TopMenu

Thursday, January 30, 2014

Bubur ayam simple


Masak bubur ayam ni atas permintaan Idrees sebelum ke sekolah kelmarin dulu. Baru ada 2 orang anak, tapi selera tak sama. Dah goreng kue tiau tapi dia tak berapa gemar, minta makanan yang lain. Tak kan lah mami sanggup tengok anak dia kelaparan tak makan sebelum ke sekolah. Maka, second round masuk dapur pagi tu.

Kalau sendiri makan, mesti boleh masukkan lebih carrot dan kentang. Rasanya lebih sedap dan nampak colourful. Tapi Idrees dah remind no vege, jadi mami terpaksa akur. Memasak ni yang penting kena selera tekak orang yang nak makan. Kadang-kadang presentation nampak cukup gaya je tapi masya allah sedap. Contoh macam bubur ni lah, nampak so-so je kan. Tapi Idrees berselera sampai tambah. Balik dari school ulang lagi makan. Rasa berbaloi masak macam tu.

Ok jom tengok resepi yang dicedok dari Dapur Tanpa Sempadan untuk ke sekian kalinya! Boleh rujuk resepi asal di sini.

Bahan-bahan:
1 cawan beras siam (boleh juga guna beras wangi)
Air secukupnya (dalam 1500 ml atau secukupnya)
1 inci halia, hiris
2 ulas bawang putih, dititik
1 keping dada ayam, kerat pada beberapa bahagian, cuci dan toskan
1 cawan mix vege (karot, kacang pis dan jagung) //letak carrot je
1 camca besar bawang goreng
1 sup bunjut Adabi // tak letak pun
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kentang, kupas dan dadu, rendam
Garam secukup rasa
4 - 5 titik minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam (optional)
Hirisan daun bawang untuk hiasan //saya suka daun sup

Cara membuatnya:
Cuci beras dan masukkan ke dalam periuk bersama air, sup bunjut, halia, bawang putih dan daun pandan.
Masak hingga beras kembang.
Masukkan ayam, bawang goreng, mix vege dan kentang.
Renih hingga pekat dan kentang empuk.
Tambah minyak bijan dan perasakan dengan garam secukupnya.
Masak sekejap, jika suka cair, tambah sedikit air lagi.
Pastikan beras betul2 kembang dan bubur kelihatan berkanji.
Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun bawang, sedikit bawang goreng dan juga lada hitam serbuk sebelum dihidangkan...

Wednesday, January 29, 2014

Resepi Sambal terung bilis


Nak makan Daging masak kicap dengan apa yek? Tak de la fikir lama sangat, sebab formula yang biasa digunakan ialah tengok stock sayur dan bahan mentah yang ada. Terung, ada. Hari tu balik kampung mak bekalkan seplastik limau kasturi. Hmmm, ikan bilis ada sejemput lagi. Just nice - Sambal terung bilis!

Ini resepi campur aduk. So tak de nak attribute kepada mana-mana chef blogger. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan:
3 biji terung saiz sedang ~ potong 2 dan setiap belahnya potong lagi 4, rendam dalam air garam, cuci & tos
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
segengam ikan bilis
1/2 kiub ikan bilis (kalau suka)
1-2 biji limau kasturi
1/2 biji Cili/cabai merah ~ hiris
Ssedikit daun kucai ~ hiris
garam, serbuk perasa & sikit gula
sikit serbuk kunyit
minyak

Cara-cara:
1. Terung digaul dengan garam & kunyit. Panaskan minyak. Goreng terung hingga nampak lembut. Angkat & ketepikan dulu. Kemudian goreng pula ikan bilis hingga garing, angkat & ketepikan dalam pinggan berasingan.
2. Kurangkan minyak dlm kuali tadi utk menumis. Tumis bahan-bahan yang di hiris tadi sehingga layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.
3. Masukkan kiub bilis, sedikit garam, serbuk perasa & sikit gula. Masukkan sedikit air jika sambal terlalu kering. Kacau2 hingga sebati.
4. Masukkan terung & gaul sebati. Perahkan limau ke dalam masakan.
5. Akhir sekali taburkan ikan bilis & gaul lagi. Jika belum mahu makan.. masukkan ikan bilis kemudian apabila dah sedia untuk dihidangkan
6. Boleh dihias dengan hirisan cabai merah dan daun kucai.

Daging masak kicap


Selalu cuba resepi dari Dapur Tanpa Sempadan, tapi kali ni mencuba resepi dari Damai Qalbu buat kali keduanya. Sebelum ni dah cuba resepi Kacang panjang goreng telur, boleh baca di sini.

Hari ni lebih bersemangat nak masak. Term paper untuk summary IT Report yang due nye esok, dah pun submit awal petang tadi. Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang memberi semangat untuk menulis dan ahli keluarga yang sangat supportive when I feel like an 'empty can'! MERDEKA setelah 2 tahun berhempas pulas nak sudah kan pengajian. Moga lulus dengan cemerlang dan diberi petunjuk what to do next.

Cut short the bebel, jom tengok resepi.

Resepi asal di sini.

Bahan-bahan:
500gm daging | hiris
2-3 biji kentang | dipotong 4
1 labu bawang besar | cincang
7 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 inci halia | ketuk
2 sudu kecil lada putih kisar // letak yang powder je
1 sudu kecil lada hitam kisar
4 cawan air
Kicap pekat* | secukupnya
Kicap manis*
Saus Manis ABC*
Garam
Minyak untuk menumis
Daun sup secukupnya | hiris dan tabur

Cara:
1.Tumiskan bawang besar cincang, halia dan bahan kisar hingga layu kekuningan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
2.Masukkan hirisan daging, kacau rata.
3.Masukkan air, kacau dan tutup kuali dengan tudung periuk.Renehkan dengan api perlahan dan masak agar daging betul2 empuk.Sesekali dikacau alih. Masukkan kentang.
4.Setelah empuk, masukkan kicap manis, kicap pekat, saus manis ABC secukupnya, lada putih kisar dan lada hitam kisar.Biarkan seketika anggaran 5 minit.Sebatikan rasa dengan garam.
5.Matikan api dan hidangkan bersama hirisan daun sup.

When your kids start to lie - dealing with them


When your kids start talking, make friends, understand the real world.. errm..sooner or later they will learn to lie. camana nak handle? This is a good lecture.

Some of his saying I tried myself and it works. Kebetulan mencuba sebab dah tried various tactic.

Contoh, when I knew Idrees tipu yang dia belum solat I tanya dia for second time. He said "dah solat" with a big grin. I knew he was lying. Tak guna pressing, so I said ok mami percaya adik dah solat. adik takkan tipu mami, Allah pun boleh nampak. He get away with it. Nouman said "children are not inherently evil. Their nature is goodness". It's something about the consciences when they do wrong that you didn't punish them.

So, beberapa kali lepas tu dia tak menipu dah. Dia selamba jawab TAK! ok that's different handling all together. Kena belajar lagi ni ilmu parenting.

Sunday, January 26, 2014

Resepi Kacang panjang tumis telur


Twice cuba resepi ni. Alhamdulillah tak mengecewakan. Agak konsisten hasilnya. My other half is convinced that I really can cook now since berhenti kerja 5 months ago. Usually kalau menu seperti ini, digandingkan dengan nasi putih dan telur atau ikan masin. Simple bukan! Cuba lah, mesti menyelerakan. Untuk keluarga kami yang ada anak kecil terpaksa lah ada additional menu lain yang berkuah, maka pada hari yang sama I cooked tomyam ayam ala thai. :-)

Pertama kali mencuba resepi dari Damai Qalbu. I'm amazed with blogger turn chef ni, pandai masak...ambil gambar makanan pun cantik-cantik. :-) Memang buat kita rasa kena masak dan makan sedap macam mereka. Hahahhaha..

Ok jom tengok resepi.

Bahan-bahan:
10 tangkai kacang panjang | potong pendek
4 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
1-2 tangkai cili besar merah | tumbuk
10 gm udang kering | tumbuk
1 biji telur
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak

Cara:

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga beraroma.
2.Masukkan air dan renehkan.Kemudian masukkan kacang panjang, kacau.Tutupkan kuali sejekap.
3.Setelah kacang separuh masak, perisakan dengan garam dan sedikit gula.Pecahkan telur dan kacau sekadarnya.
4.Matikan api dan hidangkan.

Resepi Mee Kari ala nyonya


Adalah dalam 2 minggu yang lepas I tried this recipe. Alhamdulillah, menjadi. Tak pernah ragu kalau mencuba resepi dari Che Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan. Boleh rujuk sini untuk resepi yang ini.

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
1 keping besar ayam (bahagian peha atau dada), dipotong kecil, cuci dan toskan
1 bungkus tauhu pok (kurang lebih 10 biji), kerat 2 setiap 1 //tak letak pun tauhu ni
Tauhu kering @ fucuk secukupnya, potong kecil dan rendam hingga lembut //tak letak jugak
1/2 camca teh pes asam jawa
1 cawan pati santan
2 biji kentang, rebus hingga empuk dan lecek halus
2 camca besar penuh rempah kari daging Baba's (atau jenama pilihan anda)
1 kiub pati ayam (optional)
Air secukupnya
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN LAIN
Mi kuning, dicelur dan toskan
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Hirisan cili merah/cili hijau
Telur rebus, dibelah 2
Belahan limau kasturi
Sawi bok choy, cuci dan celur, toskan

CARA MEMBUATNYA

UNTUK KUAH MI KARI :-
Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi.
Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul hingga rata, masak hingga ayam kecut.
Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
Masukkan kiub ayam (jika guna), fucuk (toskan), pes asam jawa, kenteng lecek dan pati santan.
Kacau rata, bila mendidih masukkan tauhu pok.
Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
Masak hingga ayam masak.
Rasa dan jika ok boleh matikan api...

UNTUK MI KARI ALA NYONYA :-
Masukkan mi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya.
Hias dengan sawi, taugeh, telur rebus, hirisan cili merah/cili hijau. hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga limau kasturi.

Resepi Jelatah nenas

Jelatah atau acar ni sedap dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato, nasi beriyani ke... senang sangat nak buat jelatah, pakai bahan mentah sahaja tak perlu nak bukak api masak atas dapur.

Bahan-bahan:
Nenas -dihiris nipis, agak2
Timun -dihiris nipis
1 labu bawang besar -dihiris nipis
1 biji cili merah -dihiris nipis
Sedikit gula
Sedikit cuka makan
Secubit garam

Cara-cara:
1)satukan semua bahan dan sesuaikan rasanyer...simpan dalam peti sejuk 1/2 jam atau lebih sebelum dihidang


Thursday, January 16, 2014

More second hand items sold via Mudah.my

Satu lagi barang terjual! Mulanya Baby Gate, kemudian katil + tilam...dan kali ni TV. Jumlah pendapatan setakat ni RM280. Alhamdulillah. Syukur lah, rumah makin lega with more spaces dan juga sedekah jariah.

We sold the katil and tilam for only RM30. It's queen bed (good night brand - 6") black paint rubber wood. Still in good condition except for the bed slats dah patah but easily can be fixed! The lucky buyer was a guy who works at construction site, just got married, came over with colleague after work and borrowed pick-up 4WD from boss. Boleh nampak dari air muka happy dapat beli katil tu. In fact, ramai gila orang call/whatsapp asking about the bed. Betul ke RM30? besi ke kayu? size tilam 5x5 ke? dan bermacam2 soklan lagi.

I did'nt manage to print screen the running ad dekat mudah. Sebabnya, with so many inquiries hubby marah I berbakul therefore I quickly deleted the ad sampai terlupa nak save dulu.

Yang bawah ni contoh advertisement yang I buat for Philip 25" Color TV. I always include info such as components of the item, the condition, reason for selling and proposal on future use of the item. As required by Mudah, advertiser needs to include other info such as payment terms, warranty (if any), contact preference.

The TV sold at RM180. One guy came over to our house to view and agreed to buy the TV for his MIL. Done deal!

Wednesday, January 15, 2014

Bagan Lalang beach

Salam Maulidur Rasul from Bagan Lalang. Alhamdulillah, cuti dimanfaatkan untuk menikmati keindahan alam. We love beach so much, so off to the beach again. Dalam setahun kami akan datang ke sini beberapa kali. It's the nearest beach from Subang Jaya. Last time we came here on Nov 5th, blog post in here. The previous entry described in detail pasal bajet getaway in Bagan Lalang.

Kelainan dari yang lepas, we all datang awal petang. Air masih surut, sesuai kalau nak buat istana pasir tapi kurang sesuai untuk mandi sebab kena jalan jauh ke tengah. Bila datang waktu 1-2 petang...Masya allah, panas terik! dapat 'parking' baik bawah pokok dengan angin sepoi sepoi bahasa pun belum cukup untuk menghilangkan bahang panas tu...Nasib baik I brought a hat and shades. Melaram tapi kena pada tempat nya. hehehhe.

Dalam perjalanan, husband dah beli 2 bungkus kuih muih sebanyak RM6 (5 biji RM2). Air botol mineral dah bawa bekal. Perut masih lagi kenyang selepas lunch tadi. Maka, aktivitinya sekarang untuk kids - istana pasir. While mami and dedi relaxing bawah pokok. I got the chance to read very good book "Cinta kerana Allah" from Pahrol Mohamad Juoi. Dedi menikmati kuih muih sambil supervise the boys. Ahhhh, wonderfully peaceful dah rasanya! Kalau boleh nak freeze the moment for awhile.

Some photos taken over there.


Monday, January 13, 2014

Resepi Mee Kari ala Nyonya

Salam Maulidur Rasul. :-)

Bukan sebab tahun baru 2014 that I wanted to try more recipes. Memang dah tanam dalam diri sejak menjadi housewife ni, I should cook more for them (with love and lots of doa). Maka pada hari ni, I brave myself untuk mencuba resepi baru buat julung kalinya, jeng jeng jeng! - Mee Kari ala Nyonya.

Mulut terkumat kamit baca selawat, zikir bagai. Dengan doa moga makanan ni boleh jadi sedap dan berkhasiat untuk famili kecil ku ini. Mata tu kejap-kejap kerling ke laptop tengok resepi. Ahhahahaah, kelam kabut betul!

Sekali lagi, resepi dari DTS, che' mat gebu! Boleh rujuk di sini. Bahan yang tak ada cuma tauhu pok, ah tak kisah lah. Kids memang tak makan pun. Jom masak!

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH :-)
1 keping besar ayam (bahagian peha atau dada), dipotong kecil, cuci dan toskan
1 bungkus tauhu pok (kurang lebih 10 biji), kerat 2 setiap 1 // tak letak pun
Tauhu kering @ fucuk secukupnya, potong kecil dan rendam hingga lembut // tak letak jugak
1/2 camca teh pes asam jawa
1 cawan pati santan
2 biji kentang, rebus hingga empuk dan lecek halus //i letak 3 biji konon nak pekat
2 camca besar penuh rempah kari daging Baba's (atau jenama pilihan anda)
1 kiub pati ayam (optional)
Air secukupnya
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras // tak pernah beli pun buah keras ni
3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning, dicelur dan toskan
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Hirisan cili merah/cili hijau
Telur rebus, dibelah 2
Belahan limau kasturi
Sawi bok choy, cuci dan celur, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MI KARI :-
Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi.
Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul hingga rata, masak hingga ayam kecut.
Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
Masukkan kiub ayam (jika guna), fucuk (toskan), pes asam jawa, kenteng lecek dan pati santan.
Kacau rata, bila mendidih masukkan tauhu pok.
Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
Masak hingga ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

UNTUK MI KARI ALA NYONYA :- Masukkan mi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya. Hias dengan sawi, taugeh, telur rebus, hirisan cili merah/cili hijau. hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga limau kasturi. Hidangkan panas.....yumeh!

Maulidur Rasul Tahun 1435H / 2014


Saban tahun kita akan bercuti am pada hari Maulidur Rasul. Pernah konfius tak dengan Nuzul Quran & Awal Muharram? Mentang-mentang kita Islam sejak lahir, time sekolah dulu tau-tau cuti am. bila dah kerja pun sama, tau-tau je ada cuti. Seronok bila cuti am tambahan hari Isnin atau Jumaat. Lagi panjang hujung minggu kita.

Tapi pernah fikir tak bagaimana kita manfaat kan hari sempena Maulidur Rasul? Maka berbalik lah kepada, apa tu Maulidur Rasul? Jom refresh kalau agak tak ingat. Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Hari keputeraan Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun, menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Pada tahun ini, Maulidur Rasul jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Majlis Sambutan di Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 14 Januari 2014 (Selasa) bertempat di Masjid Putra, Putrajaya - sumber daripada JAKIM. Booklet Maulidur Rasul dari Majlis Ugama Islam Singapura nampak menarik. Boleh download di sini.

Tadi di Facebook, ada nampak orang share kan benda ni "10 Tips for Children to Commemorate Prophet’s Life". Masya Allah, rasa relevant sangat untuk jadikan panduan. Memang I've been looking for this. Maka, apa yang saya nak buat?
i. Bedtime sirah stories for the kids - selalu baca cerita teladan biasa, tapi mulai sekarang cuba nak baca sirah para nabi pula
ii. Encourage them make du'a all the times
iii.Enjoy some dates! - baru baca dalam artikel yang sama mengenai 'Children who eat dates are also reportedly more calm and at peace'. Hah, hope it works for the boys.
iv. Get in touch with an orphanage - yang ni memang sangat lama dah nak buat..ya Allah masih bertangguh. Moga di kurniakan kelapangan untuk segerakan aktiviti ni Insya Allah.
v. Follow etiquette of the prophet - cara tidur, cara makan & minum, buang air and etc.

List panjang2 pun tak guna. Let's try these first. Moga istiqamah! Salam Maulidur Rasul semua. Banyakkan berselawat.


Saturday, January 11, 2014

Business model canvas - lean canvas

Last assignment for the semester was to present this business proposal. That was last week actually. :-)
My group which was led by myself chose to propose a startup promoting homestay where we become the broker between guests and hosts. The idea came after reading through 15 business models to copy. I was interested with AirBnB's business model and we took off from there with some tuning.

After few rounds of brainstorming and discussions, we put up the introduction, background, problems & motivation, objectives, scope, mission & vision, the lean canvas and process flow. Our brand is "CatchAhome2stay" and the tagline is "In here...there is always a place to call home". We also created the logo. It's really like we were setting up a business here. For this assignment too, we have to have deliverable in the form of website or mobile application. For that purpose, luckily we have a team member who knows how to develop a web page. To support the website, we also have FB page and Instagram. I was so lucky that one night while doing the discussion, came across the list of cool spots for staycation around Kuala Lumpur. So we took some of the photos from there (hypothetically those were recruited hosts under our brand :p)

During presentation, we were asked why we chose to use Lean Canvas instead of Business Model Canvas. Well my answer, it perfectly suited with want we wanted to do. Further more, from our research Lean Canvas is optimized for startup business. On top of that, Lean Canvas is much easier since it starts with the Problem. If you need to read more about lean canvas, do read in here.

Friday, January 10, 2014

Naik beca di Padang Kota Lama, Penang

Masih lagi cerita pergi Penang hari tu uols. Tak abis lagi! hahahha..jangan menyampah. Ada lebih kurang 600++ gambar dekat dalam camera Olympus E-PL3 dan jugak Samsung S3 yang telah di transfer masuk dalam laptop Lenovo Z480 kaler merah ni (siap bagi tau brand - free advertising satu sen tak dapat) Gambar-gambar telah di edit menggunakan Picasa software, tambah tang kaler booster jek. Crop sket yang mana sesuai. I would say minor photo editing.

I don't know about you mak-mak di luar sana... tapi I memang suka gila ambil gambar dan diambil gambar! Kalau boleh setiap pelusuk mana pergi..ada angle baik ready je nak snap photo. Husband okay lagi melayan, tu pun kadang-kadang tarik muka gaks....kids? hmmm..lebih dari 3 kali suruh stand kejap amik gambar mula la bising. I don't know why they cant appreciate nak amik family photos or nak capture memory. And for myself, I also don't get it apasal suka sangat nak ambil gambar! heh, manusia..manusia..

Siang nya ke Made in Penang Interactive Museum (boleh baca di sini). Sebelah malam, kami turun town (sebab dari Batu Ferengghi kan..)Makan malam dekat food court Padang Brown tu. Dah kenyang, pergi naik beca pulak dekat Padang Kota Lama. Satu beca RM15. Boleh nego la nak suruh dia pusing dari mana ke mana. Tapi sekitar Padang Kota lama jek. Jangan berangan nak pegi jauh sangat!

Masa scout for pengayuh beca ni, kitaorang tak nak la yang tua sangat..sebab kesian kan nak kayuh tu. Dah la encik husband lebih muatan. Mau sakit keting pakcik nak mengayuh nye. mujur la jalan straight tak de naik bukit ke hapa ... Macam biasa..amik dua beca kena teaming lah. Mami always with Idrees. Adam mesti lah with Dedi.

Bila naik beca tu, Idrees dah sound...mami nanti suruh dedi bayar RM20 lah..kesian tengok orang ni kayuh..letih..jauh.. waahh..rasa bangga kejap anak bongsu I perihatin orang nya. Lepas tu tak kedekut (bukan duit dia apa ada hal, ye tak?)

Lepas pusing Padang Kota Lama, my husband yang ramah tamah ni pun cerita lah interview dia dengan abang pengayuh beca tu. Abang tu 2 minggu sekali je balik rumah. Rumah dekat Jelutong. Actually tak de la jauh mana within Penang island gak. Tapi tak mampu nak balik hari-hari. Memang kerja dia mengayuh beca je. Tido dalam beca, esoknya mandi dekat surau ke toilet awam. Macam tu lah seharian. Tak berkahwin. Adik beradik tak baik sesama sendiri..ada berebut harta pusaka ke apa ntah. Kesian dengar cerita dia... :-(

Jom tengok some photos taken with shaky hands! OK before that...kalau naik beca siang..cantik bila amik gambar! tak tipu. tapi, panas ya ampun. Kalau naik beca sebelah malam...cantik pemandangan ada lampu bagai..sejuk sikit. Tapi gambar out ke laut!


Jual Baby Gate dekat Mudah.my



Ini item yang ke berapa entah...tapi yang pertama dijual untuk tahun 2014. Hari Rabu advertised, hari Khamis dah ada buyer uols. Alhamdulillah fast selling. Another item was out from the store. So far so good doing the spring cleaning.. Happy Happy!

Dah makan bertahun kot Baby Gate ni duduk diam dalam bilik stor yang gelap haunt tu (mak saya kalau cakap gelap sangat tu...gelap 'haun' - orang Lenggong pun English friendly tau!) Antara semangat tahun baru adalah nak clear kan barang-barang 'prelove' untuk diderma atau dijual pada kadar harga yang sangat murah. Bukan sangat nak jual amik untung, tapi nak letgo the piece.

Sebelum nak tulis iklan, macam biasa sila lah buat sedikit research dulu. Price benchmarking, description writing, terms and condition dan sebagainya. I decided nak letak harga RM85 sebab yang paling murah dalam iklan di Mudah.my tu for used Baby Gate nak jual at RM100. So I thought RM85 mesti fast selling. Take note ya, orang selalu negotiate lagi. Paling bodoh RM70 boleh kot nih..Kalau murah dari tu, sorry lah tak jual!

I ni tukang advertise je..salesman I wajib lah encik husband. He will do the talking. Selalu nya I hantar dia pegi sorang jer untuk urusan jual beli. Hahhahaha..Nanti kita bagi commission yek! Semalam dia pegi sensorang jugak sebab timing tak kena dengan nak suruh kids solat..mengaji. Sold at RM70. Yayyyyyyy. Boleh buat duit makan pizza Domino's spicy sambal hari sabtu nanti!

Till then!

Thursday, January 9, 2014

Seungu Harapan Yaya

Biras I dah jadi penulis buku uols! Dia pakai nama pena Hana Humaira. Wah wah. Tahniah, we proud of u sis. Don't know if she ever read this. Hehehhe.. Dia bagi senaskah buku ni for my birthday hari tu. Sekarang baru ada masa nak baca.

Cantik illustration for the cover. Cam minah saleh si Yaya ni ye. Konsep kulit by Amin Landak. Belum abis baca..baru sampai setengah buku. I would say, cerita ni ringan, bahasa yang mudah, ada moral values...sesuai sangat for teens' reading. Cuma tak tau budak zaman sekarang kesukaan mereka apa ya?

Yaya ni macam kes sindrom anak ke-2 ataupun middle child syndrome, rasa dipinggirkan ibu dia dibandingkan dengan adik perempuan dan kakaknya. Dia rasa ibu dia garang, tegas...adik beradik lain lebih pandai dari dirinya. Menariknya, dia ada seorang sahabat baik bernama Zaidi. Di pertengahan cerita, dia baru dapat tahu yang Zaidi ni lagi serba serbi kurang dari dia..Zaidi sangat miskin. Tinggal dipondok daif, ada satu tv kecik je. Mak Zaidi pulak tua dan uzur. Pagi2 sarapan ubi rebus colek sambal je. Haa...kita boleh ke camtu? Ok nanti nak sambung bagi abis cerita ni.. I'm reading the chapter Yaya, Zaidi, Azrul dan kawan-kawan yang lain tengah plan for study group preparing for PMR.

Buku ni boleh di beli online di sini. Sebuah buku RM13.


Wednesday, January 8, 2014

Made in Penang Interactive Museum

Lepas balik dari Bukit Bendera (boleh baca blog entry in here), we all singgah sini. Museum ni berkemugkinan tempat menarik paling terkini di Penang. Baru di buka pada Nov 2013 yang lalu. I'd highly recommend whoever wants to go Penang, do visit this place too. Menarik sangat! I like this one better than the wax museum in i-City which we went last October, boleh baca di sini. Plus, dekat sini tiket dia tak mahal sangat berbanding entrance fee tempat lain. Worth the ticket paid!

Some useful info:
Phone 04-262 6119
Email info@madeinpenang.my
Website http://www.madeinpenang.my
Address: No.3 Pengkalan Weld
10300 George Town, Malaysia
Opening hours Mon - Sun: 09:00 - 18:00
Entrance fees: RM10 for adult (have to show MYKad and MyKid for all), RM5 for children - opening promotion
Note: Staffs are friendly to guide on how to take photos in fact mintak tolong ambilkan gambar pun boleh!

Have fun to interact with mural, props, sculptures, 3D optical illusion or trick art at the museum. You won't regret. I think it's brilliant idea to convert the building into museum. Oh ya, pastikan camera uols ada full battery. Spare with your handphone ke apa to take photos. Anddddd..please note the guide on the floor exactly dekat mana you should set your feet nak amik gambar. And usually at the side of the mural ada some notes describing sample of photo should be taken. To give you some ideas lah.