Assalamualaikum...
Tetiba rasa nak share pasal supplement. Consumed sejak 3 bulan lebih dah kot ESP Shaklee ni. Macamana terjebak? Memang dah lama nak cari supplement untuk bagi tenaga..sebabnya selalu rasa cepat penat. Dalam hati terdetik jugak...makan tahun umur makin bertambah...high chance sebab faktor umur. Ditambah pulak in-denial..tak mengaku awak tu tak fit sebab tak bersenam langsung!
Dah gitu...Boleh ke makan supplement je terus dapat "membekalkan tenaga yang berterusan selama beberapa jam"? Haa ni lah kita nak cerita ni. My straight answer is NOOOO... mana nak ada magic solution. Kena ada concerted effort untuk jadi lebih bertenaga dan seterusnya kecapi kesihatan yang lebih baik. Maknanya? Makan kena betul, tidur kena cukup, aktiviti yang setimpal, hidup tanpa stress...senang kata semua kena seimbang dan within your capacity.
Merepek apa ni? Just see it this way...You eat well, no heavy activity tapi tidur 4 jam je sebab semalam tengok midnight balik lewat and the next day morning call. Kesannya memang tak bertenaga jugak. You sleep well, eat well tapi hari tu buat kerja berat angkat 10 baldi air naik tangga turun tangga, basuh baju 4 round, sidai, angkat, lipat dan kemas baju segunung. You think you ada energy lagi nak stay up buat assignment term paper 3000 words?
So, in my opinion yang tak langsung doktor ni....kita ambik supplement ni untuk menampung zat yang tidak cukup dalam gizi pemakanan kita seharian. Contoh macam ESP ni kan nama panjangnya Energizing Soy Protein - jadi dia bekalkan protein pada badan kita. Protein yang kita dapat dari "ayam masak kicap pedas" tu mungkin kekurangan sebab makanan tu kita masak di mana tahap kepanasan mungkin menjejaskan kandungan zat protein tadi. Dengan adanya supplement ni ianya supporting sahaja, kita masih PERLU mengamalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat untuk kekal sihat dan bertenaga!
So apa yang best sangat ESP ni? Kalau ikut label dekat canister tu kata, "good source of soy protein....sustains energy and helps ward off hunger". Plus dia ada juga essential B vitamins, calcium and soy isoflavones. Tapi....kalau tengok the way they market it ....bagi ayat marketing sket....then ESP bagus untuk those who wants to get pregnant, pregnant women, breastfeeding moms, on diet dan bermacam-macam lagi. Selain menambah tenaga, boleh bagi cantik kulit lah, susu banyak lah... haaa part yang cantik kulit tu menariks tu..
Boleh baca banyak promo dan review by distributor agents as well as consumers. Interesting reads dekat Kotak Vitamin Saya, Celik Vitamin, Ibu Cergas Keluarga Sihat. ESP Shaklee ni boleh buat mask jugak kalau ikut dalam blog Ibu Cergas Keluarga Sihat. Blogger Mrs. M.S Saufi kata dia minum ESP ni pening-pening pulak masa dalam pantang sampai doktor suruh stop minum. Salah satu blog which gave me ideas macam mana bancuhan pelbagai rasa ESP ni dari Irine Nadia Marcello. The following would be my story...
Pagi-pagi around 8am, I have a full spoon of ESP with either Milo atau Low Fat Milk. Masukkan dalam shaker then shake away sampai larut kesemuanya. Ingat, jangan pakai air panas nanti habisss rosak zat protein tu. Minum sambil duduk, pegang pakai tangan kanan. Don't forget baca bismillah, selawat ke. Semoga lebih berkat bila ikut sunnah nabi ya dak?
Tak ada pulak pening ke apa sejak mengambil ESP ni. Rasa lebih bertenaga? Hmmm, since ianya mengenyangkan ye rasa bertenaga lah to start the day. I can tahan with just this for breakfast sebelum lapar balik pukul 11am macam tu. Tapi tak tau lah kalau orang lain, cause I memang small eater and don't really have big breakfast usually.
Kulit lebih cantik dan gebus? Hmmm, tak perasan pulak. Maklum lah sekali harung try supplement ni, skincare baru dan booster baru.... So don't know which one jadi pemangkin untuk kulit yang tiada cela ini (ahaks). Mungkin juga combination of all three. Tapikan, since this ESP shaklee is a natural product so it will take long term before you can see the result. Anyhow, kulit cantik ni tujuan sampingan sahaja!
Susu lebih banyak? That I can't provide testimonial lah sebab tak ada baby :p
ESP Shaklee ni berharga RM121, 850g. I beli from one of adik junior dekat UiTM sama-sama Masters dulu. Sekarang, jiran sebelah rumah pun dah jadi agent Shaklee. Ramai dengar kata dah join jadi agents. Semua orang cari duit lebih ek. I jugak keje membeli je. Adoi!
Selain ESP Shaklee, I also consume B-Complex Shaklee, EPO dan Vitamin C. Kadang-kadang makan Habbatus Sauda juga. Will get to those supplement some other time. Till then!
Saturday, May 10, 2014
Banyak tak nak kena lipat baju hari ni?

Assalamualaikum...
If your answer to the above question is "Ya, banyakkkkk". Nasib kita sama! Well well well...Let's get started. Take whatever first yang tercapai tangan. Or you would do the sorting dulu?
Kalau dekat tempat kerja, dapat task kita kena plan kan nak buat apa dulu. Same thing applied here. Dari semborono menonong lipat jek kain yang menggunung tu adakala rasa macam tak habis-habis... apa kata if we sort it first. Group like with like. In my case I group kan underwear kids, underwear mami & dedi, baju yang nak di gosok, baju kids, baju mami, baju dedi, cadar and etc. So I have smaller timbunan walau pun bilangan bertambah.
The whole idea is that, bila sikit nampak manageable. So work on yang paling senang lipat atau yang paling anda suka lipat. I personally choose the one yang nak gosok. Sebab lipat ala kadar then masukkan dalam bakul gosok. Down one timbunan. Few more to go. Lepas tu cuba lipat yang kecik-kecik. I like to fold their underwear. Senang comel2 jek. Lipat macam yang I pernah cerita dulu tu (boleh tengok kat sini). Then their clothes...dan seterusnya lah sehingga selesai....
Lipat kain ni kena ada motivation. Kalau rasa banyak lagi baju nak dipakai...ok lah boleh tunggu dulu tak payah lipat. Tapi kalau bukak almari semua baju dah tak de...baru la panik! Tak pun sebab mak nak bertandang ke rumah hujung minggu ni ....panik kuasa dua la jawab nya!
Jangan malas-malas. Jom lipat baju. ;-)
Friday, May 9, 2014
Resepi Beef Nachos (orang melayu )
Assalamualaikum...
Lama tak masakkkkk..Kemalasan melanda. Dari masak setiap hari dah jadi masak alternate day. Masak pun ala kadar. Nak ambik gambar post dekat sini pun boleh buat lupa! Melampau..Maka, sila ambil maklum ini adalah gambar masakan 6 weeks ago? Teeheeee...
Alright..Takkan makan ni for lunch? Betul, ni snek waktu minum petang. Adam likes it but not Idrees. Same goes to Mami loves it but Dedi won't taste even a single Nachos (frust!)
It's an easy recipe and won't take much of your time. Provided barang semua ada, lekas siap dan boleh terus makan.

Resipe was taken from here. Thank you Nadya Rusly. However, I ada improvised sikit sebab ketiadaan tomato. Telah digantikan dengan terung. Pun sedap!
Bahan-bahannya :-
1. Daging cincang (tak kisah dalam packet or fresh)
2. Sos spagetti (sos tomato pun boleh)
3.Buah tomato Terung panjang hiris nipis dan goreng dulu ya
4. Cili benggala // tak letak pun
5. Bawang besar
6. Bawang putih
7. Cili padi (untuk sedikit kepedasan)
8. Keju parmesan (jika nak) //I boh cheese slice tu je
9. Serbuk lada hitam
10.Garam
11. Sebungkus keropok Chaco's
p/s :- bahan 3 hingga 5 dipotong dadu
bahan 6 dan 7 dicincang halus
Cara-cara membuat intinya:-
1. Tumiskan bawang putih dan cili padi yang dicincang halus agak sedikit layu (sekejap sahaja takut nanti pahit pulak)
2. Masukkan daging cincang dan gaul-gaul bersama bawang putih dan cili padi sehingga tidak melekat.
3. Kemudian, masukkan sedikit sos spagetti dan kacau.
4. Bila dah sebati, masukkan buah tomato, cili benggala dan bawang besar.
5. Sedikit serbuk lada hitam dan garam diperlukan untuk menambah rasa.
Cara hidangan :-
1. Susunkan keropok Chaco's dalam bekas.
2. Tuangkan inti yang telah siap di masak dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Taburkan keju parmesan (tak bubuh pun takpe).
4. Panaskan di dalam microwave sebentar untuk cairkan cheese.
Lama tak masakkkkk..Kemalasan melanda. Dari masak setiap hari dah jadi masak alternate day. Masak pun ala kadar. Nak ambik gambar post dekat sini pun boleh buat lupa! Melampau..Maka, sila ambil maklum ini adalah gambar masakan 6 weeks ago? Teeheeee...
Alright..Takkan makan ni for lunch? Betul, ni snek waktu minum petang. Adam likes it but not Idrees. Same goes to Mami loves it but Dedi won't taste even a single Nachos (frust!)
It's an easy recipe and won't take much of your time. Provided barang semua ada, lekas siap dan boleh terus makan.

Resipe was taken from here. Thank you Nadya Rusly. However, I ada improvised sikit sebab ketiadaan tomato. Telah digantikan dengan terung. Pun sedap!
Bahan-bahannya :-
1. Daging cincang (tak kisah dalam packet or fresh)
2. Sos spagetti (sos tomato pun boleh)
3.
4. Cili benggala // tak letak pun
5. Bawang besar
6. Bawang putih
7. Cili padi (untuk sedikit kepedasan)
8. Keju parmesan (jika nak) //I boh cheese slice tu je
9. Serbuk lada hitam
10.Garam
11. Sebungkus keropok Chaco's
p/s :- bahan 3 hingga 5 dipotong dadu
bahan 6 dan 7 dicincang halus
Cara-cara membuat intinya:-
1. Tumiskan bawang putih dan cili padi yang dicincang halus agak sedikit layu (sekejap sahaja takut nanti pahit pulak)
2. Masukkan daging cincang dan gaul-gaul bersama bawang putih dan cili padi sehingga tidak melekat.
3. Kemudian, masukkan sedikit sos spagetti dan kacau.
4. Bila dah sebati, masukkan buah tomato, cili benggala dan bawang besar.
5. Sedikit serbuk lada hitam dan garam diperlukan untuk menambah rasa.
Cara hidangan :-
1. Susunkan keropok Chaco's dalam bekas.
2. Tuangkan inti yang telah siap di masak dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Taburkan keju parmesan (tak bubuh pun takpe).
4. Panaskan di dalam microwave sebentar untuk cairkan cheese.
Subscribe to:
Posts (Atom)

