Sahabat Yang Baik Adalah Seperti Pelangi, Sulit Untuk Menemukannya Dan Beruntung Untuk Bisa Melihatnya, Itulah Sahabat Yang Baik."... [valentino]
Tetiba je hari ni nak tulis pasal sahabat. Dulu masa sekolah2, belajar Universiti dan baru mula bekerja memang ramai sahabat/kawan/teman. Bila dah kawin masing2 ada keluarga dah berkurang sangat. Tapi sebenarnya, sahabat yang baik itu walau jarang jumpa pun masih lagi boleh click instantly bila time catch up.
5 perkara Saya tahu dia sahabat saya bila:
i- saya rasa senang bila bersama dia, bercakap dengan nya, berkongsi susah senang bersama - contohnya nama dia akan ada dalam list whatsapp recent chats..hehehe.. kadang2 simple greeting "happy sunday" pun jadi lah.
ii- Ada perkara yang kami serasi - contoh nya saya suka henna kuku sebagai pass time, dia pun sama bila stress suka pakai henna!
iii- tak kedekut kalau soal wang atau apa jenis bantuan yang diperlukan- contoh bila pergi keluar makan, kalau saya tak cukup duit dia tak kisah pun tolong tambahkan atau terus belanja!
iv- sentiasa memberi semangat atau support system yang baik - contoh nya jika saya sedang feel down, diorang lah yang akan pom pom saya suruh happy balik!
5 perkara saya tahu dia bukan sahabat yang baik bila:
i- kalau nak bercakap dengan dia kena hati2/cover/berlapik risau nanti salah pengertian sampai dekat orang lain jadi cerita lain - nampak benar bukan 'sahabat' kalau jenis suka jaja cerita dan bawak mulut sana sini
ii-berkira kalau soal wang atau apa jenis bantuan yang diperlukan - contoh nya kalau nak mintak refer assignment, cepat je mengelak! Soal duit pun berkira tak ingat.
iii-penting diri sendiri kalau hal dia, tapi hal kita tak ambil port pun - cerita dia je kena dengar, kalau kita ada problem suruh lend an ear buat deeeekkkk je.
iv-mengajak atau mempengaruhi ke arah keburukan - kalau dia tahu kelemahan kita suka shopping, bukan suruh kita berjimat ke fikir dulu sebelum beli ke. Tapi dia yang lebih2 berkira duit kita suruh spend!
v- perasan best! yang ni memang tak boleh blah la. Kalau berkawan ni satu hala je, memang tak boleh uols. It has to be mutual.
Untuk sahabat/kawan/teman saya di luar sana..thanks for being my friends. I really appreciate your friendship! Love, SupermakWannabe :-)