Tuesday, February 25, 2014

Selamat Hari Jadi King of My Heart

Assalamualaikum.

Dia bukan jenis suka kejutan, tambahan pula jenis kejutan yang perlu belanja besar sehingga membazir. Tiada perancangan tertentu untuk meraikan hari jadi si dia pada hari itu. Dia pergi kerja seperti biasa, anak-anak juga ke sekolah. Saya pula tiba-tiba mendapat pelawaan untuk 'freelance job' beberapa jam di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dapat sedikit duit untuk berbelanja! Saya terfikir hendak belikan kek ais kerim Baskin Robin, sayangnya tak ada rezeki kerana kesuntukan masa.

Selepas bergegas pulang dan terlewat sedikit mengambil dua orang adik beradik itu, kami tiga beranak singgah ke Giant untuk membeli kek di Secret Recipe. Sudahnya, kami membeli 4 jenis kek yang pelbagai dan minta diberikan beberapa batang lilin. Hmmm, agak okay juga begini. Masing-masing dapat makan kek kesukaan sendiri. Si dia pula memang kurang gemar makan kek. :-)



Selain kek, saya terfikir untuk menyuruh anak-anak saya menyediakan sesuatu untuk Dedi mereka. Sesuatu yang mereka hasilkan sendiri. Kebiasaanya kad hari jadi bukan? Tetapi ada kelainan pada kali ini. Mereka membuat ciptaan dari tanah liat/plastesin untuk diperlihatkan kepada Dedi. Saya suka asalkan mereka dapat dijauhkan sebentar dari permainan berupa gajet. Sekarang memang saya menjalankan kempen #boysnogadgetplz di rumah. Ini adalah salah satu tool yang saya gunakan. Nampaknya ia berhasil. Alhamdulillah.

Si Abang, Adam lebih kreatif dan ada daya cipta. Dia membuat beberapa bentuk haiwan dan bentuk yang berkonsepkan "Animal Zoo". Manakala adik kurang sedikit daya imaginasi, cuba membuat beberapa rantaian tali berwarna warni!

Selepas nyanyi lagu harijadi dan tiup lilin kek, mereka sungguh gembira untuk memberi kejutan (kononnya) pada Dedi - hasil kerjatangan mereka. Tadaaaaaaa...



Segala doa yang baik-baik untuk ketua keluarga kami, imam kami dan pelindung keluarga kami ya Allah. :-)

Monday, February 24, 2014

Asingkan tempat tidur anak - saya telah berjaya!

Assalamualaikum. Hari ni baru saya berkesempatan dan kiranya masa yang sesuai untuk mengisytiharkan bahawa saya telah berjaya mengasingkan tempat tidur anak. Sudah lebih 2 bulan kalau tak salah. Alhamdulillah. Berkat kesabaran, doa dan pelbagai usaha yang dibuat akhirnya membuahkan hasil.

Kira-kira 5 bulan yang lepas, saya ada buat posting mengenai cubaan mengasingkan tempat tidur, boleh baca di sini. Hari ni bila menikmati hasilnya, rasa puas sekali!


Dulu sebelum saya betul-betul berusaha ke arah ini, selalu saya beri alasan dan bertanya pada diri sendiri. "bilik ni kecil, macam mana mereka akan selesa tidur di sini. Tak ada hiasan pulak tu untuk menarik perhatian anak". "kalau nak dihias bilik ni, kena keluar belanja besar juga..". "Susah juga nak kena teman sehingga tertidur baru saya boleh balik ke bilik tidur sendiri - agak menyusahkan". Bermacam persoalan dan perkara yang difikir. Saya sendiri tiada keyakinan, memandang rendah keupayaan diri dan menyalahkan keadaan semasa (bilik kecil, tiada bajet untuk perabot dan sebagainya). Sebenarnya itulah 'roadblock' yang paling BESAR.

Kita sendiri perlu percaya ianya boleh dilakukan! Dengan kapasiti yang ada (ruang bilik, pilihan perabot, perhiasan) dan tidak membebankan mana-mana pihak (jika perlu keluar sedikit modal). Sudah tentu jika kita mampu, kita akan sediakan yang terbaik dan terindah. Cuba ubah fokus untuk memaksimumkan apa yang ada dari menyusahkan diri mengimpikan apa yang tidak mampu. Bukan ruang bilik luas yang diperlukan. Bukan perhiasan indah yang penting. Bukan perabot mahal yang menjamin berjayanya usaha itu.

Saya baru nampak sekarang, 'pengisian' dan keseimbangan di antara elemen tersebut lebih penting. Pengisian yang bagaimana? Nanti saya kongsikan dilain waktu.

Untuk kali ini, saya nak beritahu tentang beberapa perkara yang saya buat dan akhirnya mereka berjaya diasingkan tempat tidur. Di entri yang terdahulu saya telah senaraikan 5 action plan. Ya, kesemuanya saya buat dengan sabar!


Nota: Idrees masih lagi terjaga tengah malam menangis cari saya. Kadang-kadang saya tersedar dia sudah pun berselimut rapat disebelah! Tak mengapa, usaha tangga kejayaan. Insya Allah.

Saturday, February 22, 2014

Mengajar Si Kecil berhemah ketika berbelanja

Waah...bunyinya seperti perkara berat kerana ibu atau bapa sendiri belum tentu boleh berhemah ketika berbelanja. Walaubagaimana pun, pada saya yang penting ada usaha. Jika tunggu sehingga ibu atau bapa itu sendiri sempurna tiada cela sentiasa berhemah ketika berbelanja, mungkin sahaja sampai bila pun tidak akan berlaku perihal untuk mengajar si kecil! What I'm saying, nobody is perfect. So that doesn't mean we can't remind each other to be good and do good. Setuju atau tidak?

Berbalik kepada tajuk. Perkara nampak kecil dan remeh (pada setengah orang) tetapi pada saya impak nya besar. Dulu, saya tiada masa untuk memberi tumpuan pada perkara sebegini. Jika anak merengek mahu ke kedai membeli ais krim atau gula-gula, bergantung pada mood waktu itu. Jika mood saya baik, lantas sahaja menghidupkan enjin kereta ke kedai bersama anak dan biarkan sahaja apa yang mereka mahukan. Janji, balik ke rumah nanti mereka diam dan tidak mengganggu saya lagi. Ya, saya kira itu sebagai 'gangguan'.

Sekarang, saya punya masa kerana sudah menjadi surirumah. Perkara seperti ini, saya pandang serius dan perlu pada approach yang lebih berbentuk pengisian.

Jika Si Kecil mahu ke kedai membeli aiskrim atau gula-gula, saya bersama mereka berjalan kaki ke kedai yang paling hampir dengan rumah. Cuma bawa wang yang mencukupi dan telah dipersetujui akan barang apa yang mahu dibeli. Sepanjang perjalanan barang 5-10 minit, kami akan berbual tentang apa sahaja!

Sampai di kedai jika mereka ubah fikiran untuk membeli barang lain, maka saya minta mereka berbincang sesama sendiri (anak saya 2 orang) untuk memastikan jumlah barang cukup dengan duit yang dibawa. Akan ada masa kita boleh lihat anak-anak bertolak ansur sesama sendiri dan membuat cadangan yang kreatif. Contoh nya apabila setiap seorang diberi RM5. Pada asalnya hanya mahu membeli ais krim dan gula-gula. Tiba-tiba si Abang tukar fikiran mahu membeli keropok kentang yang agak mahal. Si Adik mencadangkan kurangkan bilangan aiskrim, tidak perlu beli gula-gula dan jika perlu kita kongsi duit baki beli keropok kentang yang mahal! Indah betul menyaksikan perbincangan mereka berdua. Saya rasa mereka mempunyai potensi yang lebih dari itu jika dididik dengan betul.

Semoga Allah memberi saya kekuatan dan semangat untuk mendidik anak-anak ini menjadi khalifah suatu hari nanti! Insya Allah.

Note: susahnya nak tulis dalam bahasa malaysia standard.

Friday, February 21, 2014

eSPPSEL Permohonan Murid Tahun 1, 2015

Tahun depan Idrees dah nak masuk Tahun 1. Kena daftar kemasukan mulai sekarang. Dulu Adam pun daftar di Sekolah Kebangsaan, tapi lulus ujian di Sekolah Hira' maka masuk belajar di sana.

Urusan mengisi borang adalah melalui atas talian (online). Boleh layari laman web di sini. Hahhaha, agak formal di situ!

OKay, kisahnya hari ni nak beli setem RM0.60 dan sampul surat size biasa untuk urusan permohonan sekolah. Semalam dah sampai pejabat sekolah pun tapi tak cukup itu ini maka tidak diterima dan diminta datang semula!

Gigih, pagi tadi cari tempat nak photocopy IC encik suami. Bila hantar borang permohonan masuk Tahun 1, kena semak beberapa dokumen penting yang perlu salinan dan yang asal perlu dibawa bersama semasa penghantaran borang. Antara dokumen penting adalah:
- Sijil lahir
- Bil Utiliti (salah satu - Air/Elektrik)
- Kad Pengenalan Ibu & Bapa / Penjaga
- Surat Nikah

Semasa penghantaran borang, sijil lahir perlu dibawa bersama.

Bismillah, kejap lagi petang sikit sebelum pejabat sekolah tutup pukul 4.30 nak singgah hantar.

Thursday, February 20, 2014

Garmin Nuvi 205 sold for RM180


Terjual dalam masa 3 hari! Alhamdulillah. Tak ada masalah semasa proses jual-beli. Pembeli adalah calon kedua setelah abang meniaga pasar malam di Sg Besi tetiba nak mintak nego lagi walhal harga last price telah ditetapkan oleh dia dan dipersetujui bersama. Dengan alasan panjang lebar seperti tak ada warranty, harga baru cuma RM399, map lama tahun 2010, kalau bateri tak bagus perlu diganti dan sebagainya. Nasib baik komunikasi melalui Whatsapp, jadi bila nak balas boleh ambil nafas dulu tak terusan mengamuk di situ! Hahhaha..

Ada terjumpa macam-macam orang bila kita berniaga ni. Tempuhi dengan hati terbuka. Apa-apa pun biar kita jual kita rasa happy dan dia yang membeli pun rasa sama seperti kita. Saya tak sedap hati nak jual kurang dari harga best/last price, maka saya usulkan jika 2 lagi buyer lain tak jadi beli juga maka mungkin rezeki saudara dan saya sanggup negotiate lagi harga.

Nak jual benda kecil pun, saya doa minta pada Allah macam perkara besar. Pada siapa lagi kita nak mengadu dan meminta kan. RM180 untuk surirumah tak bergaji seperti saya ni, besar tu. Alhamdulillah, deal yang kedua dengan abang yang bekerja di Mid Valley tapi tinggal di Seremban selamat sudah pada awal petang tadi. Di waktu hujan renyai-renyai sekitar deret kedai tak jauh dari Domino Pizza. Hmmm..kalau berurusan dengan orang yang tidak dikenali kena lah di tempat awam, terbuka dan ramai orang. Just in case kan.

Lagi satu, segala barang minta dia periksa dan cuba. Contoh charger, holder dan garmin unit itu sendiri. Saya biar dia godek apa yang patut. Kemudian saya minta semula untuk di reset pada factory setting. Seeloknya buat yang itu dulu sebelum jumpa tadi. Tapi saya terlupa langsung. Nasib baik kemudian teringat semula.

Saya jual!

Tuesday, February 11, 2014

Puding Pelangi


Dah lama tak makan puding. Semalam puasa. Selalu bila bulan puasa, buka puasa mesti nak ada dessert. ok lagi bulan puasa ada bazar ramadhan boleh pegi beli je. Maka, disebabkan teringin (tak pregnant pun, bukan mengidam).... cuba la tengok2 resepi puding menarik yang simple2 dan agak2 sedap. Sekali ternampak pulak puding pelangi! Sebab I biasa kalau google suka tengok images. :-)

Dapat resepi dari blogger HaSue. Boleh rujuk dekat sini. Bahan-bahan dan cara pun kita ceduk je!

Bahan-bahan:
13g serbuk agar2
750ml air
200gm gula pasir
80g mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla //tak de ni, ganti dengan daun pandan je
pewarna kuning, hijau, merah, biru (atau apa2 kaler lah)

Cara-cara:
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Pastu tutup api.

Bahagikan adunan kpd beberapa mangkuk ikut berapa warna yang kita nak buat (sama byk).

Masukkan koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , begitu juga dengan adunan dalam mangkuk yang lain nya.

Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).

Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan etc. Ulang buat macam ni sampai semua adunan habis.

Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Tadaaaa! sedap..


Saya Jual! Cavenzi second hand 3 seater sofa sold for RM50


This was the latest item sold today. After a week advertised. Alhamdulillah it went well, dapat buyer yang baik hati dan tak banyak citer. Dengan senang hati I bagi diskaun. :-) I have more space now and additional money, while the buyer happy to get the sofa at a bargain price.

Murah sangat eh? Ada yang mungkin ragu, mesti barang tak elok sangat ni. Tak jugak. Macam sofa ni, kalau tengok advertisement to I specifically mentioned "kusyen sudah menipis", "untuk mereka yang berkebolehan untuk baik pulih sofa"... selalu nya I'd be upfront apa yang tak elok dan jika perlu pembaikan. Kalau rasa nak beli, kena cash on pickup :-)

Ini merupakan sofa kedua yang dijual. The first one only for RM10 and even good deal than this. Read it here. Apa lagi yang nak dijual lepas ni!

Thursday, February 6, 2014

Graco Junior Car Seat sold to Kak Nurul via Mudah



Last piece of item yang terjual sebelum ni was the queen bed with mattress. We all jual just for RM30! Berduyun2 orang call and asked petty questions to my husband. Kesian dia nak kena layan sebab he's busy with meetings. Ada orang yang tanya, besi ke kayu rangka yang nak ganti tu, walhal it was written there katil kayu. Bagi tau Queen size mattress siap tanya 5x5 ke ukuran tilam dan bermacam yang lain. Sampai husband tak larat and bit pissed off nak jawab. You can read the last entry about it here.

Macam tu lah selalunya bila urusan jual beli, my husband yang handle. But this time, I nak cuba handle myself. So, dari buat advertisement, jawab pertanyaan from potential buyers..I handle. Luckily tak ramai yang bertanya, lepas tu semua main hantar SMS/Whatsapp jek. When the time I got the approval email from Mudah, seminit lepas tu terus masuk Whatsapp from a lady. I memang rasa this is it. I'm going to let go to her.

Memang la good experience after all. She's a teacher whom got married early during belajar. So sekarang at the age of 36 dia ada anak umur 13yo. It's a boy. Her husband ada tumor history. She pernah duduk UK and tanah arab. This conversation going on till a week kot. She kept postponing datang area nearby my house to pickup the item. She has to balik kampung ada emergency. She has to settle her 13yo son's punya passpport coz she's sending him belajar tahfiz dekat Mesir under a program with an Ustaz somewhere. The husband picked up her late she couldn't make it to come over. And lots more alasan. Somehow I still positive that she wanted the item it's just belum sampai jodoh nak datang amik.

Since a week past, ada orang lain pun tanya about the item to be fair I got to ask for deposit or something lah. Tanda jadi. In fact it was her suggestion. OK, so I gave her my account number. She paid in full! Hah, now I thought she would in no time sure nak amik the car seat. Tapi tak jugak, sama je....she has to run errands here and there. The boy dah selamat pun pergi Mesir by now. Tak boleh jadi. I tak sedap hati that she already paid tapi barang still with me.

So I told her few days back, kalau ada hari free that we go makan malam some where near Shah Alam then it's good time to meet up so that I boleh bagi dia car seat tu. She setuju. Semalam was the event of kejadian. Finally! I got to meet her in person and hand over the item. Alhamdulillah.

I hope you find it useful sis Nurul. Sold for RM130. What's the next item for sale? Check it out... :-)

Mihun tomyam for dinner today



Ingatkan tak nak masak mulanya, nak tunggu Mr Baws balik then pegi dinner dekat luar sambil nak hantar Graco Car Seat yang buyer ni beli siap dah bayar tapi tak ambil2 lagi. Yes, another item sold via Mudah. Lebih mengujakan, I yang jual sendiri! Selalu I engaged salesman (Mr. Baws). Kali ni berjaya did it myself!

Tapi, kids lapar bila sampai rumah dari sekolah. Kalau nak masak nasi kena lauk dan sayur bagai. Quick thinking, mihun tomyam je lah. Barang ada yang tak cukup sebenarnya...tak pe lah tak significant sangat sebab kids don't appreciate vege anyways. Yang penting bahan asas ada.

Resepi dari Dapur Tanpa Sempadan :-)

BAHAN-BAHAN
1/4 ekor ayam, potong kecil, cuci bersih dan toskan
10 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 batang serai, dititik
1 inci halia, hiris
1/2 inci lengkuas, dititik
2 akar pokok ketumbar, cuci bersih dan diketuk //tak letak
10 biji cili padi merah thai, diketuk
3 helai daun limau purut
2 sudu besar pes tomyam
1 kiub ayam (optional)
Sos ikan secukupnya //ganti dengan kicap sotong
Sedikit gula
Sedikit serbuk lada hitam
2 - 3 biji limau kasturi, perah jusnya
Air secukupnya (2 liter)

BAHAN-BAHAN SAYUR
Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
1 biji tomato, belah 6
10 tangkai sweet pea // tak letak
1/2 batang lobak merah, kupas belah 2 dan hiris serong
10 kuntum cendawan butang, belah 2 // tak letak
1 biji bawang besar, belah 6
1 batang saleri, potong kecil //tak letak

CARA MEMBUATNYA
Masukkan pes tomyam, serai, bawang besar, lengkuas, halia, akar ketumbar dan air ke dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau rata.
Tambah ayam, cili padi dan daun limau purut.
Masak hingga ayam empuk.
Tambah lobak merah, bunga kobis dan cendawan.
Tambah kiub ayam jika guna.
Masukkan lada hitam, udang dan sweet pea dan saleri.
Kacau rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula.
Masak dengan api perlahan.
Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, tambah jus limau kasturi secukupnya, terpulang kemasaman yang anda inginkan. Hidangkan panas dengan hirisan daun ketumbar..

Buah melaka bukan dimakan bila bulan puasa je



I made this for hubs today. This is his favorite. Alahai, suka nya dia. So funny that I made this for supper, bukan nya minum petang! Hahahhaha..I have good intention. Today, is my pay day from hubs (the baws). So macam nak say thank you jugak la. ;-)

Earlier today after sending Idrees to school, I went to CyberSecurity Malaysia to meet old friends. Bumped into few good friends. Oh, miss working life kejap. Balik after picked up the kids sampai rumah dah about 5ish pm. So memang tak sempat nak buat buah melaka ni. Itu yang KIV till little later. I cook mihun tomyam for dinner (that's on separate entry).

Resepi belasah sendiri after cedok from few references.

Bahan-bahan
Doh
1 cwn tepung pulut
sedikit garam
2 titik pewarna hijau
1/4 cawan air
2 helai daun pandan

Inti
Gula melaka potong kecil (agak2 la berapa banyak perlu)

Dressing
kelapa parut secukupnya di campur garam sikit

Cara
Air dan daun pandan di kisar. Tapiskan.
Campurkan tepung pulut dan garam dalam bekas
Masukkan pewarna, air sedikit demi sedikit
Uli hingga boleh dibentuk (menjadi doh)
Ambil adunan dan buatkan bulat2 kecil, leperkan dan letak inti gula melaka didalamya.
Tutup dan bentukkan bulat.
Didihkan air dalam periuk.
Masukkan buah melaka ke dlm air.
Biarkan terapung baru angkat dan tapis sekejap.
Kemudian golekkan dalam kelapa parut untuk dressing.

Monday, February 3, 2014

Perkongsian tentang Seminar Mendorong anak berpandukan Sirah


Pada 25hb Januari yang lepas, for the first time of the year...in fact pertama kali sejak menjadi parents, kami pergi ke majlis ilmu dalam usaha nak menambah ilmu keibubapaan.

Ada seperkara I'd like to mention sebelum pergi lebih lanjut. If I were asked this question, "apakah ciri-ciri seminar keibubapaan yang anda cari dan sanggup untuk mendaftar?"
1- topik ; topic of interest yang kita boleh relate dan rasa sesuai
2- lokasi ; tak boleh jauh sangat dari tempat tinggal
3- bayaran ; percuma dan berbayar pun ok tapi has to be reasonable. Reasonable ni subjective bila kita consider location, duration dan topic tu worthwhile ke tidak.
4- speaker; prefer pada speaker yang lebih credible dan berpengalaman. Bagaimana untuk menjadi parenting coach walhal dia anak dara atau teruna. Ilmu teori tak sama dengan hands on atau personal experience. I even ask for speaker biodata, testimonials and search around about the speaker sebelum buat keputusan
5- Masa ; tarikh dan masa seminar berlangsung juga memainkan peranan. I can only go during weekend. If possible not too long the seminar, if classes understood memang take more time. Tapi seminar should be max 2-3 hours.

note: item di atas tidak menurut turutan.


Seminar ni anjuran ABS (Ainon Business School), pada hari Sabtu 25hb Januari. Pukul 10 pagi hingga 12 tengahari, bertempat di ITQAN Professional Training Centre Putra Heights. Bayaran masuk RM60 seorang, jika berdua RM100 sahaja.
Speaker Tuan Zusuff Kan.

Registration not so bad, quite responsive. Lagi bagus kalau ada reminder dalam bentuk SMS/call/email sehari sebelum hari seminar tu. Perlu diberi pujian sebab ada initiative untuk contact participant pada hari kejadian. Tak ramai sangat yang hadir. Kurang 10 orang. Tuan Zusuff conducted the seminar in such a way he would read a hadis, lepas tu kupaskan dalam konteks parenting dan bagi contoh.

Ok let me share some of the points deemed useful to me.

1. Tutup mata atas kesalahan si anak. Sebaliknya, puji kebaikan secara terbuka dan serta merta.
My own example: Jika anak tumpah kan nasi ketika mengangkat pinggan untuk di bawa ke dapur.

Instead of marah sebab nasi tumpah. Puji anak rajin menolong angkat pinggan ke dapur, jika boleh biar anak yang lain juga dengar akan pujian itu. Perlu ditekankan pujian ke atas perbuatan yang baik dan tidak umum kepada diri nya (dia handsome, dia bijak and etc). Pujian itu dengan harapan kali berikutnya dia akan perbaiki dari terjadi kesalahan.

Jangan buat post mortem. Tetapi buat pre-mortem. Maksud nya, when your kid does a mistake jangan sibuk tanya kenapa buat macam ni. kenapa jadi macam ni. kenapa tak fikir dulu this and that. Buat pre-mortem. Sebelum your kids commit the mistake, remind them, make them informed with possible risk. Kalau senario tadi tu, bila nampak anak nak angkat pinggan ke dapur mungkin kita boleh ingatkan dia angkat pinggan elok-elok nanti nasi tu boleh tertumpah. Bila tumpah tempat yang nampak boleh lap balik tapi kalau tak nampak nanti ada semut, lipas. Tentu adik pun tak suka macam tu kan. haaa, something like that. Jadi, dia lebih faham impact dari nasi tertumpah tu.


2.Apabila cuba menghalang, gunakan ayat "Jangan lah"
Dan apabila 2 orang anak bergaduh, menangkan both sides, highlight the quality of each.
My own example: Adam kata adik tumbuk dia dulu. Adik kata Adam sepak dia dulu.
Daripada cuba jadi pengadil cari kesalahan siapa dan menangkan salah seorang. Menangkan 2-2. Bagi tahu Adik, jangan tumbuk Adam. Nanti Adam sakit, siapa nak main, tengok Avatar, belikan nuggets untuk adik balik sekolah nanti. Bagi tahu Adam, jangan sepak adik. Nanti kalau adik cedera, Adam tidur sendirian dalam bilik, main bola seorang diri, tak ada orang nak layan tengok 'creation' Adam yang hebat tu!
Dengan cara tu, diharap dapat melahirkan rasa hormat menghormati sesama mereka sebab masing2 berkepentingan untuk sama lain.


3. Beri ganjaran sosial atau material.
Ganjaran sosial ni seperti pujian, gelaran. Kalau material seperti pemberian bentuk barangan yang tangible.

My own example: Panggilan pada adik bila nak dorong dia solat isya' sebelum tidur. "Come Adik sayang anak mami yang soleh dan rajin solat isya' 4 rakaat!" Kalau rajin buat homework ke, boleh bagi 5 bintang kalau betul semua. Bukan MaharajaLawak Mega je ada bintang bintang okeh!

Harap-harap boleh cuba prektik la kat rumah. Tak guna bayar duit, luang masa, catit nota dekat seminar, balik rumah siap update kat blog... tapi esok lusa sama je. tak ubah apa2 atau merubah apa2 pun. Kita ni kan, kalau buat sesuatu sekali je rasanya tak boleh nak bangga lagi. Ini bukan soal kita buat atau tidak. Tapi kita amal atau tidak. Bila amal maksud nya perbuatan tu berpanjangan bukan bersifat one-off. Ya Allah, moga aku dan suami dikurniakan kesabaran dalam hal mendidik anak-anak. Moga mereka dapat menjadi Khalifah yang berguna. Berbakti pada keluarga dan agama. Amin.


Saturday, February 1, 2014

Cerita 4 semester pengajian Masters


Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah. Dengan ini....... I dah habis belajar! Harap result semester akhir ni memberangsangkan. Sepanjang 2 tahun belajar di UiTM Shah Alam, I got to learn more than just Masters in Information Technology. Mana mungkin dapat diulang atau dibeli pengalaman sebegini. Ada yang pahit..banyak yang manis :-)

Dikelilingi classmates yang jauh lebih muda yang rata 5-8 tahun lebih muda. Ada few sahaja yang kategori 30an dan lebih. Masa mula mendaftar dulu, rasa tercabar jugak. At the same time rasa bangga bila tengok ramai anak muda bangsa kita sanggup sambung belajar separuh masa untuk memajukan diri.

Semester 1
I don't have friends or stay in a group masa awal semester. Dari kecik..sampai la sekarang ni, I don't really good in making first contact and getting new friends. Cuak juga awal2 dulu. Especially part group work. Seriau dapat group mate yang half past six sebab I ni konon perfectionist. Alhamdulillah it went alright. For the first time dalam sejarah hidup I scored 4.0 Rasa berbaloi belajar teruk-teruk till late nights, berhempas pulas buat assignments and all. Bersyukur sangat dapat support from husband, kids and the family. Berkat doa semua jugak agaknya. I feel good walau busy gila tapi sempat juggle all plus working life.

Semester 2
Abah dah mula sakit masa ni. I had the very bad news by then - brain tumor critical stage. Soon abah started to go for treatment. I was still working as pre-sales consultant, started to like the hectic life as Masters student. For 3 subjects I enrolled, the group work semua I was elected as the Project Manager. Yes, they trusted me. At least that was I thought. Day time busy with field work as pre-sales consultant (which I really love - even till now), night time sometimes coaching the kids with homework while doing my own homework and attending online meetings. When abah started his treatment, I had to commute to HUKM paid him a visit too. Memang terkejar sana sini.

I thought I have given my best, in fact that was the semester when I went all out for my studies despite sedih dengan keadaan abah - kata Project Manager. I had the biggest shock of my life and feel betrayed when I got the result. Luluh. Drama la sangat masa tu. The person (also agreed by other group mate) yang back riding, didn't turn up for meeting with various domestic reasons got an A. I was just merely B+. The coordinator wasn't helpful at all. Siap threaten I would be degraded kalau report and asked for remarks. The climax was when I went to meet the lecturer - she said nothing's wrong with my carry marks. She said something interpreted like this "Kalau you dapat semua yang you nak, maybe you akan less bersyukur, ingat pada allah". "Kenapa you tamak, sanggup jadi PM for all subjects?" dan macam2 lagi sentimen yang dikaitkan dengan agama/spiritual. That she gave me marks pun because she already doa upon Allah, and that's what she supposed to give to me. bla bla bla. Ya Allah, dugaan kan. I tak pergi mengadu awal2 someone is back riding in the group. And yet I was being punished. Hati ini masih terkesan walaupun I want to let go the feeling and forgive. Lesson learned, when working in a group, if repeatedly someone is not working together - tell upfront including your lecturer. Don't cover up. Don't give face lah konon. Sebab you don't know that it will bite you!! On happy note, I knew who I can call friend and who is totally not a friend.

Semester 3
Still felt the stinging from bad result and being betrayed from last semester. Now, I got to accept the fact I could no longer grad pakai special robe, sebab dah tak dean's list lagi last semester. It really crashes one of my dreams. Somehow I kena bangun dari rasa kelam itu! Abah makin parah. Had to take him home and surround him with happiness. Not much hope that we have as told by the doctor. From time to time, kami balik kampung tengok abah. Sedih he makin susut, kurus dan tak kenal orang. I knew he would be proud if I continue what I love and good at. Habiskan study ni, focus!

I didn't stress myself poyo nak jadi project manager anymore though request to masih ada. I learned to let go certain things, for not wanting mendapat sakit hati kemudian hari. I minimized group work if possible and involve with friends whom I know them personally and know for sure we get along to do work together. Tapi ada jugak dapat group mate yang pelik. Though it's not really hard thing sebab I dah belajar untuk lebih terbuka.

Allah menguji hamba nya yang di sayang. Ye kan? Kali ni dapat group mate yang rasa dia above everyone else. Sebab dia pegawai kelas tinggi kerajaan. Back at work, dia Puan Besar yang disegani dan berkuasa. She corrected a lot of things of other people. So bossy she was. Even unnecessary things she stood to correct and wanted us to do her way. Yang mana boleh ikut, I ikut. But I made it to the point and before end of the final class inform the lecturer about the domestic issues in our group. Not to finger pointing, but conveyed the right message that we too contributed to the group.

Anyway, I got 4.0 for the second time. Syukur alhamdulillah. Getting good grades really made me feel, at least for awhile.

Work life, really stressing. With more field work and outstations. Boss no tolerating, and the people around not supporting. I was at the junction.

Semester 4
"kau pergi jua". Abah left us coming to half of the semester. Sangat sedih. Belajar pulak, the two subjects plus thesis that I took, sangat mengujakan. Subject Entrepreneurship jadi favourite immediately. Assignment yang mengajar untuk memahami business models dan business model canvas, seminar dan sebagainya sangat berguna (walaupun tak tahu bila nak apply). Thesis, I fell in love writing it and immerse into the topic of IT ethics. Walaupun lots of reading and interviews and questionnaires and meetings with supervisor need to be fulfilled... Tapi hasilnya , great!

I quit my job that I love right after Aidilfitri. My then helper ran away. The thing that I was most afraid of. Tapi itu juga yang ditentukan Allah. Sekali lagi I was tested. Got a replacement who stayed for a month. Then, the agent too ran away. We lost thousands. Malas nak cerita bab amik helper ni. Naik phobia.

I coped without helper. Manage kids, house and study (and husband too - ahaks). At times rasa really tired and almost gave up, tapi boleh ke a wife or mommy resign? Lol. Got to move on. Jalan terus kan?

Thesis pun ada challenges when the first round of questionnaire was a scrap. Not measurable according to statistician. The statistician (referred by husband's friend) then backed out! Alhamdulillah another friend ada contact to professional stats. So upah lah dia for RM300 to do the magic stuffs. Read and read and read of berpuluh journals sampai rasa mual dan tepu. Baru ada bayangan nak speed up. Masa tu got to draft the questionnaire for 2nd time and launched it. Praise to Allah I was blessed with helpful friends around and ya my cousin infact my husband too, to help in getting respondents.

Groupwork? Mesti ada cerita. This time around with Gen Y. Yes, they do work, think, take responsibility, talk, personality and every other things are slightly differs from us Gen X. Kalau tak percaya sila lah google. Not to say bad thing about them. But the quality is different. They might be intelligent than us in certain ways but..... to me it has to be in overall pandai. You need to have adab and respect other people too. And that includes other people time and etc. Sebagai pesanan penaja, when you work with Gen Y you kena firm. Don't let them over powering you. They need to learn to respect and be more responsible. Kita yang ada anak and husband pun boleh bagi commitment, why can't them yang single? It's not an excuse if they used to work last minute or they are busy with "things".

Now, it's all done. I'm so happy tak terkata. Thanks to everyone. Here goes my acknowledgement :-)

Praise only to Allah for giving me strength, perseverance and good health to complete this research within the stipulated time frame. Though this thesis is an individual work, I could never have reached the heights or explored the depths without the help, support, guidance and efforts from a lot of people around me.

Thanks are best when concrete therefore I would like to specifically describe the thanks for. Firstly, I would like to thank none other than my supervisor Encik Azhar Abd Aziz who helped me since day one when I felt and looked like one who was groping in the dark. So dark it was that he had to patiently guide me on all sorts of questions, lent me five thick books and hooked me with the statistics expert. Secondly the key people whom I cannot specify their individual names here, thank you for allowing me to reach to the ‘resources’ in your organizations (twice). I could not thank them enough. A very special thank you to my friend Zarina for the support she lent me through the years and the thought that ‘demo mesti boleh’.

My heartfelt thank you to my other half, Izznan AJ and the two prince (Adam and Idrees) who through thick and thin patiently waited that one day I could finish this study and we can together take a break somewhere having real good time. Not forgotten thank you to my mother for all the prayers and my late father whom will be so proud that his only daughter about to graduate.
Finally, to everyone else whom directly or indirectly has helped me in this research project, sincerely thanks.