Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

Lagi sebulan nak sambut first blogiversary. Apa kemajuan blog ni?

Assalamualaikum...

Ha ah...dah nak dekat setahun. Beberapa bulan kebelakangan ni I consistently post for updates. Sedaya upaya kadar daily. Tapi macam baru-baru ni balik kampung hampir seminggu...terpaksa lah kadar weekly. Apa boleh buat..selain kekangan masa...dekat kampung tak ada Unifi. Yellow man pun tak nak ikut balik kampung. Maka....data line ciput je. Tak dapat nak buka blogspot pun!

Dulu... Follower 0. First follower adalah kazen sendiri blogger Petak Hijau. Dia pun dah 4 bulan tak update blog. Busy sangat lah tu. Pastu, hasben sendiri jadi follower. I didn't remember if I ever forced him to follow me. :p Then, dia paksa kawan dia jadi follower. Hah, kawan lelaki! Both of them bukan ada blog pun. Semata-mata login to join this blog....ala-ala dummy follower je.

Nak sedih ke happy bila follower ada 3 orang?

KEEP WRITING

Photo credit: www.insidethetravellab.com

I didn't bother. I kept on writing.

Kalau baca dari awal blog ni..kejap bahasakan diri saya..kejap I..cakap English...rojak..bahasa baku. I tried! Semua tu macam nak test kesesuaian and feel to get identity for this blog. Bahasa baku memang agak gagal...rasa macam sopan sangat dan tak ada jiwa (konon lah)

Akhirnya....jadi cam gini.

BLOG's COSMETICS

Ni usaha nak mencantik kan blog. Layout tak payah cerita lah tukar berapa kali dah. Widget ubah sana. Kejap buang. Kejap tambah. Font, color adjust macam gitu macam gini.

Yang paling latest macam gini. Tapi still WIP (work in progress). Ntah bila nak finalize tak tahu lah. Ada yang tak kena dengan navigation cue dalam blog ni. Cuma bila nak repair tu nak kena belajar coding sikit. Which I still don't have time (read lazy) to dig in.


NUFFNANG

Re-activate Nuffnang. Dulu dah pernah register for my previous blog mumof2heroes.blogspot.com. Tapi blog tu tak jalan. I hope this one tak lah hangat2 tahi ayam lagi. Nak lah berjaya capai status blogger sejati. Hehehhehe..

Status sekarang ada RM32.26 ...counting down for my first cash out. Ntah bila pun tak tau lah. Excited pun ada. Sehari berapa kali refresh nak tengok duit Nuffnang. Kelakar kan? Padahal, refresh 1000 x pun amount tetap banyak tu jugak!

PAGEVIEWS

Daily pageviews dulu punya lah sikit. 20-30...lepas tu naik sikit..50s, 60s, 70s....dapat 100 dah happy yang amat!

READERSHIP

Mana nak datang pageviews melantun-lantun kalau tak ada readers kan? Dah lah ruangan comment tu zero. Tak ada siapa pun comment. Sunyi sepi. Memang sah rasanya ada dua tiga kerat je yang baca. Nak kata tak ada yang baca...I know my lil SIL tu dok baca. Kan Hanis? Pastu..encik hasben pun ada jugak baca. Kan Sayanggggg? Ada lagi kot yang baca...

Yang tersesat cari resepi Sotong masak lemak kuning...nak pergi Bali 4 hari 3 malam..review skincare Dato' Siti SimplySiti White & Detox dan beberapa post lain yang hot jugak la....

Dah ajak sedara mara, kawan-kawan rapat..kawan tak rapat pun ajak jenguk blog ni. Tapi nak full blast dekat FB tu segan la jugak. Mana tak segan...yang sedara mara..kawan-kawan rapat pun...bukan bagi full support. Ada yang langsung tak sambut pun. Sedih! Macam cakap dengan dinding. It's like "jom tengok my blog" then the reply "kau dah kenapa?". Haaaa macam tu lah perasaan dia.

Fineeeee... Tak nak support pun tak pe. I'm sure many (kalau tak banyak sikit) out there have the same interest and would like to read my stories.

----------------------------------------------------------------------







Abis dah nak dekat setahun ni camana pencapaian?

Ada 33 orang followers to date! Syukur la kan. Ada 69 followers dekat FB fan page. Eh, jadi la.
I may not be as successful as Redmummy, The Pink Stilettos, Vivi Yusof atau Hanis Zalikha.

Tapi...for now the daily pageviews is increasing alhamdulillah. Max at 505! Happy sangat dah. Jangan gelak ok. I know for some of you..heh apa dah baru 500 dah kecoh. Hehehehe...

Ok lah nanti bebila sambung lagi cerita pasal kemajuan blog ni.

Blog korang dah maju sangat ke? Boleh la share tips kat sini. Nak maju jugakkkkk...

Saturday, July 5, 2014

Felixia Yip kembali kepada islam pun ada yang kutuk

Assalamualaikum...

I usually don't bother cerita-cerita macam ni. But lately, we are seeing ramai mereka yang popular dan glamour telah kembali kepada fitrah, hijrah, menjadi lebih baik dan sebagainya...ada pulak yang tak happy. Setakat tak happy duduk diam-diam tak apa, tapi kutuk pulak. Kutuk offline dengan member tak cukup, letak pulak dekat social media dan sebagainya.

What is happening here? Why can't we sincerely be happy for someone dan doa yang baik-baik sahaja? Sedangkan kita sendiri tak mendapat hidayah seperti itu. Or do we see ourselves better than them?

May Allah SWT grant us pure heart and always see good things in others and others see good things in us too.


Dilahirkan sebagai seorang Muslim adalah satu keuntungan yang besar buat kita. Tapi bagaimana kita kekal sebagai seorang Muslim diakhir hayat kita is what matters most.

Kalau tak dapat nak beri dakwah pada orang secara lisan...mungkin for showing good akhlaq is one way of dakwah too.

That's why I seldom look at my FB wall. Sometimes too much negativity from those who likes to comment on so many things in their lives. Kadang-kadang bila baca statement, I really beat my brain's out... dari gaya bahasa lagi sah-sah dia yang ada masalah. And having said this..

May Allah SWT protect us from evil feeling that 'we are right,others are wrong'.

Amin!

Wednesday, June 25, 2014

Pemenang "Giveaway Maxi dress yang cantik untuk pembaca bertuah" adalah...

Assalamualaikum...

Sukacita diumumkan, daripada 3 orang pembaca yang baik hati joined GA sulung I hari tu (boleh baca sini)...

Setelah dicabut undi...

Pemenangnya ialah...


ENCIK AZMAN ARSAD dari http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com

TAHNIAHHHHHHH.... hadiah nya sudah selamat di pos petang tadi. Harap sangat bila dah dapat nanti, inform I ok sedagher. :-) Bye-bye maxi dress..selamat sampai ke tuan baru...(sentimental tetiba)


Naik ke blog hits/UV bila buat giveaway cam gini??

Korang rasa camana?

Seminggu buat entri tu, sorang pun tak join till the last day. Traffic tak naik pun selagi tak ada orang joined. Cuma dengan 3 orang sahaja yang joined, traffic ada naik kot dalam 15-20%. Banyak faktor kena pertimbangkan. Kalau ramai joined insya allah lagi banyak traffic. Kalau sorang je pun joined tapi blog dia high profile ramai followers pun boleh menyumbang traffic yang banyak juga (pendapat I lah).

Will I do giveaway contest again?

Insya allah, kalau dapat sambutan boleh buat lagi. Ada few more items to giveaway sebenarnya. Siapa sokong I buat GA lagi please leave a comment ya. Nanti I will contact through email ke apa jemput join GA lagi. ;-)

p/s: Kepada CikDelima Merah dan Mat Nor, cuba lagi lain kali ok. Terima kasih daun keladi. Kali ni, I belanja backlink aje. ;-)

Monday, June 23, 2014

Giveaway Maxi dress yang cantik untuk pembaca bertuah


Assalamualaikum...

Been wanting to do this for quite sometimes. Tapi asyik bertangguh sebab tak ada pengalaman lah nak buat giveaway. Kenapa nak buat giveaway?

Okay let me tell you honestly dear readers (I hope ada readers yang membaca nih)

(1)I need to grow my blog readership and
(2)I have been keeping this dress for quite sometimes lepas beli rasa macam tak tahu nak pakai pegi mana. I mean it's a beautiful dress. I plak kalau pakai ni dengan 2 boys running around me agak-agak boleh main aci sembunyi bawah kain. Hilang nak melawa lain plak jadi. I sincerely want to give it away dari collecting dust in my wardrobe.

Cantik uols. Tema kaler for this year kot. Cuba tengok few models gayakan dress ni macam dalam screen shot ni ha.


And here for my idea how would I wear it for OOTD. Berangan je lah.


Kaler dia hijau zamrud (according to the blogshop). There is no body cutting. It's just flow to bottom. Material chiffon with satin lining. Oh ya, ada matching belt. 2 ways to wear it. Pakai belt or without belt. So not to worry if you S or XL you should be able to fit into this dress.

Bismillah...

Okay kalau siapa berminat untuk diri sendiri or to give it away again ke apa.... ALL are invited to participate in this giveaway contest. The contest will run for 10 days from today till 23rd June 2014 11:59pm (kalau ada one entry je pun, then easier she/he will be the winner). After which I will start to draw for the winner. Macam mana nak pilih winner is through ballot.

Syarat-syarat:
1. Be my follower by joining this site through your google account OR like my FB page Supermakwannabe (please see by the left side of blog page untuk Facebook badge dan Google Friend Connect)

2. Give me a backlink by choosing one blogpost tak kisah lah yang mana pun (yang ni pun boleh). Objective adalah jasa baik you all membantu promote blog ni. Contohnya:
If you do melalui blog entry, you pilih blogpost title "Giveaway Maxi dress yang cantik untuk pembaca bertuah" then you announce it in your blog calling your readers to participate the contest lepas tu you letak link balik ke http://supermakwannabe.blogspot.com

Kalau tak ada blog, through facebook pun boleh. You just share the chosen blogpost dari blog supermakwannabe ni. Make sure you allow "Public" to view the shared post.


Update: oh ya, kalau buat through Google+ pun boleh la. just give me the URL after that okie.

3. Dah siap 1 & 2, then leave a comment dekat bawah ni yang you dah siap entry. Give me your google account ID atau Facebook name. Dan jangan lupa tinggal URL your blogpost, Google+ atau FB share supaya I can validate your entry.


You are allowed for multiple entries. Oh ya, delivery to Malaysia address only please. Kalau ada syarat-syarat yang tak clear maafkan lah I ye. I baru first time ni. Gugup pulak. Maybe you can help to betulkan mana-mana syarat yang tak jelas tu.

Thank You!!! Meh la join.

Tuesday, May 6, 2014

Darlie Expert White - one step to whiter teeth

Assalamualaikum..

According to Wikipedia toothpaste is paste or gel used with a toothbrush as an accessory to clean and maintain the aesthetics and health of teeth. OK understood. Further reading the definition....it says "..Most of the cleaning is achieved by the mechanical action of the toothbrush, and not by the toothpaste. Salt and sodium bicarbonate (baking soda) are among materials that can be substituted for commercial toothpaste" Oho....salt and baking soda..interesting eh!

Remember during the old days, pergi kedai beli ubat gigi senang je. "Nak beli Colgate". It's the white paste with fluoride and mint taste. That's it. Lama-kelamaan...macam-macam brand...jenis ubat gigi ada. Gel, colored, flavored, non-fluoride, herbal, for smokers and sensitive teeth. Recently, whitening range quite popular. I've tried one brand for the whitening range. The red color tube where Fazura is the ambassador. Ce teka! Hehehhe.. Hey, it works yo! I skipped dental scaling treatment last year. Save duit kat situ.


Terpengaruh dengan iklan sekali lagi, I bought this earlier today. Darlie Expert White. Priced at RM 15.69 and comes with a toothbrush. It says 3 times whiter teeth. Scientifically proven - compared to regular fluoride toothpaste according to laboratory data.

Hang on....what really is scientifically proven? I saw some label saying clinically proven. Sounds like marketing buzz..or really carry some weight. I have searched around....the simplest I got is literally, "clinically proven" means that testing of some kind was done on animals or people, while "scientifically" refers to testing in a laboratory.

Looking forward for whiter teeth soonest! :-)

Monday, May 5, 2014

Whisper Cottony Clean - let's be the Whisper girl

Assalamualaikum.

Entry strictly for women.

Nak sembang pasal something that all women have to endure every month. Period. Menses. Datang bulan, bendera merah and whatever other names you called it. Mesti pernah dengar PMS kan? Haaa...ada yang period pain, mood swing, headache, craving, bloating, pimples dan macam-macam lagi tanda. When I was younger I got different symptoms before or during period. Now in mid 30s, I have bad headache almost every time pre and during period. It's probably the hormonal changes that causing it.

I bukan nak cerita pasal PMS. Tapi pasal sanitary napkin, pad or tuala wanita. Yes, yes. Macam-macam brand kan ada dekat kedai. Ada yang pendek, panjang. Wing, non-wing. Scented, non-scented. Slim, Maxi, Overnight, Heavy flow, normal flow. Cottony soft, dry net.
Harga pun tak sama...ada yang murah ada yang mahal.

So you all pilih yang mana? I never stick to one brand. Kadang-kadang ikut promotion yang mana best. Good deal. I always keep stock of slim ,maxi and overnight these three types handy. Sebabnya different type usable for different time. I like it non-wing. For overnight kena 28cm and above. Cottony soft would be my choice. Sebab kalau tak kena gaya, would cause me allergic reaction. Satu masalah lain pulak. Won't be comfortable to have itchiness during period kan?

Heard there is new range of pads, the Cottony Clean from Whisper. Worth to try. Let's be the Whisper girl ;-)



Monday, April 14, 2014

My social media plan

Assalamualaikum..

It has been more than a month, I have successfully deactivated my Facebook account. However, Supermakwannabe fan page is still available. Ok, moving on jom tengok the list of remaining social media that I still have.


Supermakwannabe Facebook Fan page.

So far ada 40 61 likes at that fan page. Mostly friends and relatives yang suka ikut cerita Adam dan Idrees. Dekat sinilah I will update most of the boys antiques and funny stories. I had good laugh sometimes. So dapat share dengan orang lain and they laughed at it too rasa macam why not I continue doing it. :-)

The latest update was about cerita perihal berjimat ketika catuan air.

"Sekarang musim catuan air. Uols kena tak? Macammana so far?

Our place dah masuk second month. Ada tong besar, sederhana dan kecik utk tadah air. When i said besar..memang besar kitaorg beli letak depan rumah! Senang dan alhamdulillah cukup supply.

Mami has since came out with few rules untuk menjimatkan air. Like when washing hands, when shower, when this and when that...anddddd at night you both tak payah pakai seluar dalam. Ok. Faham.

Kejadian disiang hari, lepas mandi dan nak pakai baju. Idrees skip the spentot. Dia dah siap pakai..and i saw the spentot still there so asked him la. "Tak pakai mami. Tolong JIMAT. Air. Tenaga." Ehhhhh, perli ke hapa!"


Instagram/Roshaliza


Dekat Instagram boleh search for user "roshaliza". It's open for public. Nothing to hide pun. Mainly dekat instagram I will update about my #laporanmasakan Menu yang dimasak dengan kasih sayang untuk my boys. From zero to hero tau. Percaya lah I wasn't a person who love to cook and pandai memasak. In fact now pun tak lah suka masak juga, but have to. Sometimes keluar kedai nak beli food dah tak tahu nak rotate menu apa dah.

Kalau tengok #laporanmasakan to date ada 42 laporan dah. Pelbagai lauk pauk, nasi, kuih dan dessert.


Ada #boysnogadgetplz hasthtag yang I buat to sort of record usaha untuk memisahkan the boys from the gadget. So far, I would say 50% dah tak reliant on gadgets to keep them calm or occupied. Satu tab dah berjaya jual! Alhamdulillah they know how to enjoy themselves even without gadget. Kemuncup pun boleh lawan pusing...rubber band pun boleh buat main lempar getah!



Supermakwannabe blog

Yang ketiganya blog ini. Obviously I'm still looking for pace dan keselesaan nak tulis blog ni. For now masih tercari cara penulisan yang paling selesa. Blog ni sebetulnya belum siap sepenuhnya. Tak tahu lah bila betul-betul look at the cosmetics and do the touch ups. Tak pandai sangat nak adjust - to hire designer macam worth it ke? Will see how.

This blog is where I will write about being a mom that requires me to wear different hats seperti tukang masak, travel agents dan photographer. I seek for 'adventure' dalam aktiviti harian di rumah sementelah kini menjadi full-time homemaker. Kadang-kadang bosan dengan rutin - itu biasa sebab manusia ni motivasi dan mood itu akan ada pasang surut. Kadang-kadang bersemangat tinggi - untuk menjadi proud SAHM!

Monday, November 11, 2013

Street workout vs mall workout

Haaaa.. this was sempena hari tu terbaca dalam Kosmo! pasal street workout yang semakin menjadi kegilaan muda-mudi kota sekarang. Ada satu gang ni macam perintis la buat street workout dekat Malaysia. Nama gang diorang Bar-risan.

Femes rupanya diorang ni. Ada 13k likers dekat Facebook, boleh juga cari derang dekat YouTube, Instagram, Twitter...and belambak lagi kot other channels yang tak sempat I nak tengok. WOh!

Kalau 10 tahun dulu, mesti rasa cool lah mende ni. Sapa jugak mamat yang rajin tengah panas nak workout free access dekat street and bagi free orang tengok! Elok-elok ada gym pegi street. But from other perspective, creative la jugak. I don't want to comment further, but I sincerely hope whatever they do berfaedah dan jangan sampai lupa solat! Ehehehhe, ha tengok dah jadi mak-mak kan? memang aaa cam gini... :p


Tengok yang ni jap. This is new version of workout. Mall workout!! Only happen when ikut Mami pegi shopping. Berfaedah jugak sebab that will keep him occupied for a while. Lol!

Wednesday, November 6, 2013

Saya lah Lucky follower tu ...


Thanks Umi Alya dari Diari Hidupku. Senyum meleret saya di sini bila posmen hantar ni siang tadi. Ada brooch, keychain dan fridge magnet. Wow so generous of her. Pertama kali ni sejak berblogging menjadi yang bertuah (dah berapa kali kot ulang statement ni sebelum ni..sorry, excited uols!). In return, saya bagi backlink untuk dia... Ikhlas. :-)

Saya memang collector fridge magnet. Maka hari ni bertambah satu lagi koleksi. Happy! Happy! Kekadang tu, a simple thing will make us happy and vise versa. Tapi cuba tengok positifnya, dengan benda mudah kita buat orang lain happy bukan kah kita pun akan mudah rasa happy? (I hope it doesn't sound like tounge twister, I really mean good. :-)

Alright, a short post for tonight. I have plenty things to do. Insya allah kalau berkesempatan will have separate updates later. Till Then!






Tuesday, October 22, 2013

My blog is online now! Searchable on Google search

supermakwannabe online

Baru 2 bulan start blogging. Tetiba teringat nak search my blog using the blog name "supermakwannabe" tengok Google jumpa tak. Sekaliiiii....JUMPA uols! I pernah baca sebelum ni it may takes up to 6 months before your new blog is searchable by the search engine i.e Google.

I changed template (dulu pakai template ni), cuba be visible by creating backlink - tinggal komen pada blog orang, follow blog mereka yang menarik... oh ya, sentiasa ping blog dekat Blog Search , Web Master Tool dan Blogged.my lepas published new post. I think that helps.

I tak de specific niche in blogging for now, so I akan tulis about my daily happenings. Macam yang I cerita dalam entry "About Me". Semenjak I jobless ni dan jadi housewife, I selalu teruja bila undertake "assignment" perihal kerja rumahtangga. Contoh, kalau nak masak perasan jadi Chef. Kalau hantar kids ke sekolah perasan jadi personal driver. Pergi bayar bill, beli barang dan itu ini konon macam runner. Banyak jugak cerita pasal I buat assignment sebagai student (ni reality bukan berangan). Macam-macam lah. I will keep it like this for now. Bila ada blog ni, senang nak recall activity seharian lepas tu ada pulak gambar-gambar untuk support the entire story. Walaupun macam apa lah sangat, but I'm enjoying it. :-)

Till then!

Saturday, October 19, 2013

More CPC advertisements from Nuffnang

CPC nuffnang
Baru mula blogging 2 bulan yang lepas. I'm a Glitterati. Not too sure how privilege is this title, tapi I've been getting CPC ads from Nuffnang. Since early September till 11 October ada 12 CPC ads already. Nuffnang says "Be a part of our Glitterati program to reap more earnings, get exclusive invites, attend special parties and truly enjoy the perks every Nuffnanger deserves!"

I have average of 80-100 pageviews everyday (baru je since few days). Don't know if I'm doing it right, but have to constantly post an update. Anyhow time is factor here since tak cukup masa to look at the strategy to get more readers. One at a time I suppose. Assignment subject SYS752 on "IT Entrepreneurship & Innovation" that requires 10 blog posts pun baru terhegeh2 buat 4 posts. Sila refer label Master Students to read further - Interesting posts for aspiring entrepreneur tau... betul! ;-)

Back to this CPC. Ada Shell Fuel Save, SONY NEX-5TL, SunSilk Hair Fall Solution, Nestle Drumstick dan University of London.

Suka saya nak comment sini.. Ya saya pakai minyak Shell sebab petrol pump belakang rumah je, camera bukan Sony tapi Olympus E-PL3, Shampoo bukan SunSilk tapi yang terbaru dari Schwarzkopf Hair Repair, Ice cream Nestle Drumstick suka jugak, University saya sekarang UiTM. :p

Sekian!

Thursday, October 10, 2013

Nak cerita jugak lah pasal Nuffnang CPC ni..


Lebih kurang cam gitu la rupanya advertisement Ford MCA Launch dalam option skycrapper. Lagi satu Leaderboard kalau melintang kat atas tu. Haaa.. I dapat twice in the month of September. I tengok blogger lain semua cakap thank you Nuffnang, ada yang print screen the earning, and say good words in return of gratitude.

Thank You jugak lah Nuffnang. I dapat 50sen! Gerenti sendiri click tuh! LOL. Tau kan..kalau Cost Per Click (CPC) meaning berapa banyak orang/readers yang click on the advertisement lah. Thank You jugak Ford. I feel generous tetiba giving at least two people organic backlink (betul ke apa aku cakap ni?). Walaupun tak de ribu2 readership, but it is a sincere backlink. Terimalah! Hehehhehe.. Untung2 nanti ada orang baik hati ngan I pulak kan. Just realize that blogging world is so mesh up! Among bloggers they are supportive to each other. Orang ni follow orang tu. Blogwalking, bloghopping whatever. Memang rajin ah! Tapi uols remember, jangan sampai abuse internet access in the office. Hah, tu nanti kena sekolah dengan I pasal that is my Master thesis tau. Read here.

I never test drive or own a Ford before. Closest encounter was with a young consultant girl kerja PWC was telling the whole class dengan bangganya (i could sense that from her tone) masa tu we attended ISMS Lead Auditor training dekat PJ last year kot. She said she chose the car for the prestige. Must be something la kot kereta Ford Fiesta nih. I pakai kereta Jepun je.

Wednesday, September 25, 2013

Earning from Nuffnang - betul ke bohong?

nuffnang earning
Earning from Nuffnang pertama kali sejak 1.5 months berblogging


Kalau siapa yang berblog dan nak mencuba buat duit sambilan melalui iklan, boleh cuba Nuffnang. Hari ni saya menulis sebagai seorang blogger (yang belum berjaya buat duit sambilan :p) Saya bukan nak buat tutorial atau kemukakan tips bagaimana to earn from Nuffnang by blogging. Sebab saya sendiri pun tersangat lah baru.

Saya banyak terdengar dan baca sendiri entri di blog lain tentang blogger berjaya antaranya seperti Hanis Zalikha (tiada maklumat how much she earned), RedMummy (dia pernah cash out sampai 30k - read here) dan CikLaili (dalam 4k per month cash out- baca sini). Wow, sangat memberi inspirasi!! Tak tipu. Hanya dengan berblogging tentang apa yang kita suka, sambil dapat berkenalan dengan ramai orang dan dapat duit sambilan. Menarik bukan? At least kalau tak dapat banyak, dapat bayar balik duit broadband bulanan sudah cukup okay buat saya. :-)

Okay, cukup sudah untuk inspirasi tengok orang berjaya. Kita bila lagi? Inilah cabaran nya! Saya baru dapat 0.25sen. Hahahhaha.. Sama ada ini menjadi peniup semangat untuk terus, atau pemadam semangat! Untuk mendapat pulangan seperti mereka, readership mesti la ribu riban kawan-kawan. Kalau setakat puluh orang, ratus orang makan berpuluh tahun mungkin belum dapat cash out juga. Berbalik kepada readership, saya ada 4 orang follower sekarang. Yeehaaaa...ok stay positive. It will grow from time to time Insya Allah. Baca sini untuk plan saya tambah kan followers. Mari sokong each other. Kalau perlukan follower juga, follow me then I will follow you! Senang je..

Jadi, betul lah kita boleh earn from Nuffnang. Cuma bohong la dengan berblogging update post sahaja sudah boleh dapat pulangan. Banyak usaha lain yang perlu untuk generate traffic, promotion, marketing dan sebagainya. Ya, blog kita perlu ada jenama juga. IMHO, this is like doing business..

Till Then!

Thursday, September 19, 2013

Can I get a hello?

"Hello" made up from stale popcorn

Let's get connected! If you have any questions or suggestions, or information about collaborations, advertising or even just to say hello and be my friend, please leave me an email, or just click on the social media of your preference below, that you like! It is a pleasure to hear from you all!

I will do my very best to answer your messages ;-) Looking forward to hear from you!







Tuesday, September 17, 2013

Belum ada followers untuk blog anda?



Ya, blog ni belum ada seorang follower pun lagi. Sedih kan? Perlu ke ada follower? Jawapan nya ada pelbagai bergantung kepada blogger itu sendiri. IMHO, Blog bukan diari di mana kita sorok dari pengetahuan orang dan tidak membenarkan orang lain membaca nya. Selalu nya walaupun personal blog, seseorang blogger itu membayangkan akan reader yang membacanya. Mungkin keluarga, teman rapat, kawan sekerja atau pun total strangers.

Bila kita mula menulis blog, kita akan cari topik yang kita rasa menarik untuk dikongsi. Nampak tak keyword di situ iaitu 'kongsi'. Nak dikongsikan bersama siapa kalau tidak dengan readers. Apa bila kita berkongsi cerita dengan orang ramai, kita mesti bersedia menerima maklum balas (sama ada baik atau buruk) daripada orang itu. Seperti mana di dalam blog, jika kita membenarkan readers untuk memberi komen contohnya maka bersedia la jika komen yang diberikan di luar jangkaan kita.

Berbalik kepada persoalan mengenai followers tadi, apa yang perlu anda buat untuk mempunyai followers jika belum mempunyai seorang pun? Mengikut pembacaan di blog lain yang memberi tips tentang blogging, sebagai rumusan ada 5 langkah segera yang akan dicuba pada blog ini:-
1. Ping selepas publish post yang baru (Google Webmaster, Blogged.MY)
2. 'Blogwalking' dan tinggalkan komen untuk menambahkan 'backlinks'
3. Tambah blog kengkawan pada blogroll dan link kan favourite blog/sites
4. Promosi secara manual 'paksa' gang tengok blog ni hari2 :p
5. Menulis secara konsisten dan cari idea tulisan yang kreatif


Till Then!