TopMenu

Saturday, May 10, 2014

ESP Shaklee ESP Shaklee

Assalamualaikum...

Tetiba rasa nak share pasal supplement. Consumed sejak 3 bulan lebih dah kot ESP Shaklee ni. Macamana terjebak? Memang dah lama nak cari supplement untuk bagi tenaga..sebabnya selalu rasa cepat penat. Dalam hati terdetik jugak...makan tahun umur makin bertambah...high chance sebab faktor umur. Ditambah pulak in-denial..tak mengaku awak tu tak fit sebab tak bersenam langsung!

Dah gitu...Boleh ke makan supplement je terus dapat "membekalkan tenaga yang berterusan selama beberapa jam"? Haa ni lah kita nak cerita ni. My straight answer is NOOOO... mana nak ada magic solution. Kena ada concerted effort untuk jadi lebih bertenaga dan seterusnya kecapi kesihatan yang lebih baik. Maknanya? Makan kena betul, tidur kena cukup, aktiviti yang setimpal, hidup tanpa stress...senang kata semua kena seimbang dan within your capacity.

Merepek apa ni? Just see it this way...You eat well, no heavy activity tapi tidur 4 jam je sebab semalam tengok midnight balik lewat and the next day morning call. Kesannya memang tak bertenaga jugak. You sleep well, eat well tapi hari tu buat kerja berat angkat 10 baldi air naik tangga turun tangga, basuh baju 4 round, sidai, angkat, lipat dan kemas baju segunung. You think you ada energy lagi nak stay up buat assignment term paper 3000 words?

So, in my opinion yang tak langsung doktor ni....kita ambik supplement ni untuk menampung zat yang tidak cukup dalam gizi pemakanan kita seharian. Contoh macam ESP ni kan nama panjangnya Energizing Soy Protein - jadi dia bekalkan protein pada badan kita. Protein yang kita dapat dari "ayam masak kicap pedas" tu mungkin kekurangan sebab makanan tu kita masak di mana tahap kepanasan mungkin menjejaskan kandungan zat protein tadi. Dengan adanya supplement ni ianya supporting sahaja, kita masih PERLU mengamalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat untuk kekal sihat dan bertenaga!


So apa yang best sangat ESP ni? Kalau ikut label dekat canister tu kata, "good source of soy protein....sustains energy and helps ward off hunger". Plus dia ada juga essential B vitamins, calcium and soy isoflavones. Tapi....kalau tengok the way they market it ....bagi ayat marketing sket....then ESP bagus untuk those who wants to get pregnant, pregnant women, breastfeeding moms, on diet dan bermacam-macam lagi. Selain menambah tenaga, boleh bagi cantik kulit lah, susu banyak lah... haaa part yang cantik kulit tu menariks tu..

Boleh baca banyak promo dan review by distributor agents as well as consumers. Interesting reads dekat Kotak Vitamin Saya, Celik Vitamin, Ibu Cergas Keluarga Sihat. ESP Shaklee ni boleh buat mask jugak kalau ikut dalam blog Ibu Cergas Keluarga Sihat. Blogger Mrs. M.S Saufi kata dia minum ESP ni pening-pening pulak masa dalam pantang sampai doktor suruh stop minum. Salah satu blog which gave me ideas macam mana bancuhan pelbagai rasa ESP ni dari Irine Nadia Marcello. The following would be my story...


Pagi-pagi around 8am, I have a full spoon of ESP with either Milo atau Low Fat Milk. Masukkan dalam shaker then shake away sampai larut kesemuanya. Ingat, jangan pakai air panas nanti habisss rosak zat protein tu. Minum sambil duduk, pegang pakai tangan kanan. Don't forget baca bismillah, selawat ke. Semoga lebih berkat bila ikut sunnah nabi ya dak?

Tak ada pulak pening ke apa sejak mengambil ESP ni. Rasa lebih bertenaga? Hmmm, since ianya mengenyangkan ye rasa bertenaga lah to start the day. I can tahan with just this for breakfast sebelum lapar balik pukul 11am macam tu. Tapi tak tau lah kalau orang lain, cause I memang small eater and don't really have big breakfast usually.

Kulit lebih cantik dan gebus? Hmmm, tak perasan pulak. Maklum lah sekali harung try supplement ni, skincare baru dan booster baru.... So don't know which one jadi pemangkin untuk kulit yang tiada cela ini (ahaks). Mungkin juga combination of all three. Tapikan, since this ESP shaklee is a natural product so it will take long term before you can see the result. Anyhow, kulit cantik ni tujuan sampingan sahaja!

Susu lebih banyak? That I can't provide testimonial lah sebab tak ada baby :p

ESP Shaklee ni berharga RM121, 850g. I beli from one of adik junior dekat UiTM sama-sama Masters dulu. Sekarang, jiran sebelah rumah pun dah jadi agent Shaklee. Ramai dengar kata dah join jadi agents. Semua orang cari duit lebih ek. I jugak keje membeli je. Adoi!

Selain ESP Shaklee, I also consume B-Complex Shaklee, EPO dan Vitamin C. Kadang-kadang makan Habbatus Sauda juga. Will get to those supplement some other time. Till then!

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think