Wednesday, October 7, 2015

Resepi Pie Ayam


Assalamualaikum & Hi,

Update pertama untuk bulan Oktober! Semenjak dua menjak ni memang agak rajin mencuba masakan baru. Salah satu nya pie ayam atau chicken pie ni lah. Seumur hidup, baru first time cuba. Sekali buat terus jadi..mesti lah happy kan! Egegeggegege...

Dalam rumah ni, yang suka cheesy food cuma myself dan anak sulung I si Adam. Bila buat chicken pie ni hari tu, kita orang kongsi dua orang je! Puas makan..heheheh..

Ok jom tengok resepi. I got the resepi dari facebook page Shiela Rusly. Satu hari tu tengah syok browse sekali lalu dekat wall resepi ni, bila go further rupanya dari page Shiela Rusly! . Macam menarik je tajuk nya...sekali tengok bahan2 pun semua siap ada di rumah. Cara2 dia pun senang je kot even untuk amatur macam I ni.

Bahan-bahan:
3 biji kentang
1/4 kiub ayam
1/4 cawan susu segar
1 tiub ayam kisar ramly
1/2 botol sos spaghetti adabi \\ I pakai brand lain sedap jugak hasil nya
2 sudu cili sos
Garam & serbuk lada sula secukupnya
1/2 bawang holland atau bawang besar
Mozarella cheese secukupnya, lebih banyak lagi sedap!

Cara-cara:
1. Rebus kentang dan kemudian lenyekkan.
2. Campurkan kentang yang telah dilenyek tadi bersama kiub ayam, lada sulah dan susu segar kemudian ketepikan.
3. Goreng bawang, ayam kisar, sos spaghetti, sos cili dan garam secukup rasa
4. Masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi ke dalam loyang. Ratakan kentang di atasnya kemudian taburkan cheese.
5. Bakar hingga cheese cair sahaja. Tak perlu lama sangat sebab semua bahan telah dimasak.

Sedia untuk dihidang! Yummsssssss....




Sunday, September 27, 2015

Buat sendiri air soda herbs


Assalamualaikum & Hi,

Sejak joined FB public group Masak Apa Hari Ni (MAHN), macam-macam lagi resepi dah cuba. Browse Facebook pasal resepi lagi berfaedah dari update yang ntahapahapa kekadang tu kan?

Untuk rujukan pada masa akan datang dan juga sebagai tanda resepi ni sudah dicuba, therefore I'm updating it here.

Kalau mengikut carian google, air soda herbs ni popular dekat William's Corner. I never tried before, lama dah tak pernah pergi William's pun. When I looked at the ingredients memang dah tahu sedap air ni, so lets see bahan-bahan dan cara-cara penyediaan air soda herbs ni.

Bahan-bahan:
- lemon
- 2-3 batang serai
- daun pudina
- buah laici (boleh guna laici dalam tin)
- Asam Boi
- Ice Cream Soda
- Ais/Air Batu

Cara- Cara:
-Lemon dihiris nipis.
-Serai dititik.
-Masukkan semua bahan-bahan dalam bekas/botol/jug.

Sedia untuk di minum! Bismillah....

Saturday, September 26, 2015

Taman Safari Indonesia (Day 4)


Assalamualaikum & Hi,

Yes, we made it to Taman Safari Indonesia. Memang best lah pergi sana. Kids especially were so excited sebab dapat first hand experience feeding the animals including zebras and camels! Imagine that...

Untung lagi hari tu bila tiket masuk, orang dekat counter tu kira harga tiket kita macam orang local. Seorang harga tiket IDR150 000. Kalau di ikutkan untuk yang berumur 6 tahun dan ke atas, harga IDR300 000 for international visitor. Hehhehehe..rejeki!


Useful Information:
Jalan Raya Puncak 601
Cisarua Bogor 16750
Indonesia
Tel: (+62251) 8250000
Fax: (+62251) 8250555
info@tamansafari.com

Opening Hours:
9.00am to 17.00pm daily
(Last ticket sale at 4.30pm)
Opening Hours:
9.00am to 17.00pm daily

Kalau nak pergi, jangan lupa beli dulu carrot atau makanan untuk binatang yang dijual sebelum masuk ke dalam safari. Kat tepian jalan tu nanti ramai penjaja menjual. Nanti, lepas bayar tiket masuk kita akan menyusuri taman safari sebelum sampai ke Amusement Park. Masa tu lah segala binatang kita boleh tengok. Yang merbahaya macam harimau, singa tak boleh lah buka tingkap kereta. But the rest yang tak merbahaya kita boleh wind down sikit tingkap nak bagi dia makan. Heeee some of the animals akan datang jilat-jilat tingkap. Jadi jangan pulak terlebih berani sua muka. Egegeggegege..



Kami naik kereta gantung atau nama lain nya sky lift. Best jugak pengalaman tu, tengok topview sekitar kawasan amusement park.


Sempat tengok various animal show. Lepas habis show naik beberapa rides di sana. Family ride pun ada macam rumah hantu, bumper car, floating boat and few more.

Please expect at least 4-5hours to be spent inside there (from entrance till exit). On the way back, we had late lunch at Rumah Makan Bumi Aki. Do go there if you like Sunda food and scenic view from top of the hill.