Monday, June 30, 2014

Resepi kari sardin

Assalamualaikum...

Entri pasal resepi lagi. Sebenarnya I menyahut cabaran buat diri sendiri "30 hari memasak sempena Ramadhan". Itu lah...dapat masak simple-simple pun dah ok. Kari Sardin ni simple la jugak kot. Makan dengan nasi putih, lepas tu I buat tomato salad. Itu je. Hahhaha...nampak sangat skill terhad. :/


Resepi ikut Che Mat Gebu dari blog Dapur Tanpa Sempadan.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (sebarang jenama), ambik isinya dan 3 camca besar sos
2 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap satu, rendam //1 biji kentang
1 biji tomato, belah 6 (mat guna 10 biji tomato ceri)
1 keping asam gelugor
1 cawan santan //1/2 cawan je
Air secukupnya
2 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah Baba's)
1 biji cili hijau, belah 2 //tak letak
1 biji cili merah, belah 2
1 camca teh halba campur
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 1/2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau sebati dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
4. Tambah rempah kari + bahan kisar halus tadi.
5. Terus menumis hingga rempah garing, gunakan api sederhana.
6. Masukkan kentang (toskan), gaul rata dan tuang air secukupnya.
7. Kacau dan biar mendidih hingga kentang 3/4 empuk.
8. Masukkan ikan sardine dan sosnya, asam gelugor dan kacau perlahan2. Biar mendidih sekejap.
9. Tuang santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
10. Bila mendidih, tambah cili merah/hijau belah dan tomato. Masak hingga kentang empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Sunday, June 29, 2014

Resepi Masak lemak udang

Assalamualaikum...

Macam mana hari pertama puasa? Alhamdulillah hari ni cuaca sangat baik, tidak terlalu panas dan agak sedikit mendung. Tadi turun hujan seketika.

Nak masak apa ye hari ni? Kalau sedang mencari idea, boleh cuba masakan ni. Mudah dan sedap. Anak I memang suka kuah masak lemak. Ini merupakan salah satu menu wajib.


Dah beberapa kali cuba resepi ni dan menjadi. I got it from sis Azie dari blog Azie Kitchen. Sebenarnya dia buat masak lemak udang dengan nenas, sebab tak ada nenas atau kacang panjang therefore mine udang semata-mata.

Bahan bahan:
1 kg udang //pakai udang size L, dalam 12 ekor
2 biji bawang besar
6 biji cili padi //5 biji takut pedas
1/2 inci kunyit hidup
1 biji cili merah - hiris
1 batang serai - ketuk
1/2 biji nenas //tak letak
Santan secukupnya
1 asam keping (jika belum cukup masam) - tak letak //tak letak jugak
Gula
Garam

Cara cara:
Kisar bawang besar, cili padi dan kunyit hidup.
Masakkan santan dengan nenas dan bahan kisar sehingga mendidih.
Masukkan serai.
Masukkan udang, cili merah, bawang besar dihiris dan garam secukupnya.
Sesuaikan rasa.
Angkat kerana jangan masak udang lama, nanti ia menjadi keras.

Selamat mencuba. Boleh makan lauk ni dengan nasi putih, ikan/telur masin dan sambal belacan.

Saturday, June 28, 2014

Resepi Penkek / Lempeng Milo

Assalamualaikum...

Sempat lagi nak update entri pasal sarapan pagi. Esok dah tak boleh :-)
Rupanyaaaaa senang betul nak buat lempeng atau penkek ni. Jangan senyum kambing baca statement I okay. I just started to learn cooking. Give me some face bak kata orang... heeeeee


Tadaaaaaa... sedap untuk mereka yang suka coklat/milo. Adam anak sulung I tak berapa gemar coklat, jadi dia tengok warna macam gini dah komen. "hangus ke mami? Kalau coklat tak suka"

Alahai anak. Sorry ye sayang Mami sukaaaa coklat. Mami makan sendiri je lah. :p

Google tengok resepi dan presentation orang lain, ada ramai adik-adik lelaki pun pandai buat penkek rupanya. Malu makcik!! Of all resepi, I berkenan resepi adik Ikhwan Suhaimi dari blog Bacajer. Tapi resepi dia tak ada sukatan. Jadi kena agak-agak ikut dalam gambar.

Okay apa bahan yang diperlukan?

Bahan-Bahan
Tepung gandum //1 cawan
Milo //2 paket 3in1
Susu cair/segar *
Susu pekat *
Gula //tak pakai pun
Telur //sebijik

* bahan yang main agak-agak tengok texture bancuhan


Cara-cara
1. Campurkan tepung dan milo
2. Masukkan susu cair sampai (sikit-sikit) adunan menjadi likat
3. Bila dah likat masukkan susu pekat manis (rasa sikit nak agak kemanisan yang digemari)
4. Masukkan sebiji telur dan kacau hingga sebati
5. Kalau adunan agak likat masukkan air suam sedikit
6. Boleh siap gorenng dalam kuali atau non stick pan. Pakai api sederhana/perlahan, minyak jangan banyak sangat.
7. Bila nampak gelembung/berlubang2 atas penkek tu boleh la dibalikkan sebelah yang lain. Biarkan sekejap sebelum di angkat.