Belum abis lagi cerita pergi Penang hari tu ...26-29 Dec 2013. Ni baru Aktiviti untuk hari ke -2. Sebetulnya kena bangun lebih awal dan sampai ke Bukit Bendera dalam pukul 10 pagi supaya tak lah beratur panjang - memang bajet orang ramai sebab musim cuti sekolah! Tapi pagi tu, pukul 10 baru siap keluar dari hotel. Dengan sesat nya sebab Waze bagi direction but my husband tak percaya Penang Hill that way (kata pernah duduk Penang some 10 years ago- takkan Penang Hill dah ubah tempat!).
Bila dah sampai, parking pulak full. Beratur punya la panjang nak amik tiket. Kids sorang nak ke toilet, sorang dahaga nak minum. Memang cabaran betul rasa macam dalam Amazing Race. Take note, bila beratur panjang dah masuk ke dalam entrance before boarding the train....tak ada toilet okay. So, sila pastikan your kids or yourself tak de nak ke toilet. Kalau tak jenuh!
Tiket kalau beli 2 Adult + 2 child cuma RM18. Kena tunjuk MyKAD si pembeli sahaja. Kalau beli asing, Adult with MyKad RM8, Children (4-12 yrs) with MyKid RM4. Tiket tu valid for going up and down Penang Hill. Jangan pulak hilang kan.
By the way, before going in ada photo booth boleh ambil gambar skrin hijau with family. Lepas tu nanti dah turun, boleh la kalau nak beli. You can choose the background. Sekeping RM35 ringgit.
I would advice kalau nak naik sana, bawak small back pack so you can bring water bottle, sweets and snacks. Kalau beli dekat atas sana macam biasa lah, agak mencekik darah! Pastu, mak-mak tinggal lah heels tu kejap. Jalan-jalan bukit ni elok lah pakai flats je..laju sikit dan kurang sakit tumit. ehhehehe.. Tak sejuk pun kat atas tu. Tak payah la sangat nak fefeling bawak jaket tebal ke..earmuffs ke..forget it!
Food court dia, paling best segala macam ice shaving ada... cewah! makan dengan fruits pelbagai choices...or you like it traditional makan ABC atau cendol je. Food? For me lah, makan kat Penang ni..kalau kurang sedap pun still lebih sedap dari makanan kat Shah Alam or area Putra Heights ni. Penang memang syurga makanan orang kata...
No comments:
Post a Comment
Tell me what you think