Thursday, January 30, 2014

Bubur ayam simple


Masak bubur ayam ni atas permintaan Idrees sebelum ke sekolah kelmarin dulu. Baru ada 2 orang anak, tapi selera tak sama. Dah goreng kue tiau tapi dia tak berapa gemar, minta makanan yang lain. Tak kan lah mami sanggup tengok anak dia kelaparan tak makan sebelum ke sekolah. Maka, second round masuk dapur pagi tu.

Kalau sendiri makan, mesti boleh masukkan lebih carrot dan kentang. Rasanya lebih sedap dan nampak colourful. Tapi Idrees dah remind no vege, jadi mami terpaksa akur. Memasak ni yang penting kena selera tekak orang yang nak makan. Kadang-kadang presentation nampak cukup gaya je tapi masya allah sedap. Contoh macam bubur ni lah, nampak so-so je kan. Tapi Idrees berselera sampai tambah. Balik dari school ulang lagi makan. Rasa berbaloi masak macam tu.

Ok jom tengok resepi yang dicedok dari Dapur Tanpa Sempadan untuk ke sekian kalinya! Boleh rujuk resepi asal di sini.

Bahan-bahan:
1 cawan beras siam (boleh juga guna beras wangi)
Air secukupnya (dalam 1500 ml atau secukupnya)
1 inci halia, hiris
2 ulas bawang putih, dititik
1 keping dada ayam, kerat pada beberapa bahagian, cuci dan toskan
1 cawan mix vege (karot, kacang pis dan jagung) //letak carrot je
1 camca besar bawang goreng
1 sup bunjut Adabi // tak letak pun
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kentang, kupas dan dadu, rendam
Garam secukup rasa
4 - 5 titik minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam (optional)
Hirisan daun bawang untuk hiasan //saya suka daun sup

Cara membuatnya:
Cuci beras dan masukkan ke dalam periuk bersama air, sup bunjut, halia, bawang putih dan daun pandan.
Masak hingga beras kembang.
Masukkan ayam, bawang goreng, mix vege dan kentang.
Renih hingga pekat dan kentang empuk.
Tambah minyak bijan dan perasakan dengan garam secukupnya.
Masak sekejap, jika suka cair, tambah sedikit air lagi.
Pastikan beras betul2 kembang dan bubur kelihatan berkanji.
Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun bawang, sedikit bawang goreng dan juga lada hitam serbuk sebelum dihidangkan...

Wednesday, January 29, 2014

Resepi Sambal terung bilis


Nak makan Daging masak kicap dengan apa yek? Tak de la fikir lama sangat, sebab formula yang biasa digunakan ialah tengok stock sayur dan bahan mentah yang ada. Terung, ada. Hari tu balik kampung mak bekalkan seplastik limau kasturi. Hmmm, ikan bilis ada sejemput lagi. Just nice - Sambal terung bilis!

Ini resepi campur aduk. So tak de nak attribute kepada mana-mana chef blogger. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan:
3 biji terung saiz sedang ~ potong 2 dan setiap belahnya potong lagi 4, rendam dalam air garam, cuci & tos
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
segengam ikan bilis
1/2 kiub ikan bilis (kalau suka)
1-2 biji limau kasturi
1/2 biji Cili/cabai merah ~ hiris
Ssedikit daun kucai ~ hiris
garam, serbuk perasa & sikit gula
sikit serbuk kunyit
minyak

Cara-cara:
1. Terung digaul dengan garam & kunyit. Panaskan minyak. Goreng terung hingga nampak lembut. Angkat & ketepikan dulu. Kemudian goreng pula ikan bilis hingga garing, angkat & ketepikan dalam pinggan berasingan.
2. Kurangkan minyak dlm kuali tadi utk menumis. Tumis bahan-bahan yang di hiris tadi sehingga layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.
3. Masukkan kiub bilis, sedikit garam, serbuk perasa & sikit gula. Masukkan sedikit air jika sambal terlalu kering. Kacau2 hingga sebati.
4. Masukkan terung & gaul sebati. Perahkan limau ke dalam masakan.
5. Akhir sekali taburkan ikan bilis & gaul lagi. Jika belum mahu makan.. masukkan ikan bilis kemudian apabila dah sedia untuk dihidangkan
6. Boleh dihias dengan hirisan cabai merah dan daun kucai.

Daging masak kicap


Selalu cuba resepi dari Dapur Tanpa Sempadan, tapi kali ni mencuba resepi dari Damai Qalbu buat kali keduanya. Sebelum ni dah cuba resepi Kacang panjang goreng telur, boleh baca di sini.

Hari ni lebih bersemangat nak masak. Term paper untuk summary IT Report yang due nye esok, dah pun submit awal petang tadi. Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang memberi semangat untuk menulis dan ahli keluarga yang sangat supportive when I feel like an 'empty can'! MERDEKA setelah 2 tahun berhempas pulas nak sudah kan pengajian. Moga lulus dengan cemerlang dan diberi petunjuk what to do next.

Cut short the bebel, jom tengok resepi.

Resepi asal di sini.

Bahan-bahan:
500gm daging | hiris
2-3 biji kentang | dipotong 4
1 labu bawang besar | cincang
7 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 inci halia | ketuk
2 sudu kecil lada putih kisar // letak yang powder je
1 sudu kecil lada hitam kisar
4 cawan air
Kicap pekat* | secukupnya
Kicap manis*
Saus Manis ABC*
Garam
Minyak untuk menumis
Daun sup secukupnya | hiris dan tabur

Cara:
1.Tumiskan bawang besar cincang, halia dan bahan kisar hingga layu kekuningan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
2.Masukkan hirisan daging, kacau rata.
3.Masukkan air, kacau dan tutup kuali dengan tudung periuk.Renehkan dengan api perlahan dan masak agar daging betul2 empuk.Sesekali dikacau alih. Masukkan kentang.
4.Setelah empuk, masukkan kicap manis, kicap pekat, saus manis ABC secukupnya, lada putih kisar dan lada hitam kisar.Biarkan seketika anggaran 5 minit.Sebatikan rasa dengan garam.
5.Matikan api dan hidangkan bersama hirisan daun sup.