Showing posts with label Teacher. Show all posts
Showing posts with label Teacher. Show all posts

Saturday, December 6, 2014

Program Cuti Sekolah Kem Tahfiz 5 hari sudah selesai

Assalamualaikum & Hi,

Dari 1-5 Dec hari tu I hantar kids pergi kem tahfiz kelolaan ITQAN Professional Training Centre. Setiap hari 8-6pm the kids were there to do lots of activities; hafazan, iqra, solat, crafts, games and etc. On 4th day ada archery and horse riding dekat Putrajaya. For RM350 each, Alhamdulillah puas hati.

Kids balik everyday so excited to tell what happened in the class. When both started to talk at the same time...Memang rasa tak cukup telinga nak dengar.

First day was challenging. Sebab Adam (si Abang) menangis teruk. Don't want to go to the camp. Drama started dari rumah masa bersiap, dah dalam kereta, turun dari kereta....nak naik ke kelas... asyik cakap nak balik. This and that. Aiyohhhhh..sakit nya hati buat perangai in front of other people. Berkat sabar dan terus pujuk, selepas 2.5 hours dia pun calm down. And okay to dismiss mami. Mintak upah belanja ice-cream bila balik kem nanti. Ahhhh, bisa diatur kok itu. :-)


Kenapa ibu bapa sekarang hantar anak-anak pergi kem?
Kalau mampu, most parents will choose to send the kids pergi kem. Macam-macam kem ada sekarang ni. For me, factor paling penting location and affordability. Cakap pasal sebab pilih untuk hantar...At one point, kena admit we don't have the time and resources nak kendalikan aktiviti bersama-sama mereka. Plus, they need to socialize too. Jumpa kawan baru. Kalau dekat rumah tak ada pengisian langsung. Tengok TV, main gadget, pusing-pusing lebih kurang itu je lah aktiviti nya.

Though I'm at home technically, tak sempat nak sit down and play with them sebab sibuk membaca journal and do up my thesis :-(


Apa hasilnya lepas balik dari kem?
Kalau nak kata result yang drastik tu tidaklah. Tapi the boys learned to make new friends. On the last day, sibuk nak tukar nombor telefon dengan kawan lelaki yang lain. Adam gained some confidence to converse in English. Sebab dia dapat group mate yang English speaking. It's good to see him improved macam tu. Adam he is a bit reserved kind of person dan tak berapa nak ada confident... so bila macam ni, we as parents feel slightly lega lah nampak ada perubahan positif.


Next week we will just be at home, sebab esok diorang nak bersunat. Harap2 cepat sembuh..lepas tu boleh plan for activity again. Till then!



Friday, June 20, 2014

It's Friday Keep calm and read Al-Kahfi

Assalamualaikum...

Photo credit from www.keepcalm-o-matic.co.uk

It's Friday. Keep calm and read Al-Kahfi. Camana eh, nak consistently do it and change for the better? Selalunya nak buat baik tu punya lah susah. Dapat buat baik sekali kira okay dah. Tapi part istiqamah tu adoi BERAT.

I sekadar nak share satu apps ni. Ramai dah kot yang download. Bagus kan? "You haven't read Al-Kahf today. Would you like to read it now?" iQuran Lite for Android besides the translation, audio (reciter reads the surah) ada reminder sekali. Untuk yang pelupa macam I, memang sedang elok.

Reminder notification

Translation of the surah

Dianjurkan baca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Tak dapat baca semua the first 10 and the last 10 pun jadi lah. Ada 110 ayat semuanya. Bila baca terjemahan baru lebih faham kandungan surah ni. May Allah SWT grant us steadfastness in reading this surah every week so we will be blessed and protected from Friday to the next Friday. Amin.

Tuesday, March 4, 2014

Student Parent Activity (SPA) day di Genius Aulad

Assalamualaikum.

Ini cerita minggu lepas. Memang tidak dijangka untuk dipanggil ke hadapan mewakili ibubapa yang hadir untuk membuat perkongsian mengenai "how to be pretty and handsome". Tidak ramai ibubapa yang hadir, tidak ada yang mahu menawarkan diri tampil kehadapan. Saya ok sahaja untuk mencuba! At 35, I still appreciate challenges. :-)

Di hadapan anak-anak, cikgu dan ibu bapa mungkin 40-50 orang, saya diminta untuk bercakap sedikit dengan mengambil kira topik, alatan yang disediakan dan slides! Wow, memang satu pengalaman menarik untuk bercakap dengan anak-anak. Saya bukan guru, saya juga bukan pandai sangat mengenai 'kids handling'. Anak sendiri tidak sama - pandai atau tidak memang sudah tanggungjawab kita.

It turned all right I guess. Alhamdulillah. Ada lah benda yang terlupa here and there. tetapi secara keseluruhan nya saya teruja. Teringat kembali saat itu sudah cukup untuk membuat saya tersenyum. Ingat ibu bapa sekalian, jangan pandang remeh pada cikgu tadika. Bukan mudah mengendalikan anak-anak. Perlukan kesabaran yang tinggi dan kreatif!

Bila bercakap dengan anak-anak, kita perlu bertanya sebab mereka suka menjawab soalan. Jangan terus sahaja bercerita. Misalnya, saya sedang memberitahu tentang perlu menggosok gigi dengan berus gigi. Boleh cuba bertanyakan pada mereka apakah warna berus gigi itu. Apakah warna berus gigi mereka di rumah? Mereka juga suka bertanya kembali! Maka, bersedia lah..

Dan juga, terapkan nilai-nilai murni apabila memberi misalan. Contohnya, sebelum gosok gigi boleh mulakan dengan bismillah. Selepas makan boleh tolong bawa pinggan kotor ke dapur dan sebagainya.

Tidak lupa juga, apabila mereka menjawab dengan betul akan persoalan kita..jangan lupa memberi pujian. Ini akan mendorong mereka untuk aktif dalam sesi tersebut dan membina keyakinan diri mereka. Biasanya kita akan sambut dengan kata-kata seperti "pandai adik gosok gigi!", "wahh, kacak betul bila rambut disikat kemas!"..kata-kata positif yang bersifat mendorong mereka melakukan perkara-perkara baik.

Idrees smiled all the way through out the session. Barangkali he's proud with me in front of the rest. :-)

Monday, January 13, 2014

Maulidur Rasul Tahun 1435H / 2014


Saban tahun kita akan bercuti am pada hari Maulidur Rasul. Pernah konfius tak dengan Nuzul Quran & Awal Muharram? Mentang-mentang kita Islam sejak lahir, time sekolah dulu tau-tau cuti am. bila dah kerja pun sama, tau-tau je ada cuti. Seronok bila cuti am tambahan hari Isnin atau Jumaat. Lagi panjang hujung minggu kita.

Tapi pernah fikir tak bagaimana kita manfaat kan hari sempena Maulidur Rasul? Maka berbalik lah kepada, apa tu Maulidur Rasul? Jom refresh kalau agak tak ingat. Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Hari keputeraan Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun, menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.

Pada tahun ini, Maulidur Rasul jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Majlis Sambutan di Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 14 Januari 2014 (Selasa) bertempat di Masjid Putra, Putrajaya - sumber daripada JAKIM. Booklet Maulidur Rasul dari Majlis Ugama Islam Singapura nampak menarik. Boleh download di sini.

Tadi di Facebook, ada nampak orang share kan benda ni "10 Tips for Children to Commemorate Prophet’s Life". Masya Allah, rasa relevant sangat untuk jadikan panduan. Memang I've been looking for this. Maka, apa yang saya nak buat?
i. Bedtime sirah stories for the kids - selalu baca cerita teladan biasa, tapi mulai sekarang cuba nak baca sirah para nabi pula
ii. Encourage them make du'a all the times
iii.Enjoy some dates! - baru baca dalam artikel yang sama mengenai 'Children who eat dates are also reportedly more calm and at peace'. Hah, hope it works for the boys.
iv. Get in touch with an orphanage - yang ni memang sangat lama dah nak buat..ya Allah masih bertangguh. Moga di kurniakan kelapangan untuk segerakan aktiviti ni Insya Allah.
v. Follow etiquette of the prophet - cara tidur, cara makan & minum, buang air and etc.

List panjang2 pun tak guna. Let's try these first. Moga istiqamah! Salam Maulidur Rasul semua. Banyakkan berselawat.


Monday, November 25, 2013

Ihtifal & concert Little Caliphs Putra Heights 2013

Idrees pun ada ihtifal jugak. Selang sehari je dengan si Adam. Mami and Dedi penat 2 hari tu! Tapi berbaloi..alhamdulillah. Teachers commented Idrees for being a friendly child, but never completed his assignments in the allotted time. Do I get angry with him? No! Mami has to be supportive kan. He scored 92.4 average marks for 5 subjects. Not bad kan. Can't be too pushy. Idrees is different than Adam. Setiap anak tu potential dia tak sama, perangai tak sama..serba serbi unique (cuba jadi positive!)

Kalau Adam suka participate dalam persembahan tapi tak nak too outstanding (yang belakang2, tak de script lagi baik, tak banyak movement lagi senang).. Idrees is neutral tapi always teacher chose him to be the front line atau kalau sukan jadi anchor runner. Sebab dia ni selamba badak and sporting jugak.

Tahun ni ada 3 persembahan Idrees masa ihtifal. Patutlah dekat rumah ada steps yang dia dok berlatih when I asked him adik buat apa, he stopped from doing it and said 'tak ada apa!'. Tak tunjuk langsung..so secretive. Bila tengok dia buat persembahan, ohhh melting! He is so cute and adorable. Bangga mami and dedi!



Sunday, November 24, 2013

Ihtifal Sekolah Integrasi Hira' Shah Alam 2013

Waaaa.....dah lama tinggal blog ni. Been busy buat thesis..thesis dan thesis..apa lagi? Memang rasa tak tenang selagi belum settled. 20th Dec dah nak submission. Chap 1 & 2 dah submit last Friday to supervisor suruh dia review and feedback. Moga2 tak banyak salah la... ramai jugak heard from others yang nak declare "Tidak Lengkap" therefore extend the semester. Itu lah yang paling hendak dielakkan!

Ok, what have I missed since my last update pasal resepi ikan kerapu lemon dengan interview neighbor seorang entrepreneur? hmmmm banyak benda happened actually. Tiap2 malam rasa nak blog je semua benda tapi tak sempat!

Start pasal ihtifal/penyampaian hadiah/persembahan sekolah si Adam... Dia buat persembahan sang kancil dengan buaya. Jadi buaya. Alahai, pakai visor buaya tu langsung tak nampak muka. frust mami nak amik gambar tak nampak! Tapi paling penting nak cerita...Adam dapat hadiah "Anugerah Akedemik Terbaik". Dia dapat 7A 4B. with average mark 93.30%. Alhamdulillah. He has to work harder next year. Bangga bukan sebab akademik je, tapi dia dah lebih berdikari berbanding awal-awal masuk sekolah dulu.. Walaupun dia class monitor, tapi dia ni lack of confident sikit..we really want to help him on that. Insya allah, belum terlewat!

It's a long way to go for Adam, baru nak masuk darjah dua. Even dia bagus pun, yang lebih susah adalah nak maintain. Kalau dia bagus akedemik pun I'd rather perliku dia pun seiring... :-) Gambar-gambar sekitar hari ihtifal dekat UNISEL Sek 7 Shah Alam.



Wednesday, October 23, 2013

PPAS tempat yang sangat sesuai untuk mengulangkaji

library ppas
Semalam atas nasihat King Nan, I memaksa diri pergi study dekat library PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor). Adalah dalam 20+ km dari rumah.. terpaksa lah gagah jugak pergi mengenangkan apa yang King Nan cakap tu betul, too many distractions at home. Jadi kena pegi tempat yang aman untuk mengulangkaji. "Don't bring laptop nanti u update blog plak!" pesan King Nan. Heheheh...

shah alam
Bila masuk entrance PPAS dan KGSAS tu rasa macam dekat Taiping Lake Garden, rimbun je pokok. Sejuk mata memandang. Sempat la jugak ber"selfie" masa dekat parking. Lol!

selfie

Teringat dulu masa 2nd sem, datang sini buat assignment dengan Kak Ina, Aty dan Zu. Banyak kenangan pahit manis masa buat assignment tu dulu. Biasa la bila buat groupwork. I pulak jadi project manager ke semua project. Bak kata Puan Jem, "sapa suruh you tamak". Makan hati ok! Tak nak lah kenang peristiwa lama, Jalan Terus kan? (tagline cousin nih!)

study

Oh ya, sebelum terlupa PPAS ada kids section tau. Refer sini. Sesuai if you need to bring your kids too. Santai tempat dia, anak-anak I suka pergi sana sebab ada Reading Tree, Zon Kreatif dan Zon Siber. Lagi satu, kalau nak tonton Teater XD/6D pun ada. I belum pernah cuba tapi hari tu Mak Guard situ promo dekat I masa Adam ikut sama. Kata dia ada tayangan setiap hari. Menarik bukan? Kalau parking jauh, ada buggy service lagi. ;-)

Alhamdulillah, sorang-sorang pun menjadi jugak study for about almost 3 hours abis 3 chapters! :-) Ulat buku kah aku ni? Hehehhe..Timing kena bagus, sebab nak pegi pickup Adam balik sekolah pulak. Since exam week si Abang ni, balik tu buat revision dengan dia pulak. Otak ni dah rasa sengal! But all I can say is "mom has got to do, what mom has got to do!". I pray for Adam dapat ilmu yang I ajar nih, untung2 esok dapat score. Amin!

revision

Till Then!


Friday, October 18, 2013

Run, Sha, Run!

survey

Semalam memang terkejar-kejar. Selesai masak untuk kids dan draft blog post untuk "IT Entrepreneurship & Innovation" class terus ambil Idrees from school tepat 12.30pm. On the way balik, Ita called cakap jadi pegi Serasi nak suruh tolong jawab survey. Rezeki, syukur!

Tengok tu mereka tengah jawab survey macam rupa orang amik exam. Ahahahha.. Terima kasih lah kawan-kawan. Jasamu dikenang. Insya Allah nanti dah dapat kerja I melanja donut. Masing-masing belum lunch, lepas jawab survey pegi late lunch Nasi Beriyani Gam Batu Pahat 24hours dekat Seri Kembangan tu. Not bad la rasa dia. Plus makan free, memang la nikmat kan!

Dah abis lunch, rushing again ambil Adam from school. Nasib baik sempat sampai around 4pm dia belum selesai mengaji. Tengok muka dia happy sebab mami sampai on time. I was telling him earlier mami mungkin lewat so dia kena tunggu dekat situ till about 4.45 cam gitu. Just nice la timing anyway.

happy adam

It doesn't stop there. Adam nak exam next week. So have to do revision. Untuk Pendidikan Seni dah dapat 3 titles to choose. Dia pilih "ikan saya" which kena buat menggunakan teknik kolaj. Hah! Mami jadi teacher la sekejap uols.

kolaj
Nampak tak ikan sekor je. Suruh buat lebih malas! Siap tulis caption "A pelas" referring to A+. Lol!

Till then!

Thursday, October 10, 2013

Nak percaya siapa? Teacher kata Idrees is playing fool..

revision
Idrees is doing revision. Exam week from Wednesday till Friday.

Hari tu masa weekend nak start buat revision, he still not fully recovered. Bukan mami je demam, Idrees and Dedi pun. Cuma Adam je tak demam but his running nose agak teruk dari biasa.

Ahad malam I ajak jugak bukak buku Kemahiran Bahasa and was so surprised dia tak boleh baca! Memang rasa terbakar. Nak marah sungguh! Dok pegi kindy tu dari 4yr old kot. Tengok buku Bacalah Anakku last he was reading book 8. Ada run test baca dengan dia tak lah sampai suku kata macam "sungguh" tu lagi..rasanya okay je dia baca - satisfactory lah walau tak lancar gila.

Tapi time revision tu paling poor lah his reading. Mami nekad jumpa teacher Zira and told her we need her help to spend time with lil Idrees kasi tution sikit. Kalau belajar dekat rumah mengada lebih. Nego sana sini sampai last2 tak baca pun! Mami tak cukup power lah...

Hari ni hari ke-3 tution, masa ambil Idrees dapat feedback dari Teacher Rose (teacher lama Idrees since last year dan yang paling rapat dengan dia) mengatakan "Puan, Idrees can read actually. Saya rasa dia berlakon tak pandai baca dengan Puan." Jaw dropped! Apa hal anak aku ni..eeeiiii betul ke Idrees. You memang nak kena dengan mami lah! And Teacher Rose siap pesan dekat Idrees (and he was looking elsewhere macam tak dengar), "Adik jangan buat macam tu lagi. You can read already. Don't you pity Mami and Daddy?".

Sekarang, I tengah cari pendekatan yang baik nak cakap dengan dia. Kasi sejuk dulu while waiting King Nan balik. Ke sebab his birthday is coming soon dia jadi lain macam? Second child syndrome cenggini ke uols? Ada ke?

What would you do....


Wednesday, September 11, 2013

Mari cuba lukis rambutan

rambutan

This should have come earlier a post about mami being a teacher. Every mom is a good teacher kan? Tonight, I helped Adam to finish up his homework to draw rambutan. I'm not an artist which I have to admit. That maybe not the best effort, but even the best pun takkan la cantik benar rupa rambutan tu uols. At least mami is giving a try for his son.

Just a simple drawing, mami here kena refer google images for rambutan. LOL! Then I let Adam to choose which one to draw. Hah, nasib baik dia tak pilih yang bukan2, if not jenuh mami here kena pulun lukis. Tee hee...While drawing, we chatted about the shape, colors and taste. In 10 minutes, siap! He got to do his part too, I drew the line and showed to him to strike the hairy rambutan.

I don't get it some joker mat salleh commented rambutan taste like 'poop'. Rambutan sedap la mat salleh oi! Rambutan is native to Malaysia and Indonesia. We should be proud! :-) I love local fruits.

Till Then!