Thursday, December 19, 2013

Resepi sotong masak lemak kuning

Semalam masak ni. Adam suka sangat sampai hirup kuah dari pinggan! Whatsapp dekat hubby gambar masak lemak dalam periuk dia kata terliur! Ahahhahaa...

Betul la orang yang pandai masak kata...memasak ni campak2 je dah siap masak. Sekarang baru I faham. Dengan bangga nya nak bagi tahu, I dah pandai masak now. Walaupun bukan taraf chef ke apa but at least boleh nak makan anak beranak. Nak jemput tetamu pun insya allah boleh kot. Cuma tak baper nak cekap. Bab lain tu cekap pulak! hahahahah..

Resepi dapat dari Sajian Dapur Bonda kali ni. Trusted source ok! Refer here the original recipe.

Bahan-bahannya:
10 ekor sotong saiz sederhana – dipotong gegelang //5 ekor je
Kacang buncis – ikut keperluan //ganti kacang panjang
1 biji tomato - dibelah empat //letak setengah biji je
1 biji cili merah – dibelah dua tetapi tidak putus // letak 2 biji
1 biji cili hijau – dibelah dua tetapi tidak putus
2 cawan pati santan (sekiranya guna santan sawit KHALIS, kurangkan kepada 1 cawan sahaja)
Sedikit kunyit serbuk
Garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan ditumis:

2 sudu besar makan minyak
1 labu bawang besar saiz kecil – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 batang serai diketuk
1 inci halia - dihiris

Cara-caranya:
1. Sotong digaul dengan serbuk kunyit dan diketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan serai terlebih dahulu diikuti dengan bawang besar, bawang putih, dan halia. Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
3. Selepas itu masukkan sotong dan kacau selama 1 minit. Kemudian tuangkan santan dan kacau rata lagi. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah sedikit air.
4. Masukkan kacang buncis, buah tomato, cili merah, dan cili hidup. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah cukup rasanya,dan kuah telah mendidih, bolehlah ditutup api.
5. Sedia dihidangkan. Sebagai set pembuka selera bolehlah dihidangkan bersama ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman.



No comments:

Post a Comment

Tell me what you think