Tuesday, September 17, 2013
Belum ada followers untuk blog anda?
Ya, blog ni belum ada seorang follower pun lagi. Sedih kan? Perlu ke ada follower? Jawapan nya ada pelbagai bergantung kepada blogger itu sendiri. IMHO, Blog bukan diari di mana kita sorok dari pengetahuan orang dan tidak membenarkan orang lain membaca nya. Selalu nya walaupun personal blog, seseorang blogger itu membayangkan akan reader yang membacanya. Mungkin keluarga, teman rapat, kawan sekerja atau pun total strangers.
Bila kita mula menulis blog, kita akan cari topik yang kita rasa menarik untuk dikongsi. Nampak tak keyword di situ iaitu 'kongsi'. Nak dikongsikan bersama siapa kalau tidak dengan readers. Apa bila kita berkongsi cerita dengan orang ramai, kita mesti bersedia menerima maklum balas (sama ada baik atau buruk) daripada orang itu. Seperti mana di dalam blog, jika kita membenarkan readers untuk memberi komen contohnya maka bersedia la jika komen yang diberikan di luar jangkaan kita.
Berbalik kepada persoalan mengenai followers tadi, apa yang perlu anda buat untuk mempunyai followers jika belum mempunyai seorang pun? Mengikut pembacaan di blog lain yang memberi tips tentang blogging, sebagai rumusan ada 5 langkah segera yang akan dicuba pada blog ini:-
1. Ping selepas publish post yang baru (Google Webmaster, Blogged.MY)
2. 'Blogwalking' dan tinggalkan komen untuk menambahkan 'backlinks'
3. Tambah blog kengkawan pada blogroll dan link kan favourite blog/sites
4. Promosi secara manual 'paksa' gang tengok blog ni hari2 :p
5. Menulis secara konsisten dan cari idea tulisan yang kreatif
Till Then!
Labels:
blogger
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tell me what you think