Tuesday, December 22, 2015
Pantai Klebang, Melaka
Assalamualaikum & Hi,
Bulan November hari tu lepas dapat result final exam budak-budak and hubby felt relieved sebab lulus assignment paper dia, kami pergi Melaka. Tidur semalam di sana. Kali ni tak pergi jalan-jalan kawasan town. But we spent the day at Pantai Klebang area. Ada pantai, kawasan macam padang pasir dan muzium kapal selam.
Kalau ada yang inginkan quick getaway bersama anak-anak, murah dan tak jauh sangat dari KL..... Melaka lah jawapan nya!
Jangan lupa cuba cendol bakar dan juga coconut shake! Original Klebang coconut shake yang dekat dgn futsal arena, sebelah dia ada petrol pam. Hari tu kami makan yang tak original dekat deretan Bustel tu. Jadilah...rezeki.
Friday, November 20, 2015
Sardin Roll / Roti sardin gulung
Assalamualaikum & Hi,
Kenapa lah susah sangat nak update blog secara konsisten? Sigh. Update yang pertama buat bulan November, hari ni dah 20 haribulan pun. huhuhuhu
Bila roti dah hampir expired, antara menu yang terlintas sardin roll ni lah. Kalau ada tuna mayonnaise, pun boleh buat tuna roll juga. Sedap buat minum petang bersama teh o panas!
Senang je nak buat sardin roll. Bahan dan cara-cara penyediaan seperti berikut:
Bahan-bahan
1 tin kecil tin sardin
1 labu bawang besar (dipotong)
beberapa biji cili padi (dihiris)
beberapa keping roti sandwich
sedikit perasa
sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng
Cara-cara menyediakan inti
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dipotong sehingga naik bau.
2. Keluarkan sardin dari tin.
3. Masukkan sardin dan cili padi ke dalam kuali dan gaulkan sehingga hancur.
4. Masukkan perasa dan sesuaikan dengan cita rasa masing-masing.
5. Siap sudah inti sardin roll.
Cara-cara menggoreng sardin roll
1. Ambil roti sandwich dan tekan-tekan (guna sudu atau jari) sehingga menjadi mampat dan nipis.
2. Isikan roti dengan inti sardin yang telah dimasak.
**selain sardin, intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
3. Selepas masukkan inti, gulungkan roti dan sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung gandum (gandum+air) atau telur bagi gam/ lekat gulungan itu supaya tidak terbuka ketika mengoreng.
4. Untuk lapisan luar roti yang telah digulung tu ada beberapa cara; samada celup roti dengan telur kemudian goreng/ celup telur kemudian golek dengan serbuk roti dan goreng/ goreng roti tu begitu sahaja.
**Jika tak nak goreng terus, korang boleh frozenkan dalam peti jadi roti sardin gulung segera dan boleh digoreng bila-bila masa.
reference: Ciktom.com
Thursday, October 22, 2015
Kuih seri muka atau pulut sekaya
Assalamualaikum & Hi,
Kuih tradisional apa yang menjadi kesukaan korang? Adam paling suka kuih seri muka. Bila mood makan seri muka, hari-hari nak makan lepas balik sekolah. Dah cuba beli di beberapa tempat, tapi yang dekat kedai runcit Khifarah tu lah yang menjadi pilihan. Jual dalam bekas plastik 4 ketul RM2.
Satu hari ni, tiba-tiba I jadi rajin nak buat kuih. Terfikir nak surprise kan adik beradik tu nak buat sendiri kuih seri muka. :-)
Lepas belek-belek resepi, I pilih resepi Mat Gebu tapi skip part bunga talang tu. Dah dapat resepi baru pergi beli daun pandan (5 keping 50sen tau), santan dan beras pulut susu. Alhamdulillah sekali buat terus jadi. Memang puas hati!
Jom tengok resepi.
BAHAN-BAHAN LAPISAN PULUT
350 gram pulut, cuci dan rendam 1 jam (che mat guna pulut susu) //guna pulut susu juga
200 ml santan cair
1 camca teh garam
1 helai daun pandan, kerat 4
30 kuntum bunga telang //skip this part, tak letak
BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS
300 ml santan pekat
4 helai daun pandan
180 gram gula pasir (che mat guna 150 gram) //guna 180gm sebab suka manis
4 camca teh tepung jagung
3 camca besar tepung gandum
3 biji telur gred A
Beberapa titik pewarna hijau makanan, jika suka (che mat tak letak) //tak letak
CARA MEMBUATNYA
UNTUK BAHAGIAN PULUT (BAHAGIAN BAWAH):-
1. Panaskan kukusan, sediakan loyang bulat 9 inci, alas dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan. Plastik biar besar sedikit, atau boleh juga guna daun pisang.
2. Letak pulut dalam loyang, ratakan. Susun daun pandan.
3. Bancuh santan dan garam, kacau rata. Tuang dalam loyan berisi pulut tadi. Kukus selama 20 minit.
4. Keluarkan pulut dari kukusan. Buang daun pandan. Kemudian dikareh atau gemburkan. Sambung kukus selama 5 minit lagi. Kemudian keluarkan dari kukusan, tekan pulut tadi hingga padat. Ketepikan sebentar.
UNTUK BAHAGIAN ATAS (BAHAGIAN KASTARD)
1. Kisar santan dan daun pandan hingga lumat, tapis dan perah untuk mendapatkan santan-pandan.
2. Dalam satu bekas, masukkan gula dan telur, kacau dengan whisk hingga gula larut.
3. Tuang santan-pandan dan kacau rata.
4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
5. Gaul hingga semua sebati.
6. Tapis bancuhan ke dalam bekas tahan panas, jika gunakan pewarna hijau, boleh masukkan sekarang dan kacau rata.
7. Masak atas api kecil sambil dikacau sentiasa hingga naik wap (bila bancuhan kelihatan pekat). Matikan api dan tuang ke dalam loyang berisi pulut tadi.
8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus 30 minit dengan api sederhana hingga kuih masak.
9. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong..
Subscribe to:
Posts (Atom)





