Showing posts with label Storyteller. Show all posts
Showing posts with label Storyteller. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Mendidik anak tentang adab masuk rumah


Assalamualaikum and Hi,

Kita tahu kalau perbuatan yang mengikut sunnah itu dapat pahala kan? So, I was trying to apply it to our daily life. I asked my kids to enter the house with right foot. And upon which bagi Salam bila nak masuk rumah. Ada doa juga sebenarnya boleh dibaca. Insya Allah will try teach them that too in future.

To be honest, as I remembered when I was small, tak kisah pun masuk rumah kaki apa, bagi salam , baca doa ke tidak. Sejak ada keluarga sendiri, of course we wanted the best. And my standard of 'best' is leading our life with Islamic values. Tak salah kalau nak perbaiki diri kan? It's hard when at the age of 30s nak ubah bad habit and change the way we do things. But nothing is impossible.

Senang kata, we have to start early. So for young parents, we still have time to 'mold' our kids because at young age mereka senang nak ikut apa-apa sahaja yang kita ajar. Alhamdulillah, my kids are getting on it. Masuk rumah kaki kanan and say salam. May not be every time they do that, but many times they do it without having to remind them.

That picture in the above was my lakonan semula! Idrees suruh I keluar balik sebab salah masuk rumah pakai kaki kiri dulu. Of course, I have to comply kan. We need to set good example. Keluar lah balik lepas tu. Masuk rumah kaki kanan....and say salam! Oh sejuk je hati I when he actually dare to correct me and remember the adab without me having to remind him.

May Allah SWT grant us steadfastness in doing good habit. Amin!


Monday, October 13, 2014

Dah setahun abah pergi...

Assalamualaikum...

Not that I forgot completely, but was lucky to be reminded by Hanis semalam. Dah setahun abah pergi. Earlier before I was chit chatting dengan bebudak MCC pasal daddy-less.

Since Nadia just lost her father the day before Raya Haji hari tu. We were all macam trying to comfort her telling how our moms recovering from the losses. Dalam group tu, Rono, Emi and myself are daddy-less. And so happened, (I think semua mak-mak pun macam tu) all of our moms semua "mana boleh tinggal rumah, nanti arwah balik malam jumaat tak de sapa kat rumah".

Mak si Rono, siap kena makan ubat penenang sebab sakit slip disc plus kematian suami menyebabkan dia lebih murung. We agreed that this would be the toughest time for our mothers. Ye la masing-masing dah kahwin for many many years. Macam mak dan abah I tu dah 50 years kahwin. How lah she said tak teringat selalu. Masa awal-awal dulu, tidur atas katil hospital dan peluk neck pillow arwah.

Mak si Emi pun cakap benda yang sama, even budak putus cinta pun boleh sedih ni kan husband and wife yang dah berpuluh tahun kawin. Obviously tak boleh tinggal diorang sendirian time awal-awal tu. Mak dulu, nasib baik ada Ahyak (of course you too hanis) temankan for quite sometimes.

Selepas setahun, mak is getting better I guess. Tapi kadang-kadang sembang...ada jugak dia cerita teringat kat abah. Kain pelikat arwah, towel ke..kadang2 terngiang bau dia. Oh, air mata dah bergenang ni...I remember too bau abah..masa dia masih sihat..masa dia kerja kuat dulu. Masa dia muda sikit selalu datang UTP visit anak perempuan sorang dia ni..naik kereta mercedes hijau JAS 5115.

We always miss you, Kapten Malaya. You are always in our prayer! May all of us be united in Jannah Insya Allah.

p/s: hargai, ingati, sayangi mak & abah korang while they are still around

Thursday, September 4, 2014

Pengenalan Supermakwannabe

Assalamualaikum...

Saya Roshaliza, berumur 35 tahun dan merupakan seorang graduan lulusan sarjana dalam bidang IT. Saya cuba untuk suka memasak walaupun pada hakikatnya saya hanya lebih suka kumpul resepi dan membelek gambar masakan yang belum pasti bila saya akan mencubanya! Saya mempunyai 2 orang anak lelaki yang petah bercakap dan sentiasa bertenaga tidak kira siang atau malam. Mereka lah punca saya tersenyum gembira tetapi adakala nya mereka juga punca saya tarik muka masam mencuka. Si abang bernama Adam (8 tahun) dan Idrees (6 tahun) lebih manja dengan panggilan Adik.

Semenjak saya menjadi surirumahtangga sepenuh masa kira-kira setahun yang lalu (setelah bermasalah dengan 10 orang pembantu rumah Indonesia, ya 10 orang!), saya berangan untuk menjadi seorang ‘supermak’. Pada saya, ‘supermak’ itu adalah menjadi ibu yang bisa melakukan segala kerja rumahtangga dengan menggunakan tenaga empat kerat ini tanpa bantuan seorang pembantu rumah (bibik) atau ahli keluarga yang lain. Setuju? Lebih dari itu, seperti karakter adiwira yang lain, ‘supermak’ mempunyai kuasa yang dianggap ajaib. Seperti mencari barang yang hilang, membaca riak muka, merungkaikan pergaduhan, mengetahui apa yang ada di dalam fikiran, dan bermacam-macam perkara lain yang sehingga sekarang kekal misteri!

Sebetulnya, saya hanya berangan sahaja menjadi seorang ‘supermak’, kerana setiap kali juga saya tidak mampu melakukan semuanya sendirian. Maka lebih tepat jika saya labelkan diri sendiri sebagai ‘Supermakwannabe’!

Seorang ibu yang nampak zahirnya seperti perempuan biasa tetapi sebenarnya adalah seorang ‘supermak’ yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kuasa ajaib sama seperti saya malah ada yang lebih hebat lagi! Saya percaya, ramai ibu-ibu di luar sana mempunyai angan-angan yang lebih kurang sama dengan saya. Jika Ya, kita pasti boleh menjadi sahabat baik jika bertemu di alam nyata!

Sedar atau tidak, dalam satu hari yang sama, kita menyarung tugas yang pelbagai sebagai tukang masak, pemandu, guru, tukang cuci, jururawat, jurugambar, agen pelancongan dan bermacam profesion lain. Sebut sahaja, kita sanggup melakukannya! Penceritaan saya ini barangkali ada persamaan dengan cerita harian anda. Kelainannya bila saya mahu berkongsi cerita biasa ini dari perspektif profesion dengan perincian lanjut yang segar supaya lebih ramai dapat memahami dan menghargai perjuangan ‘supermak’ seperti kita. Segala yang kita lakukan adalah simbolik hadiah kasih sayang yang terbesar buat keluarga kecil kita.

Doa buat semua ‘supermak’:

“Ya Allah, lembutkan lah hati kami supaya dapat menerima dan merasai segala yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadat kepada Mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim”

Amin.


p/s: amacam boleh jadi penulis tak??

Tuesday, June 3, 2014

Sandwich Tuna for (late) breakfast today


Assalamualaikum...

Sometimes, I will be too lazy to prepare breakfast. How would you feel if you cook lepas tu by tengahari buang je sebab banyak lagi tak abis makan. Sayang, rugi. Bukan lah tak sedap langsung kot I masak. But simply the kids don't really like to have big breakfast. Plus during school holidays, they don't bother about having breakfast at all. Bangun pun dah lewat pagi, just have a cup of milk. Relaxing depat TV or playing games till about 11 macam tu baru lapar. By then, I would prefer them to have lunch instead.

And sometimes....even till 11am I still feel like don't want to cook or go out buy lunch....

Jadinya....

Me: Hari ni kita makan sandwich tuna ye dik.
Idrees: Oh tak de makanan lain ye?


Well he kind of know kalau mami malas je..sandwich. Mami looked down tak best nak reply. Then he said..

Idress: Oih..bersyukur la jugak kan dapat makan sandwich. Orang miskin langsung tak de makanan

Haaaa... cam tu la. Dont make me feel so bad will you? Heeeee..

Friday, May 30, 2014

Untuk para ibu yang meninggalkan kerjaya atau bakal meninggalkan kerjaya

Assalamualaikum...

A friend shared this and I happened to read it. I read it...read it few more times. Bergenang air mata. Tetiba emosi. Ya Allah..rasa macam KENAAAAA sangat dengan apa yang diceritakan. The title reads "Taatilah Allah dan Rasul-Mu". Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_04.htm#ixzz33CvzduJr


Antara yang diperkatakan... "WANITA yang sanggup meninggalkan kerjayanya demi keluarga mempunyai pahala yang besar di sisi Allah". Though I know about the reward, still somehow there is a doubt (which I don't feel good about it) in my heart for leaving my career. I was at the highest achievement I could ever get. Yet I chose to be at home and be the housewife. Though the initial motivation was not natural - we had problem with getting maid and etc.

"Ia menarik hati apabila beliau menyatakan bagaimana setiap hari seusai solat Subuh, hatinya bertanya kepada diri: "Apakah aktiviti hari ini yang mahu aku lakukan?"" Masya Allah..it's exactly what in my mind most of the mornings. Walaupun sebenarnya aktiviti tu hampir sama je setiap hari iaitu bertumpu pada memasak, mengemas, menguruskan rumah tangga dan melayani kerenah anak-anak dan suami.

"Ungkapannya juga jelas: "Kadang-kadang muncul rasa bosan menjalani kehidupan seumpama ini. Ia rutin yang serupa setiap hari."" Big time kena! Memang tidak dinafikan wujud perasan bosan dengan rutin harian. I could do a me-time, indulging a pavlova cake, sipping a cup of tea with good companion of girlfriends. Sekarang memang tak sempat! Yes, I'm guilty. I shouldn't feel bored. Isn't this what others are dreaming of? Nak tengok anak-anak membesar di depan mata. Nak sambut kepulangan suami tersayang setiap kali dia pulang dari mencari rezeki. Memang rasa berdosa. Macam orang tak bersyukur pulak. I was having good conversation with my SIL the other day, she's a housewife too. She said she never bored. So impressed! Is she a robot? :p Sorry Hanis... But really you never feel bored? I really need to cleanse my heart. Set my intention right.


Wanita beriman menjadikan surah adz-Dhariyat ayat 56 sebagai objektif kehidupan di dunia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah), Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."

Lalu lembutkan hati dengan menerima dan merasai betapa yang dilakukan adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadat kepada-Nya. Kesemua ibadat pasti dihitung pada hari pembalasan nanti. Insya-Allah, hilanglah gundah-gulana di jiwa.
I should check this surah. Semoga boleh jadi amalan doa. Dan Ya Allah, lembutkan lah hatiku supaya dapat menerima dan merasai segala yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadat kepada Mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Bukankah kita percaya dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya? Tugas sebagai isteri, ibu dan apa sahaja urusan yang telah dipertanggungjawab kepada wanita adalah suatu amanah yang wajib dipikul. Stop whining girl! It's amanah.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas semata-mata kerana taat kepada Allah SWT. Malah, kita turuti nasihat dan teladan sebagaimana ajaran Baginda SAW.
Duhai wanita yang dilembutkan hati untuk mentaati suaminya, apakah puan menyesal membuat pilihan bersara atau meletakkan jawatan tinggi kerana mahu menguruskan keluarga? Usahlah begitu. Ia gerak hati dari Allah.
Astaghfirullah. I should stand by my decision with no regret. Benar, it was gerak hati dari Allah. I shall not describe it here. But I knew it was the right intuition.

Pernahkah kita lalui ketika tubuh dan jasad begitu terbeban dengan urusan kerja? Kemudian, bila pulang ke rumah terasa mual dan loya melihat betapa tidak terurusnya rumah tangga. OK, I may not be able to relate to this sebab while I was still working, I had maid to settle house chores for me. But I could imagine the hassle.

Pernahkah kita menangis di dalam hati menanggung tekanan ini sehingga bagaikan mahu berhenti kerja? Malah, kita hilang sabar lalu melepaskan segalanya kepada suami dan anak-anak hingga ada ketikanya terbawa ke pejabat.
Oh Ya Allah. I did this before. I cried because of tak tahan dengan tekanan kerja and that time too I was on Masters journey. Sangat stress sampai mengamuk meroyan dekat kids and husband too. I'm sorry..I'm truly sorry.

Lalu, apabila reda, Allah mengurniakan nikmat kelapangan masa dan rasa bahagia dengan pilihan mereka. Wajah mereka ceria dan dengan berlapang dada, mereka melahirkan kata-kata bahawa tiada perasaan bosan kerana kini, setiap hari mereka dapat melakukan apa yang mahu dilakukan. Insya Allah, I'm looking forward to this. I shall change.

Hidup bersama suami juga sangat terhad masanya. Pejam celik, tiba-tiba mata melihat wajah kacak dan tubuh sasanya menghilang. Rambut, misai dan janggutnya berubah warna. Ha ah lah....rambut dah banyak uban. Bila tanya sebab banyak fikir katanya. Rambut I hitam je, sebab tak payah fikir teruk-teruk. Heeeee....

Duhai wanita... kenangilah apa yang telah dilalui semalam. Hayati apa yang ada pada hari ini. Fikirkan apa yang harus dilakukan untuk bekalan hari esok.

Terkesan dengan artikel ni. Camana, ada yang same boat tak?

Friday, May 23, 2014

Idea potluck untuk jamuan di sekolah anak

Assalamualaikum...

Yang dah jadi parents tu mesti dah biasa bila ada jamuan dekat sekolah kalau jenis 'potluck'. Kalau belum diberi pilihan senarai makanan jenuh juga nak pikir menu apa. Macam sekolah si Adam ni memang dah dapat senarai menu mengikut Tahun masing-masing. Dari senarai pilihan, Adam pilih nak bawak Spaghetti. Resepi Spaghetti boleh refer in here.


"Last seen today at 1:16am". Haaaa..acah mak enon. That was not Whatsapp punya timestamp. That was I punya last seen dekat dapur malam sebelum hari jamuan diadakan!

Stress bila sambil masak tengok resepi (tak hafal2!) ada anak duduk kat tepi dok buat QA/QC. "Mami pastikan sedap. Mami kena rasa beberapa kali. Masam, masin semua." OK.

"Macam mana, dah rasa? OK tak. sedap tak?" "Adam rasa Mami boleh buat, Mami ada bakat memasak kan adik?"

Eh eh... diam la sekejap give me sometimes to concentrate! Selepas 1 jam...'food tasting' la konon. Adam kata......

Dia tak kata apa! Dia tunjuk thumbs up je. Lepas la tu standard dia...Amin!

Esoknya...

Ini lah juga habuan for breakfast....


Dup dap dup dap while waiting for him to finish school sebab nak dengar feedback dia. He is jenis yang kalau food tak abis atau ada yang komen tak sedap ke apa..he will take it to heart. Macam dia yang masak.

Sekali masa amik dia dekat sekolah, dia bukak bekas warmer isi kuah spaghetti tunjuk...LICIN. Alhamdulillah.

Wednesday, May 21, 2014

Magis nya air tangan ibu

Assalamualaikum..

Setuju tak statemen untuk tajuk post kali ni? It's either air tangan ibu is really magical or kids yang sedang membesar memang kuat makan. Lapaaaarr memanjang. Especially di malam hari.

This was last night punya cerita. Ya ampun. Kali ketiga dah si Idrees ni makan nasi sejak balik sekolah petang tadi. Kalau si Adam kurang sikit makan nasi walaupun ada favorite dia kuah masak lemak. But Idrees memang apa-apa pun nak nasi jugak. Nasi ayam tiap-tiap hari pun tak pe. Ikan keli ke, telur masin ke, kuah masak lemak one of his favorite too.

So semalam, daripada mula makan ada lauk udang masak lemak kacang panjang, telur dadar mayo & ayam goreng... kali ketiga tu dah lauk koboi dah. Tinggal kuah lemak sikit, taruk kicap, telur mata kerbau, then dekat bawah telur tu ada sekor udang yg masak lemak tadi.


Lepas makan, nak ambik hati punya pasal siap 'bersihkan' pinggan. "Ye lah, mami masak penat2. Kena lah hargai."
Hehehe..ayat power Idrees! He really pandai ambil hati. Mami upon hearing it berbunga-bunga lah hati sekejap.


Anak uols kuat makan tak? Memang cam gini ke budak nak membesar..malam je lapar..malam je lapar.

RM20 dan kasih seorang anak lelaki

Assalamualaikum..

Title macam nak buat cerpen.

Cerita semalam ada update di Supermakwannabe fanpage.

Sesiapa yang ada anak belajar tadika di Genius Aulad mesti faham when I said "dah naik buku baru". Siapa yang ikut fanpage pun mungkin tahu sebab pernah bercerita sebelum ni.

Idrees dah naik Book 5 of starter words book. Setiap kali naik buku baru, buka communication book je dah terpampang nota mengenai "Starter Words series". Juga di dalam nota, ada tulis jumlah RM6.90. That is the amount that Mami has to pay to teacher for the new book.


Usually I bagi duit RM7 ketip dekat dalam communication book tu je. Nanti teacher pulangkan sepuluh sen lekat dengan selefon tape tepek balik beserta resit dalam communication book tu jugak. 5 buah buku maka ada 5 x 10sen yang bertempek dalam communication book tu tak ambik pun. Dah lekat elok kat situ biar je lah dulu.


Mami cari dalam purse ada sekeping RM5 pastu ada sekeping RM1. Tak cukup RM1. Idrees tanya kenapa tu mami tak cukup duit ke? Mami serba salah jawab ha'ah tak cukup seringgit.

Dia pun tawarkan duit RM20 dia dapat dari Opah Limah masa balik kampung minggu lepas. Mami macam rasa touched la jugak tapi lekas-lekas cakap eh.. tak payah la tak pe. Nanti Mami cari somewhere RM1 ..Insya Allah ada...

Idrees sungguh-sungguh nak bagi. He looked at me and frowned. "Mami, kalau anak dah nak bagi RM20 tu..ambik je lah!" Hahahhha..he can be sweet and garang at the same time. One special boy!