Showing posts with label Parenting coach. Show all posts
Showing posts with label Parenting coach. Show all posts
Thursday, January 22, 2015
Mendidik anak tentang adab masuk rumah
Assalamualaikum and Hi,
Kita tahu kalau perbuatan yang mengikut sunnah itu dapat pahala kan? So, I was trying to apply it to our daily life. I asked my kids to enter the house with right foot. And upon which bagi Salam bila nak masuk rumah. Ada doa juga sebenarnya boleh dibaca. Insya Allah will try teach them that too in future.
To be honest, as I remembered when I was small, tak kisah pun masuk rumah kaki apa, bagi salam , baca doa ke tidak. Sejak ada keluarga sendiri, of course we wanted the best. And my standard of 'best' is leading our life with Islamic values. Tak salah kalau nak perbaiki diri kan? It's hard when at the age of 30s nak ubah bad habit and change the way we do things. But nothing is impossible.
Senang kata, we have to start early. So for young parents, we still have time to 'mold' our kids because at young age mereka senang nak ikut apa-apa sahaja yang kita ajar. Alhamdulillah, my kids are getting on it. Masuk rumah kaki kanan and say salam. May not be every time they do that, but many times they do it without having to remind them.
That picture in the above was my lakonan semula! Idrees suruh I keluar balik sebab salah masuk rumah pakai kaki kiri dulu. Of course, I have to comply kan. We need to set good example. Keluar lah balik lepas tu. Masuk rumah kaki kanan....and say salam! Oh sejuk je hati I when he actually dare to correct me and remember the adab without me having to remind him.
May Allah SWT grant us steadfastness in doing good habit. Amin!
Thursday, July 3, 2014
Pengalaman berpuasa untuk anak kecil
Assalamualaikum...
Hari ni masuk 5 Ramadhan. Alhamdulillah anak-anak dapat puasa penuh 4 hari. Idrees, 6yo boleh dikatakan 'kuat' juga dia berpuasa berbanding dengan Adam 8yo. Kelmarin tinggal puasa sebab Adam tak larat sangat. Tak lama lepas Adam buka puasa, Idrees pun ikut sama buka puasa. Almost 5pm dah masa tu. Jujurnya I feel upset with them. Rasa nak bagi silent treatment. But actually what matters adalah mereka mencuba untuk berpuasa.
Not only puasa, I stress on the need to read salah too. Kalau puasa sampai tak solat, No No No. Tapi anak-anak kecil bukan betah ikut cakap kita kalau cakap sekali dua. Berpuluh kali sampai nak berbuih mulut remind suruh solat baru nak buat. Itu pun macam patuk ayam. Biasa dengar kan perumpamaan tu? Heeeeee....
Sebagai seorang ibu, I have lots to improve dan belajar nak mendidik anak zaman moden ni. Kadang-kadang sangat kurang sabar.... Tengok orang lain steady je melayan karenah anak. Is it only me yang ada masalah ni? To turn this positively, tak boleh panggil 'masalah'..kena kata dugaan dari Allah. Haaaaaa...kan...positif..positif...
Okay, bila nak puasa bab nak bangun sahur tu antara yang mencabar. Tapi itu bukan fokus cerita kali ni.
Siang hari berpuasa kalau hari cuti...anak korang buat apa? Ada tak selang 10 minit tanya "dah boleh berbuka ke belum?" ataupun "kalau terkorek hidung tak pe kan?" atau "tolong..tolong..tolong...LAPAR!"... haaa macam-macam hal.
Adam dan Idrees..kalau dekat rumah..bangun tido dah lewat pukul 10-11 pagi. Turun bawah, lepak depan TV... pun boleh sambung tido balik. Kalau tengok TV confirm tengok channel katun.
Tak pun, main game. Yang ni okay lagi lah sebab tak fizikal sangat.
Dah bosan main game, lebih fizikal sikit mula cari pasal sesama sendiri pastu main lawan-lawan. Jerit satu rumah pastu mengadu. Bila mengadu tak ada orang layan mula lah bebel sana sini. Ahhhh..ini memang memeningkan kepala!
Kalau tak main game,
Abis idea nak main apa, teringat perut lapar atau dahaga....mula la buka peti ais atau intip makanan/miniman. Heeeeeee....Kalau boleh jerit peti ais tu confirm dah jerit suruh budak-budak ni "jangan kacau aku!". LOL.
Abis, anak korang macam mana pulak?
Wednesday, March 26, 2014
Siri #Boysnogadgetplz : main teng teng
Assalamualaikum..
I have been wanting to start the series. Not really at first, but cousin said it could be useful for others. Betul kah?
Sejak jadi surirumah/SAHM, saya agak serius untuk mengurangkan dan seterusnya menghentikan permainan gadget bagi si Adam dan Idrees. Pelbagai usaha direncanakan, alhamdulillah ada yang menampakkan hasil positif.
Salah satunya, adalah ini! Saya kira adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama anak-anak tentang permainan tradisi ini. Ianya permainan yang tidak asing, tambahan untuk kanak-kanak perempuan pada zaman saya kecil-kecil dahulu. Oh nostalgia sekali!
Teng teng atau hopscotch ini lebih seronok jika bermain secara berkumpulan lebih dari seorang. Saya sebetul nya tidak lah begitu ingat dengan jelas peraturan permainan ini. Tidak pula saya berusaha untuk selidik dulu bertanyakan carian Google. :-)
Apa pun anak-anak saya juga tidak mengetahui nya. Saya ubah suai sendiri menjadi lebih ringkas tanpa 'acara timbang' untuk 'membina rumah'. Saya betul-betul lupa bahagian itu..
Saya ada buat cadangan untuk membeli cat dan melukis teng teng ini di kawasan parkir kereta. Buat masa sekarang ianya sementara di situ dan dilukis menggunakan kapur berwarna. Jika kena gayanya, lukisan kekal menggunakan cat berwarna warni seperti menjadi hiasan di luar rumah. Hmmm, menarik juga.
Selain menguji ketangkasan fizikal, permainan seperti ini ada nilai murni yang boleh diterapkan pada anak-anak. Ingatkan mereka, adat permainan ada kalah ada menang. Ada peraturan yang perlu diikut. Sama juga dalam kehidupan kita. Walau lawan kita tidak nampak kesilapan kita dan kita boleh sahaja berpura ianya tidak terjadi untuk mara ke langkah seterusnya, ingatlah Allah itu ada. Dia Maha melihat. Ok sayang, jangan cuba menipu. Selamat bermain!

Monday, February 24, 2014
Asingkan tempat tidur anak - saya telah berjaya!
Assalamualaikum. Hari ni baru saya berkesempatan dan kiranya masa yang sesuai untuk mengisytiharkan bahawa saya telah berjaya mengasingkan tempat tidur anak. Sudah lebih 2 bulan kalau tak salah. Alhamdulillah. Berkat kesabaran, doa dan pelbagai usaha yang dibuat akhirnya membuahkan hasil.
Kira-kira 5 bulan yang lepas, saya ada buat posting mengenai cubaan mengasingkan tempat tidur, boleh baca di sini. Hari ni bila menikmati hasilnya, rasa puas sekali!
Dulu sebelum saya betul-betul berusaha ke arah ini, selalu saya beri alasan dan bertanya pada diri sendiri. "bilik ni kecil, macam mana mereka akan selesa tidur di sini. Tak ada hiasan pulak tu untuk menarik perhatian anak". "kalau nak dihias bilik ni, kena keluar belanja besar juga..". "Susah juga nak kena teman sehingga tertidur baru saya boleh balik ke bilik tidur sendiri - agak menyusahkan". Bermacam persoalan dan perkara yang difikir. Saya sendiri tiada keyakinan, memandang rendah keupayaan diri dan menyalahkan keadaan semasa (bilik kecil, tiada bajet untuk perabot dan sebagainya). Sebenarnya itulah 'roadblock' yang paling BESAR.
Kita sendiri perlu percaya ianya boleh dilakukan! Dengan kapasiti yang ada (ruang bilik, pilihan perabot, perhiasan) dan tidak membebankan mana-mana pihak (jika perlu keluar sedikit modal). Sudah tentu jika kita mampu, kita akan sediakan yang terbaik dan terindah. Cuba ubah fokus untuk memaksimumkan apa yang ada dari menyusahkan diri mengimpikan apa yang tidak mampu. Bukan ruang bilik luas yang diperlukan. Bukan perhiasan indah yang penting. Bukan perabot mahal yang menjamin berjayanya usaha itu.
Saya baru nampak sekarang, 'pengisian' dan keseimbangan di antara elemen tersebut lebih penting. Pengisian yang bagaimana? Nanti saya kongsikan dilain waktu.
Untuk kali ini, saya nak beritahu tentang beberapa perkara yang saya buat dan akhirnya mereka berjaya diasingkan tempat tidur. Di entri yang terdahulu saya telah senaraikan 5 action plan. Ya, kesemuanya saya buat dengan sabar!
Nota: Idrees masih lagi terjaga tengah malam menangis cari saya. Kadang-kadang saya tersedar dia sudah pun berselimut rapat disebelah! Tak mengapa, usaha tangga kejayaan. Insya Allah.

Saturday, February 22, 2014
Mengajar Si Kecil berhemah ketika berbelanja
Waah...bunyinya seperti perkara berat kerana ibu atau bapa sendiri belum tentu boleh berhemah ketika berbelanja. Walaubagaimana pun, pada saya yang penting ada usaha. Jika tunggu sehingga ibu atau bapa itu sendiri sempurna tiada cela sentiasa berhemah ketika berbelanja, mungkin sahaja sampai bila pun tidak akan berlaku perihal untuk mengajar si kecil! What I'm saying, nobody is perfect. So that doesn't mean we can't remind each other to be good and do good. Setuju atau tidak?
Berbalik kepada tajuk. Perkara nampak kecil dan remeh (pada setengah orang) tetapi pada saya impak nya besar. Dulu, saya tiada masa untuk memberi tumpuan pada perkara sebegini. Jika anak merengek mahu ke kedai membeli ais krim atau gula-gula, bergantung pada mood waktu itu. Jika mood saya baik, lantas sahaja menghidupkan enjin kereta ke kedai bersama anak dan biarkan sahaja apa yang mereka mahukan. Janji, balik ke rumah nanti mereka diam dan tidak mengganggu saya lagi. Ya, saya kira itu sebagai 'gangguan'.
Sekarang, saya punya masa kerana sudah menjadi surirumah. Perkara seperti ini, saya pandang serius dan perlu pada approach yang lebih berbentuk pengisian.
Jika Si Kecil mahu ke kedai membeli aiskrim atau gula-gula, saya bersama mereka berjalan kaki ke kedai yang paling hampir dengan rumah. Cuma bawa wang yang mencukupi dan telah dipersetujui akan barang apa yang mahu dibeli. Sepanjang perjalanan barang 5-10 minit, kami akan berbual tentang apa sahaja!
Sampai di kedai jika mereka ubah fikiran untuk membeli barang lain, maka saya minta mereka berbincang sesama sendiri (anak saya 2 orang) untuk memastikan jumlah barang cukup dengan duit yang dibawa. Akan ada masa kita boleh lihat anak-anak bertolak ansur sesama sendiri dan membuat cadangan yang kreatif. Contoh nya apabila setiap seorang diberi RM5. Pada asalnya hanya mahu membeli ais krim dan gula-gula. Tiba-tiba si Abang tukar fikiran mahu membeli keropok kentang yang agak mahal. Si Adik mencadangkan kurangkan bilangan aiskrim, tidak perlu beli gula-gula dan jika perlu kita kongsi duit baki beli keropok kentang yang mahal! Indah betul menyaksikan perbincangan mereka berdua. Saya rasa mereka mempunyai potensi yang lebih dari itu jika dididik dengan betul.
Semoga Allah memberi saya kekuatan dan semangat untuk mendidik anak-anak ini menjadi khalifah suatu hari nanti! Insya Allah.
Note: susahnya nak tulis dalam bahasa malaysia standard.

Monday, February 3, 2014
Perkongsian tentang Seminar Mendorong anak berpandukan Sirah
Pada 25hb Januari yang lepas, for the first time of the year...in fact pertama kali sejak menjadi parents, kami pergi ke majlis ilmu dalam usaha nak menambah ilmu keibubapaan.
Ada seperkara I'd like to mention sebelum pergi lebih lanjut. If I were asked this question, "apakah ciri-ciri seminar keibubapaan yang anda cari dan sanggup untuk mendaftar?"
1- topik ; topic of interest yang kita boleh relate dan rasa sesuai
2- lokasi ; tak boleh jauh sangat dari tempat tinggal
3- bayaran ; percuma dan berbayar pun ok tapi has to be reasonable. Reasonable ni subjective bila kita consider location, duration dan topic tu worthwhile ke tidak.
4- speaker; prefer pada speaker yang lebih credible dan berpengalaman. Bagaimana untuk menjadi parenting coach walhal dia anak dara atau teruna. Ilmu teori tak sama dengan hands on atau personal experience. I even ask for speaker biodata, testimonials and search around about the speaker sebelum buat keputusan
5- Masa ; tarikh dan masa seminar berlangsung juga memainkan peranan. I can only go during weekend. If possible not too long the seminar, if classes understood memang take more time. Tapi seminar should be max 2-3 hours.
note: item di atas tidak menurut turutan.
Seminar ni anjuran ABS (Ainon Business School), pada hari Sabtu 25hb Januari. Pukul 10 pagi hingga 12 tengahari, bertempat di ITQAN Professional Training Centre Putra Heights. Bayaran masuk RM60 seorang, jika berdua RM100 sahaja.
Speaker Tuan Zusuff Kan.
Registration not so bad, quite responsive. Lagi bagus kalau ada reminder dalam bentuk SMS/call/email sehari sebelum hari seminar tu. Perlu diberi pujian sebab ada initiative untuk contact participant pada hari kejadian. Tak ramai sangat yang hadir. Kurang 10 orang. Tuan Zusuff conducted the seminar in such a way he would read a hadis, lepas tu kupaskan dalam konteks parenting dan bagi contoh.
Ok let me share some of the points deemed useful to me.
1. Tutup mata atas kesalahan si anak. Sebaliknya, puji kebaikan secara terbuka dan serta merta.
My own example: Jika anak tumpah kan nasi ketika mengangkat pinggan untuk di bawa ke dapur.
Instead of marah sebab nasi tumpah. Puji anak rajin menolong angkat pinggan ke dapur, jika boleh biar anak yang lain juga dengar akan pujian itu. Perlu ditekankan pujian ke atas perbuatan yang baik dan tidak umum kepada diri nya (dia handsome, dia bijak and etc). Pujian itu dengan harapan kali berikutnya dia akan perbaiki dari terjadi kesalahan.
Jangan buat post mortem. Tetapi buat pre-mortem. Maksud nya, when your kid does a mistake jangan sibuk tanya kenapa buat macam ni. kenapa jadi macam ni. kenapa tak fikir dulu this and that. Buat pre-mortem. Sebelum your kids commit the mistake, remind them, make them informed with possible risk. Kalau senario tadi tu, bila nampak anak nak angkat pinggan ke dapur mungkin kita boleh ingatkan dia angkat pinggan elok-elok nanti nasi tu boleh tertumpah. Bila tumpah tempat yang nampak boleh lap balik tapi kalau tak nampak nanti ada semut, lipas. Tentu adik pun tak suka macam tu kan. haaa, something like that. Jadi, dia lebih faham impact dari nasi tertumpah tu.
2.Apabila cuba menghalang, gunakan ayat "Jangan lah"
Dan apabila 2 orang anak bergaduh, menangkan both sides, highlight the quality of each.
My own example: Adam kata adik tumbuk dia dulu. Adik kata Adam sepak dia dulu.
Daripada cuba jadi pengadil cari kesalahan siapa dan menangkan salah seorang. Menangkan 2-2. Bagi tahu Adik, jangan tumbuk Adam. Nanti Adam sakit, siapa nak main, tengok Avatar, belikan nuggets untuk adik balik sekolah nanti. Bagi tahu Adam, jangan sepak adik. Nanti kalau adik cedera, Adam tidur sendirian dalam bilik, main bola seorang diri, tak ada orang nak layan tengok 'creation' Adam yang hebat tu!
Dengan cara tu, diharap dapat melahirkan rasa hormat menghormati sesama mereka sebab masing2 berkepentingan untuk sama lain.
3. Beri ganjaran sosial atau material.
Ganjaran sosial ni seperti pujian, gelaran. Kalau material seperti pemberian bentuk barangan yang tangible.
My own example: Panggilan pada adik bila nak dorong dia solat isya' sebelum tidur. "Come Adik sayang anak mami yang soleh dan rajin solat isya' 4 rakaat!" Kalau rajin buat homework ke, boleh bagi 5 bintang kalau betul semua. Bukan MaharajaLawak Mega je ada bintang bintang okeh!
Harap-harap boleh cuba prektik la kat rumah. Tak guna bayar duit, luang masa, catit nota dekat seminar, balik rumah siap update kat blog... tapi esok lusa sama je. tak ubah apa2 atau merubah apa2 pun. Kita ni kan, kalau buat sesuatu sekali je rasanya tak boleh nak bangga lagi. Ini bukan soal kita buat atau tidak. Tapi kita amal atau tidak. Bila amal maksud nya perbuatan tu berpanjangan bukan bersifat one-off. Ya Allah, moga aku dan suami dikurniakan kesabaran dalam hal mendidik anak-anak. Moga mereka dapat menjadi Khalifah yang berguna. Berbakti pada keluarga dan agama. Amin.
Wednesday, January 29, 2014
When your kids start to lie - dealing with them

When your kids start talking, make friends, understand the real world.. errm..sooner or later they will learn to lie. camana nak handle? This is a good lecture.
Some of his saying I tried myself and it works. Kebetulan mencuba sebab dah tried various tactic.
Contoh, when I knew Idrees tipu yang dia belum solat I tanya dia for second time. He said "dah solat" with a big grin. I knew he was lying. Tak guna pressing, so I said ok mami percaya adik dah solat. adik takkan tipu mami, Allah pun boleh nampak. He get away with it. Nouman said "children are not inherently evil. Their nature is goodness". It's something about the consciences when they do wrong that you didn't punish them.
So, beberapa kali lepas tu dia tak menipu dah. Dia selamba jawab TAK! ok that's different handling all together. Kena belajar lagi ni ilmu parenting.
Monday, November 4, 2013
Akhlak siswa terhadap pensyarah
Salam uols. Title macam nak bagi ceramah. Actually post kali ni is very much for myself.. I want to record somewhere what I did and how I felt as a student yang tengah bertungkus lumus nak bagi abis semester ni. Insya allah boleh grad by January! As much as it is for myself, I need to show and tell my kids to how we have to respect the teachers.
Very interesting content I found dekat blog dari seberang kepunyaan saudara Hafidzyah. Boleh baca selanjutnya di sini.
"Seorang siswa wajib berbuat baik kepada guru dalam erti menghormati, memuliakan dengan ucapan dan perbuatan, sebagai balas jasa atas kebaikan yang diberikannya. Siswa berbuat baik dan berakhlak mulia atau bertingkah laku kepada guru dengan dasar pemikiran sebagai berikut":
1. Memuliakan dan menghormati guru termasuk satu perintah agama
2. Guru adalah orang yang sangat mulia
Kes balas jasa la ni, hari Jumaat lepas setelah lebih setengah semester Mr. Supervisor dok tolong I yang diibaratkan "groping in the dark"...I bawak Big Apple Donut sebagai buah tangan. Selama nih, tangan kosong jek! Bertuah punya student. Mintak tolong macam2, dah tolong macam2...tak reti-reti ke...Ehehhehehe...
Okay lah..hasil perjumpaan hari Jumaat tu membuahkan hasil yang lumayan sampai dia mintak documents and kena drop by kat office dia some other day. Oh yes, he also wanted to lend me some books on "Qualitative Research" so memang nak tak nak have to come again lah nampak gayanya!
Saturday on Deepavali, before ke rumah Prof Mardziah sempat singgah office Mr. Supervisor and slipped the document under the door. Dalam hati, ada chance I can skip datang amik buku from him on Monday (later je lah pinjam buku tuh).
Tapi........... lepas meeting with statistician, ada important points need to be discussed.... Kena jugak ulang pergi faculty (malasnyaaaaaaa..plus need to arrange Adam and Idrees to be sent to day care sebab tak de orang kat rumah. Dilemma! Dilemma!)
That was me after meeting with Mr. Supervisor petang tadi. Lepas abis je, rushinggggggggg.... terus fetch the kids and balik rumah.
Tadaaaaa...books to read and digest. Selamat membaca to me!
Till then :-)

Sunday, November 3, 2013
Gaya hidup sihat di hari Ahad

Kalau hari cuti atau hujung minggu, memang lah suka bangun lewat - satu family!. Matahari dah naik, rasa panas sikit sebab air-cond pun dah tutup lepas subuh tadi...time tu baru nak bangun. Bangun pun bukan buat apa sangat, tengok TV...kids main tab ke apa... Ya Allah, memang gaya hidup yang kurang sihat! Been wanting to change that sejak berzaman tapi as the saying goes bad habbits die hard. Sungguh payah nak ubah!
Tapi hari ni, entah datang angin apa...actually semalam dah remind the boys esok kena jugak pergi taman. Tak kisah la pergi sana nak sambung tido sekali pun kena jugak pegi. This is an order! Tengok rupa Adam protes bila sampai sana. Shhhhhh..semua tak mandi pagiiiiiii... pukul 9.15 dah tu..sib baik la belum
Tak de sapa nak jogging pun...longlai je semua.. So we all pusing one round taman ada apa segala gym equipment kita try. Sambil morning walk. Yang ni rowing machine. Kids tak sampai tapi sibuk la nak cuba jugak. Cuak muka Dedi konon nak tunjuk terer yang he can row. hehehehehe..
Mini Skii. Yang ni rasa ringan kaki jap lepas tuh. Actually terhoyong hayang pun ada. Sebab kena hayun kaki ke kiri dan kanan..ala2 macam skii.. takkan tak pernah? :p
Space Walker. Haaa.. yang ni pun best jugak tau.. macam kita berjalan lah....nak laju sket macam kita berlari..
Leg & Back Stretch. Yang ni macam kelakar sket. Macam naik motor kot, tapi kena pull and stretch from the seat tu kita akan terangkat and jatuh balik. Actually it's a matter of selalu buat, kalau dah biasa mesti kacang je.. ini first time kot, keras je rupa!
Ok yang ni feveret I. Meletop2 pinggang and back bila twist cam gitu. Namanya Triple Twister.
Kesimpulannya kan, kalau u nak anak-anak bangun awal, u have to set good example...u pun kena bangun awal. I learned it a hard way. huhuhuhu, but never too late kot. Moga dapat kekalkan gaya hidup yang lebih sihat. Mulakan hari anda di awal hari, bukan dah tengahari!
Till then! Chup, uols buat apa hari ni?
Saturday, October 26, 2013
Nak cerita pasal pohon solat bebudak ni
Sebenarnya dalam hati ni nak blog pasal benda lain. Tapi kita cerita pasal ni dulu lah since dah bertangguh for quite sometimes. Alhamdulillah, syukur Adam dan Idrees dah mula solat secara konsisten 3 waktu sehari semenjak Aidilfitri yang lepas. (baru 3 waktu dah kecoh - haaaaa ni yang tanak cerita nih!)
Satu hari nanti kalau diorang baca balik entry ni, ingat ye apa yang korang dah buat dekat rumah Opah Nyah masa pergi beraya dekat Sungai Petani dulu. Punya lah sakit hati Mami masa tu Allah saja yang tahu. Muka tak tau nak sorok kat mana. Agaknya saudara dan tetamu yang ada masa tu mesti ingat "mak bebudak ni confirm tak reti jaga anak sampai melampau cam gini!".
Tak perlulah diceritakan kenakalan tahap apa yang telah mereka lakukan. Yang penting di sini, disebabkan kejadian tu yang seperti musibah ada rahmat selepas nya. Sebagai hukuman kesalahan diorang tu, I suruh diorang SOLAT. Diorang pun lain macam punya insaf, memang solat lepas tu.
Awal-awal dulu nak pastikan mereka solat agak mencabar. Keyword nya di sini, jangan putus asa! Tapi kan, memang betul la peribahasa "melentur buluh biarlah dari rebung nya". Tak lama dalam sebulan lebih sikit, lepas tu diorang dah bentang sejadah sendiri bila tiba waktu. Kadang-kadang tak perlu diingatkan pun. Ada jugak time, diorang pulak ingat kan kita yang diorang dah solat so Mami bila lagi?
OK, dah bebel berjela... apa kaitan dengan pohon solat? Pohon solat ni kami belajar dengan Mama Zila tahun lepas kalau tak salah... dekat rumah Awin. Terima kasih untuk Ilmu yang sangat berguna ni! Ilmu yang dipelajari dulu tu tersimpan ...sekarang ni baru nak praktik semula. Harapan buat pohon solat ni semoga dari 3 waktu sehari boleh up jadi 5 waktu sehari. Insya Allah.
Boleh tengok video sesi belajar mengenai pohon solat dengan Mama Zila di sini. Pohon solat ni lain sikit dari apa yang diajar oleh Mama Zila. Tapi asasnya masih sama di mana, setiap kali waktu solat akan di gambarkan dengan daun. Jadi, jika satu hari solat 3 waktu akan ada 3 kepingan daun hijau yang berkelompok. Adam dan Idrees suka tengok Pohon Solat mereka setiap hari. Bila tengok ekspresi tu seperti puas hati dan berlumba untuk solat lagi esok nya. Mereka mahukan pohon yang hijau dan lebat!
Ya Allah biar apa pun motivasi nye sekarang, tapi ini untuk kebaikan mereka suatu hari nanti. Insya Allah. Dulu masa I kecik sebaya mereka ni tak pulak didedahkan macam ni. Harap dapat istiqamah dan menjadi lebih baik!
Thursday, October 3, 2013
Anak anda asyik bermain 'gadget'?
Betul tak dinafikan, bila bagi gadget will keep them quiet, behave dan occupied with their own world. Kesan dari itu, kita sebagai parents rasa aman sekejap, punya lebih masa buat benda lain dan tak perlu nak layan karenah mereka! TAPI, perlu sangat la diingat:
1) Apa yang mereka buat? main game apa, tengok youtube apa, browse apa?
2) Adakah asyik sangat sampai tak makan, tak mandi, tak solat, tak buat homework, tak peduli orang lain, tak tau menyahut bila dipanggil dan bermacam2 tak lagi lah!
3) Sesuai tak tempat mereka bermain gadget tu? dalam gelap ke (nanti rosak mata), luar rumah, di meja makan, dalam toilet (hah, nanti ada kes rendam tab dalam baldi)
I bukan lah nak bebel pasal kebaikan atau keburukan bermain gadget. Semua sedia maklum sebab banyak sudah ditulis pasal ni. Ada seperkara yang menarik untuk dikongsi bersama, hari tu masa borak2 dengan kawan pasal ni dia pun cerita lah yang there's one doctor advised her suruh anak-anak main batu seremban ke, tepuk tangan apa kenama tu yang kita nyanyi ...(tetiba teringat zaman kanak-kanak yang indah)
malam yang sepi pi pi
pak mat jual topi pi pi
topi yang hilang lang lang
pak mat jual gelang lang lang
gelang yang patah tah tah
pak mat jual getah tah tah
getah yang putus tus tus
pak mat terus mampus pus pus
dan juga permainan yang budak zaman dolu2 main. Elok untuk coordination mata, tangan, kaki dan anggota lain nya! Betul la jugak kan...I haven't tried that actually will put it into the list. Tapi so far, sebagai cara untuk mengehadkan main gadget I asked them to the following outdoor activities:
yang ni membazir sikit kalau tak diperhatikan. Main air kat luar sambil basuh kasut sekolah, basikal, selipar dan etc. Tak boleh selalu. Hanya sekali sekala :-)

Okay yang ni pun kena ada pengawasan juga. Main pasir. Gaya macam dekat beach dengan beach toys bagai! Lepas main kena mandi bersih2.
Yang ni bagus, I like. But seasonal sebab kena tunggu time windy. Plus kena bawak jauh sikit dari rumah cari padang dan invest beli layang-layang.
This is their favorite sekarang ni. Kena ada pengawasan sudah pasti! Lumba basikal. :-)
Next entry I akan cuba cover activities indoor pula. Uols camana?
Friday, September 13, 2013
Weaning your child off the pacifier
Adam a 7 year old boy who is still on pacifier.
Yes, he is still on pacifier (only at night, kadang2 siang ada jugak). Two!! Satu hisap, satu lagi gentel dekat hidung. Homaigod. Nak marah, myself pun cam tu till 6 kot. Tapi he's a boy tak sama and that he's coming to 7 dah. Everytime we discuss about this, he will say he's not ready and that mami not enough doa asking from Allah to make him stop wanting hisap puting. There were few nights that he tried not to hisap puting, I caught him tak boleh tidor terkelip-kelip mata dia. When I asked, why he's still awake, dia kata teringat puting! Don't think can sleep kalau tak hisap dan bau puting tu! LOL.
I told him, let say one day your friend got to know you hisap puting sampai dua macam nih, how are you suppose to answer them? Selamba dia jawab, they will not know unless mami tells the friend! Aik, kita kena balik.
Weaning off pacifier use for a school going boy, for me agak challenging. Since the younger brother who is 5 also on pacifier. So, bila abang brave himself not to hisap puting nampak la adik dia tengah tayang nicely puting left and right. I know it's me partly to be blamed for allowing this situation to happen for so long. Dulu masa sibuk kerja, asalkan they don't cry. I give in bagi puting ke apa. Now that I'm a housewife and have time to actually correct this, I want to give it a try.
Some facts that I read about weaning off pacifier use:
- berenti puting ni sepatutnya before age of 3
- can try a trick like kempiskan puting, sorok puting dan sebagainya
- gradual approach might work in some cases; mengehadkan penggunaan puting hanya pada waktu malam and gradually stop altogether
- three day plan , keep telling about 30 secs that on day 3 no more pacifier. Allow him to be ready and tell him that's the process to make him older/bigger. On third day, it's time to gather and bid farewell to the pacifiers.
I'm going to try this soon. Among with many other things dalam kotak kepala n.. :-) Being a mother who take care of the kids and do chores, is already a supermak uols!
Till then..

Thursday, September 12, 2013
Mengajar anak anda menunggang basikal
I tak ingat uols! Yang pasti, once you know how to ride it's something that you will never forget lah. Dengan sebelum nak pandai tu jatuh sana, calar sini, lebam situ, langgar merata!
Sekarang kids area sini tengah musim main basikal. Anak-anak neighbor semua main basikal. Yang belum pernah main basikal sebelum ni, nampak la basikal tu bersinar-sinar baru beli kat kedai. Apa lagi, Adam dan Idrees pun sama la sibuk nak main basikal yang dah sekian berlapuk, tak de angin, pedal dah relai dan pelbagai kerosakan lain. Both of them tak pandai kayuh basikal properly. Tak de rhythm kata King Nan. :-) Masing-masing action sebab ada training wheels..boleh la. BUT..that was history for Adam uols.
Berkat leteran both of us - we meant to coach obviously, training and training sampai peluh tahap mandi...tadaaa...Alhamdulillah, Adam dalam masa 3 hari dah pandai kayuh basikal! Ohh bangga mami..
Adik still tak lepas lagi. Give him a face la, baru nak masuk 5 tahun. Ehehhehe..
There is no short cut in teaching your kid to ride a bike. It's up to individual development jugak and how fast they learn. Yang penting make them feel confident and enjoy the learning process. It's obvious if they try too hard and things didn't work out - just don't give up. Adam bila cuba gila-gila tak pandai-pandai masuk dalam rumah jerit "give uppppppp!!" dengan muka masam jeruk. Take it easy boy...
Till Then!
Tuesday, September 3, 2013
Anak masih tidur bersama ibu bapa?
My answer to this questions is YES. Arrrghhh..macam mana lagi taktik nak bagi diorang move out from our room. Adam is 7 and Idrees is 5 this year. Kalau diikutkan memang dah tak sesuai lagi tidur sekali. Berkenaan dengan soalan ni, I pun buat la sedikit readings yang berkaitan and found very informative entries pasal ni.
Source: mselim3
Di dalam al-Quran , Allah berfirman (bermaksud);
"Wahai orang-orang , hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu) pada tiga masa; masa sebelum solat subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari kerana kepanasan dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu. Adapun lain dari tiga masa itu, tidaklah menjadi dosa ke atas kamu dan juga ke atas mereka (untuk masuk tanpa meminta izin terlebih dahulu) kerana mereka adalah orang-orang yang berlegar di sekitar kamu, yakni sebahagian kamu sentiasa bergaul dengan sebahagian yang lain. Begitulah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya . Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana" (Surah an-Nur ayat 58) .
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan anak-anak sekalipun belum baligh (tetapi telah sampai umur mumayyiz) supaya meminta izin sebelum memasuki bilik atau kamar ibu dan ayahnya terutamanya pada tiga waktu;
1- Sebelum Subuh adalah masa kamu bangun tidur
2- Selepas Solat Isyak ialah masa kamu tidur
3- Waktu tenhagari ( ketika matahari tegak atas kepala) adalah waktu qailulah iaitu waktu disunatkan kita tidur seketika sebelum Solat Zohor .
note: I actually checked in my iQuran apps, betul Surah,ayat dan terjemahan seperti yang dinyatakan.
Interestingly from another blogger Finurislam ada cerita menarik di tadika (pengalaman dia sendiri) di mana seorang budak 5 tahun dah pandai sebut 'comolot' dan juga usik rakan sekelas dengan aksi comolot itu... homaigod!
Call to action for all mothers including me! Once your kids dah mumayyiz (yakni telah mengerti dan tahu membezakan baik buruk)..that they know how to talk and describe, maka bersegeralah dalam usaha untuk mengasingkan bilik tidur. Seram bila fikir either one of my boys 'seeing' us in action or probably can describe in details apa yang dilihat dan didengar! NOOOOooOoOo
How do we start? Kalau hari ni cakap "kids, malam ni masuk tido bilik sendiri, promise I will read one story for you both tonight." hmmm, I berani potong jari the answer will be NO. Just last week, I already dismantled Adam's crib that attached next to our bed. So now, both of them sleeping still in the same room tapi bukan di atas katil yang sama. I pasang them tilam tido dekat bawah. Wait 2-3 weeks while still pujuk so that they want to move out from the room.
My action plan:
1. Allow them to decorate bilik tidur mereka sendiri. Nak lukis tempek kat dinding ke, nak susun toys berderet penuh katil ke..suka hati uols la..
2. Promise them that I will read bedtime stories. Akan cuba habiskan series cerita teladan dari Al-Quran (will share about this story books as well bila ada masa nanti)
3. Will put them to bed every night without fail! Pintu bilik tak kunci, will make sure if they scream my name sepantas kilat I datang to the rescue
4. Think of one good story or reason...kenapa kids should sleep separately from the parents
5. Doa, Doa, Doa supaya (a)Allah bantu beri kebasaran tahap maksima jika usaha tak nampak jalan (b)Dipermudahkan jalan serta buka pintu hati dua orang budak bertuah ni untuk tidur sendiri
Akan di update entri ni sama ada berjaya atau tidak. Stay tune peeps!

Subscribe to:
Posts (Atom)