TopMenu
▼
Wednesday, October 7, 2015
Resepi Pie Ayam
Assalamualaikum & Hi,
Update pertama untuk bulan Oktober! Semenjak dua menjak ni memang agak rajin mencuba masakan baru. Salah satu nya pie ayam atau chicken pie ni lah. Seumur hidup, baru first time cuba. Sekali buat terus jadi..mesti lah happy kan! Egegeggegege...
Dalam rumah ni, yang suka cheesy food cuma myself dan anak sulung I si Adam. Bila buat chicken pie ni hari tu, kita orang kongsi dua orang je! Puas makan..heheheh..
Ok jom tengok resepi. I got the resepi dari facebook page Shiela Rusly. Satu hari tu tengah syok browse sekali lalu dekat wall resepi ni, bila go further rupanya dari page Shiela Rusly! . Macam menarik je tajuk nya...sekali tengok bahan2 pun semua siap ada di rumah. Cara2 dia pun senang je kot even untuk amatur macam I ni.
Bahan-bahan:
3 biji kentang
1/4 kiub ayam
1/4 cawan susu segar
1 tiub ayam kisar ramly
1/2 botol sos spaghetti adabi \\ I pakai brand lain sedap jugak hasil nya
2 sudu cili sos
Garam & serbuk lada sula secukupnya
1/2 bawang holland atau bawang besar
Mozarella cheese secukupnya, lebih banyak lagi sedap!
Cara-cara:
1. Rebus kentang dan kemudian lenyekkan.
2. Campurkan kentang yang telah dilenyek tadi bersama kiub ayam, lada sulah dan susu segar kemudian ketepikan.
3. Goreng bawang, ayam kisar, sos spaghetti, sos cili dan garam secukup rasa
4. Masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi ke dalam loyang. Ratakan kentang di atasnya kemudian taburkan cheese.
5. Bakar hingga cheese cair sahaja. Tak perlu lama sangat sebab semua bahan telah dimasak.
Sedia untuk dihidang! Yummsssssss....
No comments:
Post a Comment
Tell me what you think