Friday, July 25, 2014

Balik Kampung! Oho ho balik kampung...

Photo credit: http://u.uumalaysia.com/

Assalamualaikum...

Dah tengah siap2 ni. Last call dah kalau ada barang apa lagi yang belum load into the car boot. Phew!

I am sure ada kawan-kawan yang dah sampai di kampung halaman pun. Most of us mungkin balik hari ni. Kepada yang nak mulakan perjalanan....few things to check especially kalau balik lama lebih 3 hari...


+pastikan dah tutup semua suis yang berkenan (e.g. aircond, water dispenser, Unifi and etc) Errr..jangan pulak tutup suis peti ais ya!
+tinggal kan satu lampu menyala. Tak kisah lah yang dekat luar ke dalam. Sebabnya nanti bila balik..kalau sampai waktu malam tak ada lah gelap sangat!
+paip air jangan lupa matikan
+gas pun lebih elok kalau tutup
+kain dipenyidai bawah porch pun elok lah angkat dulu
+buang sampah especially sampah basah
+dalam fridge kalau ada buah,sayuran atau makanan yang akan rosak elok lah bawak sekali balik kampung..
+kalau ada tanaman, sirap (update: siram lahhh...puasa sangat!) dulu... boleh juga sediakan botol berisi air yang ditebuk lubang kemudian letakkan ditepi pasu/pokok (thank you kazen for the tips)
+kalau ada binatang peliharaan..jangan lupa! Nak bawa balik atau tidak...sediakan makanan dan minuman secukup nya...
+singgah di balai polis berhampiran untuk beritahu polis kita nak balik kampung. Haaa nanti abang polis yang baik hati dan bertanggungjawab menjaga keselamatan..akan datang buat rondaan kat rumah kita dan masukkan slip lawatan dalam post box.

Ada lagi ke yang terlupa?

Apa-apa pun..drive safe everyone. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Thursday, July 24, 2014

Resepi Kek Pisang (guna pemanggang ajaib)


Assalamualaikum..

Nak raya dah ni kan. Rasa bersalah pulak semua cookies beli je. Nak buat sendiri ada kekangan. Tak ada oven nak bakar. Boleh ke pakai pemanggang ajaib? Macam tak banyak reference. Nak berani mati cuba....tak sanggup.

Mak suruh si Hanis belikan kek pisang raya nanti... Haaa nak buat kek pisang la! Niat dihati tak la sampai nak kata "Hanis, cancel la beli kek pisang kat Ipoh. No worries I manage (I buat kek pisang)"..... Tu namanya cari pasal! Kekekkeke..

Tapi nak buat kek pisang jugak...tengok resepi simple je. Cannot be lah sampai buang tong sampah kan. Mesti boleh telan jugak.

OK jom tengok resepi. Buat cross reference dengan beberapa blog resepi ni...antaranya Qaseh Honey, Dapur Kak Jee dan After 5.30pm

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3 biji pisang //5 biji pisang berangan
1/2 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit esen vanila
* I tambah 1 sudu kecil air limau nipis dan almond flakes (suka hati je)

Cara-cara:

1. Ayak tepung tepung bersama soda dan baking powder.
2. Campurkan telur, gula, pisang dan esen...pakai mixer senang
3. lepas tu masukkan tepung tadi dan akhir sekali masuk kan minyak masak.
4. Masukkan dalam pemanggang ajaib, bakar selama 10 minit tanpa tutup penutup pemanggang tu
5. Kemudian selepas 10 minit tutup penutup dan bakar lagi 10 minit atau sehingga masak
6. Terbalik kan pan, tambah la dalam 8-10 minit // ada lah lagi 20 mins kot...make sure check selalu
Note: Api dapur gas tu buka yang paling kecil

Hasilnya? Tak cukup manis lah. Lain kali pakai pisang emas kot yang dah masak ranum. I pakai pisang berangan... huhuhuhu.pastu tak adjust plak paras gula. Texture not bad. Tak moist. Sedang-sedang aja.

Tuesday, July 22, 2014

Royale Chulan ramadhan buffet 2014 - buka puasa dengan kawan-kawan MCC


Assalamualaikum...

Hai berapa hari dah tak update blog. Entah kenapa kurang motivasi nak menulis. Mungkin juga sibuk sedikit banyak...siapkan proposal utk PhD application. Alhamdulillah. Settled dan dah submit pun. Soon after dapat SMS mengatakan permohonan anda diterima! Yay bulan September ni I'll be starting my PhD journey. Eeeeiiiiii...macam mimpi je rasa...

OK balik pasal buka puasa ni...

Seronok sangat dapat jugak jumpa dan buka puasa sama-sama...mereka ni kawan-kawan dekat MCC, Kuantan dulu...some 17 years ago. Ohhhh I feel old. ngeh ngeh. Missed those days!! Yang dapat datang...Nadia, Lala, Tono and Rono. My memories about them stuck at those days. Tengok diorang sama je..tak berubah sangat pun.

But now...Rono dah jadi chief of lace penjual prada lace yang berjaya (FB page here) with close to 20k likes on her page. Nadia works at Media Prima sambil bisnes kuih raya dan designer bags from US. Hebat-hebat bisnes diorang ni. Lala works in a bank (woh, banyak bonus ok) and Tono.... she is super IT lady works in MNC company who soon going to venture into dress making. Wowowoowow... and me???

OK balik pasal buka puasa dekat Royale Chulan ni...

Kalau ada yang nak pergi tahun depan ke...this year macam dah tak sempat ye...here the address and contact info.

Warisan Café, The Royale Chulan Kuala Lumpur, The Royale Chulan Hotel,
No. 5, Jalan Conlay Kuala Lumpur 50450 Tel: 03-2688 9688 ext 611

Kalau tak salah harga buffet RM130 per person.
But we got some special arrangement..dapat half price..and best of all kids eat free!
Semoga murah rezeki lah Tono and her relative for the arrangement.


Masa datang nak masuk ke Cafe...ada separate counter for Groupon. Wow, mesti good deal juga.

Ramaiiiiii nya. Full house. Macam-macam orang ada. 1Malaysia..really.

The food....hmmmm tok sah cakap lah..tak pernah tengok semewah-mewah makanan bulan puasa ni... Ya, first time our family eating out for break fasting. Selalu dekat rumah. Tak lah sampai membazir. Iniiiii..masya allah. MACAM-MACAM ada.

From dessert, segala macam nasi dan lauk pauk, bubur, laksa, mee, kue tiau...ada kambing golek..you name it..ada kot kat situ. I didn't bother to make a complete round. Perut pun bukan lah besar sangat nak melantak semua benda.

Sedap food dia...tak failed lah.
Bubur lambuk sedap.
Dessert sedap.
Ice cream sedap (sebab ada macam-macam pilihan toppings!)
Ketam sambal petai sedap
Sate sedap jugak

Banyak tu je makan hari tu. Tak padan bayar buffet. Memang bukan kaki buffet pun.

For sure we had gooooooood chat and lots of catching up. :-)




Korang ada pergi buffet tak buka puasa tahun ni?