Friday, November 20, 2015

Sardin Roll / Roti sardin gulung


Assalamualaikum & Hi,

Kenapa lah susah sangat nak update blog secara konsisten? Sigh. Update yang pertama buat bulan November, hari ni dah 20 haribulan pun. huhuhuhu

Bila roti dah hampir expired, antara menu yang terlintas sardin roll ni lah. Kalau ada tuna mayonnaise, pun boleh buat tuna roll juga. Sedap buat minum petang bersama teh o panas!

Senang je nak buat sardin roll. Bahan dan cara-cara penyediaan seperti berikut:

Bahan-bahan

1 tin kecil tin sardin
1 labu bawang besar (dipotong)
beberapa biji cili padi (dihiris)
beberapa keping roti sandwich
sedikit perasa
sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng

Cara-cara menyediakan inti

1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dipotong sehingga naik bau.
2. Keluarkan sardin dari tin.
3. Masukkan sardin dan cili padi ke dalam kuali dan gaulkan sehingga hancur.
4. Masukkan perasa dan sesuaikan dengan cita rasa masing-masing.
5. Siap sudah inti sardin roll.

Cara-cara menggoreng sardin roll

1. Ambil roti sandwich dan tekan-tekan (guna sudu atau jari) sehingga menjadi mampat dan nipis.
2. Isikan roti dengan inti sardin yang telah dimasak.
**selain sardin, intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
3. Selepas masukkan inti, gulungkan roti dan sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung gandum (gandum+air) atau telur bagi gam/ lekat gulungan itu supaya tidak terbuka ketika mengoreng.
4. Untuk lapisan luar roti yang telah digulung tu ada beberapa cara; samada celup roti dengan telur kemudian goreng/ celup telur kemudian golek dengan serbuk roti dan goreng/ goreng roti tu begitu sahaja.
**Jika tak nak goreng terus, korang boleh frozenkan dalam peti jadi roti sardin gulung segera dan boleh digoreng bila-bila masa.

reference: Ciktom.com