Wednesday, March 12, 2014

ArtSphere at the Atmosphere in Seri Kembangan

Assalamualaikum. This is a delayed post. Sometimes in early February I think. During the weekend, no plan then off we went to this place called ArtSphere, The Atmosphere. Yes, I love to take photos and be in the photos. Luckily the kids and hubby are sporting enough to support me with this kind of activities. :-)

Sesiapa nak pergi sana, it's nearby Giant Seri Kembangan and not very far from the Farm in City. No entrance fee as they encouraged people especially property investor to flock in to see the property over there. 80 pieces or more of mural artworks ada dekat sana. Go during weekend mungkin orang ramai dan kenalah beratur untuk mengambil gambar ya. Sila jaga tatasusila. Pakai cantik-cantik, bawa kamera penuh bateri dan ambil lah gambar sampai lebam! :p

The murals not in one place. So kenalah exercise sikit jalan-jalan the whole complex to locate the murals. Mungkin elok pergi di waktu pagi tak panas sangat. If you need to touch up ke apa, toilets are clean and easy to find. Set your date and go!


Wednesday, March 5, 2014

Catuan air - bagaimana mengambil wuduk dengan air yang sedikit

Assalamualaikum.

Bila Allah tarik sekejap nikmat ada running water, baru lah gelabah tadah air. Air untuk mandi/basuhan di bilik air, basuh tangan/cucian di sinki dapur dan tak lupa juga untuk tujuan minum dan memasak.

Tangki yang ada tidak cukup untuk menampung putus bekalan air selama 55 jam ~ 2 hari. Maka, pada hari kedua selepas kurang 24 jam air tangki sudah pun habis. Bagaimana untuk mengambil wuduk?


Ingat lagi belajar semasa kecil, perlukan air bersih mutlak untuk mengambil wuduk. Kalau setakat air di dalam baldi tidak lepas syarat. Air yang terpecik dari basuhan akan jadi air mustakmal dan sebagainya. Untuk penyelesaian ini setelah dirujuk beberapa sumber di Internet (insya allah benar juga sumber ini), maka saya ambil wuduk menggunakan air dari mineral/drinking water.
Mudah-mudahan wuduk dan solat yang diterima Allah. Insya Allah.

Rujukan:
1.
2.

Tuesday, March 4, 2014

Student Parent Activity (SPA) day di Genius Aulad

Assalamualaikum.

Ini cerita minggu lepas. Memang tidak dijangka untuk dipanggil ke hadapan mewakili ibubapa yang hadir untuk membuat perkongsian mengenai "how to be pretty and handsome". Tidak ramai ibubapa yang hadir, tidak ada yang mahu menawarkan diri tampil kehadapan. Saya ok sahaja untuk mencuba! At 35, I still appreciate challenges. :-)

Di hadapan anak-anak, cikgu dan ibu bapa mungkin 40-50 orang, saya diminta untuk bercakap sedikit dengan mengambil kira topik, alatan yang disediakan dan slides! Wow, memang satu pengalaman menarik untuk bercakap dengan anak-anak. Saya bukan guru, saya juga bukan pandai sangat mengenai 'kids handling'. Anak sendiri tidak sama - pandai atau tidak memang sudah tanggungjawab kita.

It turned all right I guess. Alhamdulillah. Ada lah benda yang terlupa here and there. tetapi secara keseluruhan nya saya teruja. Teringat kembali saat itu sudah cukup untuk membuat saya tersenyum. Ingat ibu bapa sekalian, jangan pandang remeh pada cikgu tadika. Bukan mudah mengendalikan anak-anak. Perlukan kesabaran yang tinggi dan kreatif!

Bila bercakap dengan anak-anak, kita perlu bertanya sebab mereka suka menjawab soalan. Jangan terus sahaja bercerita. Misalnya, saya sedang memberitahu tentang perlu menggosok gigi dengan berus gigi. Boleh cuba bertanyakan pada mereka apakah warna berus gigi itu. Apakah warna berus gigi mereka di rumah? Mereka juga suka bertanya kembali! Maka, bersedia lah..

Dan juga, terapkan nilai-nilai murni apabila memberi misalan. Contohnya, sebelum gosok gigi boleh mulakan dengan bismillah. Selepas makan boleh tolong bawa pinggan kotor ke dapur dan sebagainya.

Tidak lupa juga, apabila mereka menjawab dengan betul akan persoalan kita..jangan lupa memberi pujian. Ini akan mendorong mereka untuk aktif dalam sesi tersebut dan membina keyakinan diri mereka. Biasanya kita akan sambut dengan kata-kata seperti "pandai adik gosok gigi!", "wahh, kacak betul bila rambut disikat kemas!"..kata-kata positif yang bersifat mendorong mereka melakukan perkara-perkara baik.

Idrees smiled all the way through out the session. Barangkali he's proud with me in front of the rest. :-)