Showing posts with label cleaner. Show all posts
Showing posts with label cleaner. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Cara menangani kutu beras

Assalamualaikum...

Pasal kutu beras pun jadi blog post. Rasanya masalah kutu beras ni menjadi-jadi semenjak tukar beras basmathi cap Biri Biri. Tapi mungkin juga sebab dah jarang masak sejak tak ada helper (oopss). Dikatakan, kebiasaan penyebab kemunculan kutu beras ialah dari beras yang lama tak digunakan. Ada juga yang kata sebab keadaan lembap.


Part kena selalu masak dan gunakan beras is something that I will have to take action. Heeeee... Other than that, looks like got to try other tips which I got from Blog Ana Ahmad. Mungkin letak cili kering tu kutu beras dalam rumah ni dah immune. Might want to try out with kayu manis atau daun limau purut!

Some other tips being shared seperti berikut:

1. Hilangkan Kutu Beras Dengan Jemur Beras di Tengah Panas
2. Hilangkan Kutu Beras Dengan Cili Kering

3. Hilangkan Kutu Beras Dengan Bawang Putih
4. Hilangkan Kutu Beras Dengan Daun pudina
5. Hilangkan Kutu Beras Dengan Daun Limau Nipis
6. Hilangkan Kutu Beras Dengan Kulit Kayu Manis

note: 1 & 2 not going to try.

Anyone ada tips lain yang bernas?

Tuesday, May 20, 2014

Teddy's Dream fragrance oil my old time favorite

Assalamualaikum...

Siapa yang tak suka bau wangi kan? Dulu masa mengandungkan Adam about 8 years back, I suka pasang lilin wangi..fragrance oil dan seangkatan wangi-wangian. Among the favorite and still the favorite is Teddy's Dream from Lovely Lace.

Few years back harga RM16 sebotol 15ml. Sekarang kalau beli RM18 sebotol 15ml. Well, tak ada barang yg makin murah sekarang ni. If ada pun, trust me mesti quality will be different or the quantity being reduced.


Kalau dolu-dolu nyalakan candle then pakai oil warmer untuk keluarkan wangian semerbak seisi ruang tamu atau bilik. Sekarang I letak few drops of oil masuk dalam air purifier. Don't know how effective the purifier is tapi it works as freshener too since dah letak fragrance oil.



Tell me what's your favorite fragrance oil. Teringin juga nak cuba yang lain.

Wednesday, September 18, 2013

3 langkah mudah membersih microwave tanpa sabun



I selalu pakai microwave untuk tujuan memanaskan atau reheat. Macam-macam la reheat dalam tu daripada lauk pauk, roti, kuah durian, ikan pekasam dan sebagainya. Ada makanan mengeluarkan minyak dan bau menyebabkan microwave perlu dicuci sekali sekala. Dulu bila cuci, rasa kena guna sabun baru bersih segala kotoran degil.

Semenjak jadi surirumah, ada masa nak mengkaji bagaimana cara lain yang lebih efektif dan mesra alam untuk capai objektif microwave bersih berkilau! cewah...Rupa-rupanya banyak entri di luar sana mengenai cara mudah membersih microwave tanpa sabun ni. Ada yang mencadangkan penggunaan cuka dan ada menggunakan lemon. Kelebihan menggunakan cuka atau lemon adalah kerana ianya tidak menggunakan bahan kimia, murah dan mesra alam. Lagipun, kedua-duanya sama efektif menanggalkan kotoran degil serta bahan seperti lemon meninggalkan bau yang wangi.

3 langkah mudah membersih microwave tanpa sabun:
- Potong lemon, perah jus nya dan masukkan dalam mangkuk yang 'microwave safe' berisi air (tapi I pakai limau kasturi je, pun boleh)
- Masukkan mangkuk berisi lemon dan air tadi ke dalam microwave. Jika bekas kecil seperti dalam gambar (mangkuk Ikea), dalam 2-5 minit sudah cukup untuk mengewap kan air lemon tadi.
- Lap, lap dan lap sehingga bersih wap air tadi. Siap!

Selamat Mencuba ya!