Sunday, October 20, 2013

Mee Rebus Johor Power

mee rebus

Untuk bulan Oktober ni, dah dua kali buat Mee Rebus Johor. Adam dan Idrees memang suka! Mereka yang request I masak ni tapi sengaja tunggu hari cuti baru nak buat. Maka I pun tunaikan janji semalam.

Resepi ni I dapat dari blogger sis Azlita. Tapi rasanya dia pun review resepi Chef Riz untuk rancangan masakan Sajian Kontemporari. Boleh rujuk di sini. Kalau tengok gambar-gambar dekat blog sis Azlita ni masya Allah memang berseni lah! Gambar cantik, masakan pun nampak sedap betul! Bila lah nak sampai tahap cam gitu. Hehehhe..


Bahan-Bahan
300 gm daging kisar atau udang segar //I guna daging biasa je potong nipis
1/2 cawan udang kering ~ disangai dan kisar halus
5 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah jika suka pedas
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar // tak letak pun
1 kiub pati daging
250 gm keledek oren // direbus dan di blend
1/2 air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula Melaka
air secukupnya
minyak untuk menumis

2 batang serai ~ dititik
8 kuntum bunga lawang //letak sikit je dalam 3 kuntum sebab King Nan tak suka

Bahan Kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc halia
3/4 inc lengkuas
1 biji buah keras //tak letak pun
Sedikit air

Penyediannya
Mula-mula kita rebus keledek hingga empuk. Kemudian keledek itu dilenyek ~ ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk
Masukkan bunga lawang dan serai yang dititik.
Apabila naik harum masukkan bahan kisar dan tumis
Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga garing dan berbau harum
Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar halus dan tumis semula hingga sebati.
Masukkan daging, kacau sebentar hingga daging hampir empuk ~ tambah air jika kuah terlalu kering.
Selepas itu masukkan rempah kari dan serbuk ketumbar kacau rata.
Masukkan air secukupnya ~ kuantiti air bergantung kepada kepekatan kuah
Bila kuah dah mendidih masukkan kiub daging dan biarkan mendidih semula.
Akhir sekali masukkan keledek yang telah dilenyek, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Didihkan semula kuah seningga kuah sedikit pekat
Setelah serasi rasanya boleh lah dihidangkan.

Mee rebus kebiasannya di makan bersama
Mee kuning ~ yang dicelur
Taugeh ~ juga dicelur
Tauhu digoreng dan dipotong dadu
Telur rebus
Limau kasturi
Daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
Cili merah dan cili hijau yang dihiris halus
Bawang goreng
Dan tepung goreng rangup

Selamat Mencuba!


Saturday, October 19, 2013

Guest Speaker for the upcoming event organized by our class

ofisgate
We will be organizing an event of our own tentatively on Saturday, 30th November at Dewan Al-Ghazali (DAG) of UiTM Shah Alam. Will put up the flyers once it is ready. More information to come but this particular post is to introduce the invited guest speaker.

We are honored to have CEO of Ofisgate Sdn Bhd to speak for our event. As most of us may already know, Ofisgate is one of the big name in the local IT industry focuses in providing Testing, Auditing, Troubleshooting, Benchmarking and Training Services on Network Infrastructure. In 10 years since it was established in April 2003, Ofisgate has remarkably grown with clients based range from government agencies, telcos, education and enterprises.

We are very much looking forward to learn from the speaker putting all three factors of creative, innovative and entrepreneurship into action and how we can make it big in whatever business we are going to venture. It is going to be very informative sharing and great eye opener for us.

Topping up to the speaker portfolio and the achievement, Ofisgate Sdn Bhd is currently listed as one of "Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi" under category Systems Integration & Networking of Dana TERAS by TERAJU. Kudos to Ofisgate!

Hopefully everyone will benefit from this event.

B-Daman toy then Hot & Roll Pizza Beef Savory Crispy

bidaman
Idrees masih dalam mood "ini birthday adik". Dia tak faham that because Atuk just passed away so we couldn't throw him a birthday bash. He actually tried sebab dia cakap dengan I that "Oooh, mami sedih atok rosli dah meninggal. Tak pe, tak payah beli hadiah mami cuma pelok2 cium2 je". Ohh sweet of him. Sekejap je, bila datang mood "ini birthday adik" mula lah menyanyi nak cake, nak hadiah itu ini.

Hari Jumaat malam since Dedi balik awal, kids so happy sebab berangan nak pegi beli B-Daman Crossfire toy. Some say don't be your child's best friend. It's ineffective. Instead be the best parent. Some school of taught however saying the opposite promoting parents to be the child's best friend. My take is in certain situation, level down, be your child's best friend. Bukan kah Islam juga menggalakkan ibu bapa mendidik dengan cara berkawan. Bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

Sebab dengar pendapat mereka nak beli toy tapi murah pun tak pe, teringin nak makan Hot&Roll after long time tak keluar for snacking, so off we went to grant their wishes. Masya Allah kids were so happy! Me and King Nan pun happy tengok diorang happy. Belilah B-Daman Crossfire cap ayam dekat kedai runcit then pegi makan Hot & Roll dekat Plaza Shah Alam.


Mami kalau datang sini, jumpa MBG mesti teringin fresh fruit juice. Sedap! I had Juice of the day Apple + Mango. The staff siap suruh rasa dulu if tak sedap he will make another one. Really abide to the mission -TOTAL Customer Satisfaction Services. Bravo! Oh ya, MBG Pure Fresh Fruits Juice contains No Ice, No Water and No Artifical Flavor Added. :-)


Bagaimana hari Jumaat anda? Till then!