaikum...

Ha ah...dah nak dekat setahun. Beberapa bulan kebelakangan ni I consistently post for updates. Sedaya upaya kadar daily. Tapi macam baru-baru ni balik kampung hampir seminggu...terpaksa lah kadar weekly. Apa boleh buat..selain kekangan masa...dekat kampung tak ada Unifi. Yellow man pun tak nak ikut balik kampung. Maka....data line ciput je. Tak dapat nak buka blogspot pun!

Dulu... Follower 0. First follower adalah kazen sendiri blogger Petak Hijau. Dia pun dah 4 bulan tak update blog. Busy sangat lah tu. Pastu, hasben sendiri jadi follower. I didn't remember if I ever forced him to follow me. :p Then, dia paksa kawan dia jadi follower. Hah, kawan lelaki! Both of them bukan ada blog pun. Semata-mata login to join this blog....ala-ala dummy follower je.

Nak sedih ke happy bila follower ada 3 orang?

KEEP WRITING

Photo credit: www.insidethetravellab.com

I didn't bother. I kept on writing.

Kalau baca dari awal blog ni..kejap bahasakan diri saya..kejap I..cakap English...rojak..bahasa baku. I tried! Semua tu macam nak test kesesuaian and feel to get identity for this blog. Bahasa baku memang agak gagal...rasa macam sopan sangat dan tak ada jiwa (konon lah)

Akhirnya....jadi cam gini.

BLOG's COSMETICS

Ni usaha nak mencantik kan blog. Layout tak payah cerita lah tukar berapa kali dah. Widget ubah sana. Kejap buang. Kejap tambah. Font, color adjust macam gitu macam gini.

Yang paling latest macam gini. Tapi still WIP (work in progress). Ntah bila nak finalize tak tahu lah. Ada yang tak kena dengan navigation cue dalam blog ni. Cuma bila nak repair tu nak kena belajar coding sikit. Which I still don't have time (read lazy) to dig in.


NUFFNANG

Re-activate Nuffnang. Dulu dah pernah register for my previous blog mumof2heroes.blogspot.com. Tapi blog tu tak jalan. I hope this one tak lah hangat2 tahi ayam lagi. Nak lah berjaya capai status blogger sejati. Hehehhehe..

Status sekarang ada RM32.26 ...counting down for my first cash out. Ntah bila pun tak tau lah. Excited pun ada. Sehari berapa kali refresh nak tengok duit Nuffnang. Kelakar kan? Padahal, refresh 1000 x pun amount tetap banyak tu jugak!

PAGEVIEWS

Daily pageviews dulu punya lah sikit. 20-30...lepas tu naik sikit..50s, 60s, 70s....dapat 100 dah happy yang amat!

READERSHIP

Mana nak datang pageviews melantun-lantun kalau tak ada readers kan? Dah lah ruangan comment tu zero. Tak ada siapa pun comment. Sunyi sepi. Memang sah rasanya ada dua tiga kerat je yang baca. Nak kata tak ada yang baca...I know my lil SIL tu dok baca. Kan Hanis? Pastu..encik hasben pun ada jugak baca. Kan Sayanggggg? Ada lagi kot yang baca...

Yang tersesat cari resepi Sotong masak lemak kuning...nak pergi Bali 4 hari 3 malam..review skincare Dato' Siti SimplySiti White & Detox dan beberapa post lain yang hot jugak la....

Dah ajak sedara mara, kawan-kawan rapat..kawan tak rapat pun ajak jenguk blog ni. Tapi nak full blast dekat FB tu segan la jugak. Mana tak segan...yang sedara mara..kawan-kawan rapat pun...bukan bagi full support. Ada yang langsung tak sambut pun. Sedih! Macam cakap dengan dinding. It's like "jom tengok my blog" then the reply "kau dah kenapa?". Haaaa macam tu lah perasaan dia.

Fineeeee... Tak nak support pun tak pe. I'm sure many (kalau tak banyak sikit) out there have the same interest and would like to read my stories.

----------------------------------------------------------------------







Abis dah nak dekat setahun ni camana pencapaian?

Ada 33 orang followers to date! Syukur la kan. Ada 69 followers dekat FB fan page. Eh, jadi la.
I may not be as successful as Redmummy, The Pink Stilettos, Vivi Yusof atau Hanis Zalikha.

Tapi...for now the daily pageviews is increasing alhamdulillah. Max at 505! Happy sangat dah. Jangan gelak ok. I know for some of you..heh apa dah baru 500 dah kecoh. Hehehehe...

Ok lah nanti bebila sambung lagi cerita pasal kemajuan blog ni.

Blog korang dah maju sangat ke? Boleh la share tips kat sini. Nak maju jugakkkkk...

3 comments:

  1. Salam ukhwah dan t kasih ke Teratak Bunda...
    Bersabar...lama2 ramailah followers tu..Teratak Bunda hampir 2 tahun Ogos ni...tapi masih suam2 kuku...

    Walaupun followers bolehlah tahan tapi PV tak sehangat mana pun...
    Mungkin hasil tulisan bunda tak se Gah mereka yang telah
    terkenal...cerita penulisan bunda biasa2 jer...

    Orang lebih suke cerita gossip2 artis...politik...dan berita2 hangat semasa...lagi satu bunda tak pandai tentang SEO...blog bunda juga takder niche tertentu...campur aduk jer...sebab tu lah kurang dalam banyak segi...

    Jangan risau...tingkatkan pengetahuan tentang SEO...tak fhm SEO tu apa...masuk blog otai2...belajar dan bertanya dgn mereka...InsyaAllah boleh Up satu hari nanti...asalkan ada usaha dan kemahuan..

    Nanti bunda follow...bunda BW ngn hp jer x dspek nk follow...pc n line selalu meragam...InsyaAllah bunda follow...

    Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh! ye satu lagi kalau nak orang selalu datang dan komen tempat kita...kita juga kena rajin Blog walking ketempat orang dan komen ...juga follow....ramah2 lah sikit...

      InsyaAllah orang akan nampak kehadiran kita...

      Delete
    2. Salam Ukhwah Bunda. Ya Allah..sukanya bila Bunda bagi tips macam gini. Moga blog Bunda tidak pernah sepi dan lebih maju atas berkat perkongsian tadi.

      SEO ya. Insya Allah ada masa nanti saya usahakan.

      Pasal blogwalking tu pun saya setuju sangat Bunda. BAIK! Saya cubaaaa....

      Terima kasih banyak2.

      Delete

Tell me what you think