TopMenu
▼
Friday, October 16, 2015
Resepi Churros
Assalamualaikum & Hi,
Dah pernah makan Churros? Hehehehe... since late last year kot macam trending pulak Churros ni. I had my first churros dekat ZAWARA coffee Shah Alam just recently. huhuhuhu..I know, not so trendy me kan? 10 keping RM10 kot harganya. :p Itu pun kawan belanja. Hehehe.
Apa benda Churros ni? Macam cakoi ke? Baru tahu, sebenarnya it's a snack popular dekat Spain, France and the Philippines.
Since recently datang angin sepoi-sepoi bahasa rajin memasak.....so I thought, why don't I try to do it myself. Ya Churros!
Banyak resepi sebenarnya kalau google. Tapi I pilih this one from Papamedia. 2 sebab utama; gambar cantik! dan ada step by step. Sangat helpful untuk I yang kelabu asap bab memasak ni.
Okay let's save the recipe here for future reference.
Bahan-bahan ( 2-3 org )
• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka )
• 1 biji telur – size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter
Cara-cara:
1. Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.
2. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)
3. Terus masukkan telur dan kacau sebati.
4.Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan (boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)
5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.
6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
7. Taburkan gula icing + cinnamon powder (or cinnamon sugar) atau terus saja celup ke dalam coklat cair (Nuttela pun boleh). Nyumm !!
note: nak tabur gula icing tu boleh pakai penapis ya. baru nampak cantik taburan dia..macam snow ;-)
mahalnya seketul rm 1, kos nak buat tak sampai rm5 pun. berdozen kut dapat. oh gambar sangat cantik.
ReplyDeleteYa mahal harga makan di hipster cafe!
Delete